Kenapa Lelaki Diam?

By nature, lelaki memang diam. Diam kat sini bererti dia susah nak open up about their problems pada sesiapa. This is ego. Lelaki fikir mereka boleh selesaikan semua problem on their own and save the world. It’s just natural.

Jadi bila mereka ada masalah, dalam minda mereka fikir dari pelbagai angle untuk selesaikan masalah tu. Itu kalau ada masalah la. Kadang-kadang ada yang suka plan macam-macam dalam kepala, lepas bawa pergi makan nak pegi mana? Lepas movie nak buat apa? Lepas itu dan ini apa pula?

Untuk lelaki bercakap tentang masalah dia memang susah. Kena ada moment dia. Tak boleh paksa. Lelaki tak nak dilihat lemah dan lagi sekali, ini adalah ego. It’s just there. Sebagai seorang perempuan, janganlah anda moody pulak kalau dia diam. Biarkan dia. Act normal and when the time comes, bila dia dah makan sampai kenyang, dah comfortable, baru tanya, “You have a problem right? Tell me.”

Drama happens bila si perempuan tak faham. Dalam minda mereka pula, bila tengok lelaki diam macam-macam fikir. Kalau ada elemen lain seperti perempuan lain call sebelum tu, lagilah jauh menerawang minda mereka. Betul tak? Si perempuan akan cuba demand supaya pasangannya talk, tapi si lelaki pulak tak nak. It’s just not the right time and mood. At the end, hari tu terbazir begitu sahaja sebab dua-dua takde mood.

Pasangan kena faham satu sama lain. Lelaki kena open up once a while sebab bila korang open up, perempuan akan tahu yang korang adalah soulmate dan best friend dia. Sekurang-kurangnya dia tahu yang dia juga merupakan tempat mengadu anda.

Perempuan pula, kalau tengok pasangan korang diam seribu kata, janganlah nak terus buat kesimpulan terhadap apa-apa teori/hipotesis yang bermain dalam fikiran korang. Tanya sekali everything ok ke tak, kalau dia cakap ok, then ikutkan je. Biar dia fikir habis dulu, kasi dia feed their ego. Bila lama-lama macam tu jugak, tanya balik.

Dah join giveaway saya? Jom bantu saya menang dalam contest terbesar tahun ini. Sangat memerlukan sokongan anda.

78 Comments

  • kimmie

    7 December, 2011 at 9:49 pm

    rasanya bergantung kepada apa hubungan antara anda la…aku rasa kalau kawan lagi senang nak bercerita dan berkongsi masalah kot, berbanding kalau orang tu org istimewa…sbb katanya tak nak org tersayang tu susah hati, kawan susah hati takpe…tak tahu la betul ke tak…ni berdasarkan pengalaman je.

  • Aisya

    24 November, 2011 at 8:48 am

    I like this post,,kinda funny when I think how certain girls being funny when they think their guy was into smth else..they choose silence because sometimes its the best way kan kan kan???alaaa nanti lama2 dye bgtau la..sometimes girls suka panic,,cepat panic

  • Cik Kuntum

    22 November, 2011 at 12:05 pm

    Ringkas padat dan tepat isinya pada pandangan saya, lelaki ni susah dijangka, ada jenisnya yang suka manja-manja sikit-sikit mengadu langsung tak ada air muka, tetapi lelaki-lelaki yang punyai sifat kepimpinan dalam diri sudah pasti miliki ego yang mampan…benar bagi saya lelaki-lelaki yang diam apabila punya stress level yang tinggi beerti bukan tidak mencintai kita atau sebagainya tetapi kepala mereka sedang ligat berpusing memikirkan solusi bagi menyelesaikan permasalahan yg berada dalam otak.. atas asbab itu kenapa kita selalu dengar “Lelaki punya 1 nafsu dan 9 akal” tehehe yelah sambil dating fikir tentang kerja, fikir tentang masa depan, fikir tentang, rumah, fikir tentang family…ahhh gitu kaedahnya so diam seorang lelaki bagi saya adalah sesuatu yang normal..

  • Noriz

    22 November, 2011 at 11:39 am

    mmg lady suka di pujuk dan di beri kata yg menyejukkan hati…
    bukan mintak pujian pun, cukuplah sekadar simple words to show that guy tu ok… atleast kita lega…sbb diam tu mengundang byk persoalan…

    mcm yg selalu girl tanya, ‘sayang sya tak’
    cliche kan tpi mmg girl suka dgr camtu…

    dan boboi lak tak suka ckp, tpi tnjuk dgn perbuatan je…
    still girl nak luahan ayat then baru lah mereka puashati…

    tpi cubalah awek yg korang selalu ajak dating dan dia rajin tanya/ckp tu… suddenly dia tak byk ckp?
    confirm korang pun akan resah gelisah punya!

  • akubiomed

    22 November, 2011 at 10:03 am

    Saya akui lelaki suka berdiam diri dan tidak emosional apabila menyuarakan sesuatu akan berfikir sedalam-dalamnya. Sudah menjadi sifat lelaki yang ada ego. Ego disini dimaksudkan bukanlah angkuh tetapi menunjukkan sifat prianya.

  • Izwan

    22 November, 2011 at 12:44 am

    aku malas kalau perempuan tanya banyak kali.. penat nak jawab.. baik diam.. tak pun iyakan je lah pe dia punya tanggapan selagi tak bercanggah dengan kebenaran..haha..

  • numara

    21 November, 2011 at 7:55 pm

    as salam..
    aku pon suka diam.. malas nk cakap banyak..
    abih2 aku cakap um.. entah.. ok kut.. ok je.. xde pe.. ye lah.. tengok lah nanti.. hehe
    aku pompuan ni..! lol!

  • b3njy

    21 November, 2011 at 5:21 pm

    Biasalah lelaki kebanyakan macam tu. Perempuan kebanyakan pula minta di beri perhatian. Tetapi tidak hairan jika ia sebaliknya kerana setiap manusia berbeza-beza. Yang penting memahami dan bertoleransi antara satu dangan yang lain.

  • Anwar Osman

    21 November, 2011 at 4:44 pm

    It was a silent night. Was listening to some good music by Adele – Someone Like You. Wishing if the one you love could be beside you. Then a message came…

    Woman: What r you doing online?
    Man: Youtube. Adele-Someone Like You. Best.
    Woman : Flirting online?
    Man : What?
    Woman : “Start nagging consistently”
    Man : Silence..
    Woman : Violently nags and start complaining about the man being silent.
    Man : Still.. no word.

    It ends.. but the good song is not as beautiful as it was a minute before. It was a sad night.

  • Diya

    21 November, 2011 at 4:01 pm

    tak pasti ini dikira pelik atau normal. tapi honestly saya tak tahu lelaki jenis diam tak berkongsi masalah. bukan apa, my bf selalu mengadu macam2 masalah, baik pasal kerja atau pasal family dan kadang masalah susah nak cari makanan sedap2 (especially bila dia outstation kat luar semenanjung) pun dia mengadu jugak. serius totally different dengan apa yg ada dalam entri ni. ex dulu pun macam tu jugak, biasa je mengadu pape (tapi takla sekerap yang current ni). dan saya bukan jenis ‘u kalau ada masalah apa2, cerita je’, haha so not me. saya biar je. biar dia willing sendiri nak cerita pape kat kita …

  • atiqah

    21 November, 2011 at 3:15 pm

    yup..setuju dgn statement ariff.i pernah ada pengalaman yg sama mcm yg u cerita kt atas.mmg..akan wujud perasaan lain bila dia diam n xnk bkongsi prob dgn i..n tipu klu i ckap xde prasaan apa pown masa 2.i kecil hati..sbb seolah2 dia ignore org yg slalu dkat dgn dia.bila tanya dia kata ‘ok je..xde apa2 la’ n xpown dia akan ckap ‘dont worry..i bole handle sndiri’..smpaikn suasana keluar berdua jadi bosan tiba2…pendekkn crite,mmg jodoh kami x pnjg.mgkin itu jgak antara sbbnya..

    ..cuma apa yg bole i ckap kat sini x salah diam skali skala,sbb x semua pkara kt bole kongsi dgn org,tp jgn smpai org pk lain disbbkn sikap berdiam diri yg akhirnya merugikn diri sndiri.

  • Nina Diana

    21 November, 2011 at 2:57 pm

    a real good one Ariff, Glad with this artical… both should be compromise.. baru dengar ceramah on kursus pra-perkahwinan.. mulut lelaki letaknya di hati… vice verse towards the women. hati perempuan letaknya dimulut. So ladies/wife should give their spouse a room/space to breath in and control their ego, when the time comes, he will story or it is already settle.. jangan maen tembak jerk.. risau itu dan ini..

      • Bean Moreno

        23 November, 2011 at 11:18 am

        Itu realiti seorang lelaki bergelar suami bro..Banyak akibatnya kalau kita tak berdiam diri ko faham2 sendiri dah le haha… Maybe ada yang akan cakap statement itu statement takut bini or something like that tapi bagi aku suami yang diam, lihat dan berfikir untuk solution adalah terbaik… Even dalam situasi yang mana memang kita di tempat yang betul hehe

  • puanbee

    21 November, 2011 at 11:02 am

    salam arif ,

    haha nak cerita sikit , sepanjang 8 tahun kawin , suami saya adalah orang yang paling susah nak berbual , bila dia letih , lapar , banyak benda nak fikir , tapi byk cakap bila dia rilex2 , tapi masa diam lebih banyak dr masa bercakap , kadang2 kerana dia nak diam , sampai anak2 pun kena diam , anak2 tahu apa? pastu kena marah kesian anak pula , bab tu yg buat ada drama antara kami .

    so kepada lelaki tk boleh ank ego sangat , kena berfikir juga hati pasangan dan anak-anak atau orang sekeliling. kena bertimbang rasa , bila ada masaalah sangat pun elok berbincang dengan pasangan , mana tahu pasangan boleh tolong ..kalau diam je pasangan tak tahu kan ..

    memang boleh nak diam tapi tak bestlah hidup sekeluarga mcm ni banyak diam dari bermesra2 kan ..

    • Ariff

      23 November, 2011 at 3:11 am

      Kalau part anak tu memang saya tak boleh komen sangat dah.

      Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Benda2 macam ni kena dengar daripada orang untuk belajar and perbaiki diri sendiri.

  • Faridzuan

    21 November, 2011 at 7:02 am

    Tak pernah rasa macam tu. Al-maklumlah tak pernah bercinta. Sebagai pelajar, pelajaran dan masa depan yang cemerlang adalah lebih penting daripada melayan cinta-cinta monyet. Okay, habis khutbah, heeheh.

      • Lord Zara

        21 November, 2011 at 3:08 pm

        Pening yang amat sangat. Nak figure out apa alasan, nak cari sebab musabab kenapa, padahal pada dia, tak ada benda pun. Tak ada alasan nak diam, saja nak diam.

        Baca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus – dapatlah faham kenapa. Tapi dalam tu dia explain, lelaki dia sebab reason yang sangat rasional & sebagai perempuan, aku akan faham & tak memberontak.

        Lelaki tak suka perempuan nagging, aku tak suka juga kalau perempuan nagging, so, aku tak nak nagging around. kih kih kih.

  • syahrilhafiz

    21 November, 2011 at 3:42 am

    aku akan diam bila tak dak mood
    aku akan diam bila tak da benda nak bual
    aku akan diam bila disuruh diam..hehe
    menarik entri ni bro, tunjuk keperibadian yang diri bro ni diam jugak kan :D

  • Hisyam

    21 November, 2011 at 2:03 am

    Sorry to say, my aweks also like this. Selalu je kalau ada masalah dia nak tahu. Kadang2 ada benda yang perlu diberitahu dan ada yang tak. Kalau tak bagitahu nanti merajuk, makin pening kepala kita.

    • Miss Meen

      22 November, 2011 at 11:02 pm

      Ya…pendek kata..
      Usahlah tunjukkan muka yang bermasalah..
      Usahlah keluar bersama bila bermasalah…
      (: hihi
      Jadinya tak dalah pening kepala..
      Life must Go On…

      *Susah nak cari manusia yang bijak dalam menyimpan masalah & pening lalat dia…. Sentiasa happy dalam duka..Ada lagi kah manusia itu…kalu ada saya nak !!! hahha =P

  • Ekspresi Ruang

    20 November, 2011 at 11:38 pm

    mmg tu sifat lelaki. kalau nk tau lebih lanjut, baca buku Men from Mars, Women from Venus. ada sebab musabab dan cara utk nak atasi masalah komunikasi. yg penting saling faham sifat dan lumrah pasangan.

    • Lord Zara

      21 November, 2011 at 3:05 pm

      Aku ada buku tu bro. Siap dengan sambungan dia lagi, When mars and Venus Collide. Best dan banyak membantu dari segi komunikasi dan cara nak faham manusia. Bila baca, compare dengan pasangan, bukan nak cari kelemahan dia, tapi nak tengok bagaimana nak dapatkan keadaan yang baik.

      Contoh, lelaki senyap, diam, main game, serius – dia duduk dalam gua dia untuk ruang dan amsa dia sendiri. Yang perempuan relaks dulu kat luar, jangan nak serbu masuk.

      XD

  • NailahAzman

    20 November, 2011 at 10:39 pm

    Assalamualaikum.

    Suka entri yang ini. Lelaki memang pendiam dan kadang-kadang penuh misteri dan memang btul apa yang kau cakap, lelaki sangat susah nak bercerita tentang masalah diri sebab tak mahu dilihat lemah.

    Macam laki aku, dah 3 tahun kahwin ni, aku masaklah perangai dia. Dia akan banyak diam kalau kerja dia tengah berlambak dekat office. Kadang aku buat taktau je. Ada masa, aku saja tanya juga walaupun dah tahu kenapa. Hehehe.

    • Ariff

      20 November, 2011 at 10:45 pm

      hehe.. itulah dia. Bila dah lama-lama, fahamlah jugak perangai pasangan sendiri. Tapi lelaki diam ni common. Kalau perempuan tak tau, memang boleh jadi problem.