
Kisah hari ini dimulakan dengan program Bicara Minda Bersama Tun Mahathir. Saya telah dijemput oleh team Vyrec sebagai salah seorang wakil blogger (terima kasih atas jemputan), jadi dapatlah seat dan meja di dalam dewan. Hajat nak buat live blogging tak kesampaian atas sebab sifat dewan Tun Dr. Ismail di PWTC yang macam Gua Tempurung, langsung takde line HSPA dan 3G. Yang ada pun Edge/GPRS, tu pun antara lepas dengan tak je. Peliknya Umobile boleh pulak digunakan dalam tu (Celcom, Digi, Maxis, P1 serta Yes semua dah cuba, tak boleh!).
Nak ulas tentang program tu rasanya mungkin nanti bosan pulak. Kepada yang minat mungkin dah tengok live streaming. Saya ke sana pun sebab nak dengar Tun cakap, at least apa yang dia cakapkan ni bolehlah diterima/dinilai.
Hajat nak dapatkan tandatangannya dalam buku Doctor in the House tak kesampaian sebab saya TERTINGGAL buku tu kat rumah. Sabar je lah.. Akhirnya, terpaksa beli buku tentang blognya dan suruh dia tandatangan dalam tu. Skil menyelit-nyelit ketika sesak yang dipelajari di Moscow dulu (masa turun/naik metro) membuahkan hasil apabila saya berjaya meloloskan diri untuk mendapatkan tandatangan Tun ketika dia keluar daripada dewan. Puas hati.

Lepas event, makan. Lepas makan, jumpa blogger lain. Ada Ben Ashaari. “Yes! I’m taller than him” .. terdetik dalam hati bila nampak Ben secara live kali pertama. Juga sempat berbual bersama salah seorang silent reader blog ni. Thanks Mieza (harap tak salah nama, pakcik ni memang pelupa sikit) sebab tegur.
Solat Jumaat bersama Bro Framestone dan kemudian melepak dengan blogger Mia Liana dan rakannya sehingga ke petang. Banyak cerita yang saya dengar (dengar je, saya memang pendengar setia), banyak yang dipelajari. Apa-apa pun, Bro Framestone memang power. Saya memang salute Bro sebagai fulltime blogger.
Lepas tu, lepak McD di The Mall bersama Rabiatul dan Hilal. Sepanjang hari jumpa orang, majoriti kata saya nampak kurus berbanding dalam gambar. Mungkin sebab bergambar dalam robe dulu yang buat nampak berisi, padahal keding je.
Kisahnya macam ni, sebelum balik dulu dari Moscow, hampir dua minggu saya boikot nasi. Kenapa? Simple. Balik Malaysia nanti tiap-tiap hari dan di mana sahaja saya jumpa nasi, dan paling penting, lebih sedap daripada apa yang ada di Moscow. So takpe, dua minggu tak makan nasi, makanlah apa yang ada (red beans, honey stars, roti dan sebagainya). Lepas ni makan dah mewah.
Alasan kedua adalah sebab saya terlalu malas dan takut nak keluar. Masa tu suhu antara -10 hingga -30 darjah Celsius. Gila ke? Nak pegi beli ayam, pergi balik kurang-kurang sejam. Nak siap pakai baju seluar dua lapis dengan jaket lagi pun dah setengah jam. Leceh.. leceh.. Tak kisahlah berlapar, balik Malaysia nanti silap hari boleh jadi gemuk.
Begitulah kisahnya…
So don’t worry. Dalam sebulan lagi, tembam jugak pipi ni dan brader ni akan kembali ke tempat pertama takhta kehenseman..

Comments
23 responses to “Kenapa Kurus Sangat?”
salam..
memang kurus si ariff shah ni. soft spoken pula tu. senyum je memanjang. kami pula naik segan. hehehe..
anyway nice to meet you! 3 tahun kot tunggu dia ni balik Malaysia.
Syukur..
Syukurlah kita bertemu jua..ahahaha…
Best klau dpt jumpa bloger2 nih.
tak dapat nak join haritu sebab masalah2 yang tak dapat dielakkan..harap dapat g nextime :D
btw ariff ni la kan yang join karok haritu dengan zarul? nice meetin ya.. sori tak tau nak cakap apa malam tu, sebab tak pernah datang blog ni before this.. :)
-10drajat celcius pasti dingin banget tuh
Tidak lama kalau hendak menaikkan badan di Malaysia yang kaya dengan menu berminyak dan berlemak. :-)
patutlah…tersedak2 aritu.. rupanya ada orang sebut2 kat sini…..
sha pun pegi tapi kena cepat2 balik opis d IKEA sbb hr tu keje half day..huhu..rugi x dpt jupe ariff dan blogger lain..tp ,,g best lah dpt dgr chedet berbicara :)
nnt kongsikan lah apa pandangan bro ttg Program Bicara Minda tu. xsemestinya apa yg btol, maybe apa yg bro rasakan xsama dgn pemikiran bro ke.
sure seronok bila dpt jumpe blogger nie
erat hubungan sesama kita kan ;)
best r dapat jumpa kawan2 blogger…
lepas ni leh la makan budu, cencalok, sambal belacan dan petai banyak-banyak.hehe..
Sebenarnya, saya terkilan sangat sebab x dapat pergi ke program ni. Saya suka hadir ke majlis-majlis yang memberi manfaat kepada saya, terutama speakernya adalah orang yang mempunyai kredibiliti/ daya pemikiran yang yang tinggi iaitu Tun. Kalau dapat hujung minggu kan dah bley join. Vyrec kate…tun hanya available hari tu aje.. sob2.
saya pon rs satu kerugian xdpt dgr pandangan org yg ada pandangan jauh dan daya pemikiran kreatif cm Tun.
politically saya xsokong Tun, tp dr segi perspektif berpadangan jauh, he is one of the best thinker that Malaysia ever had.
oh rupe nya bro ariff ni mmg tak pernah jumpe ke dgn blogger tu.. just kenal di alam maya ke..igt cam pernah jumpe jerkkk…
sama cam aku jek kot..orang selalu confuse ingat aku besar..padahal kurus keding jek XD
Kurus tapi sihat, ok la tuh.
Kurus tapi hensem itu yang penting. hahahaha
terlepas untuk sertai program ini..memang ramailah yang datang..
Merentas halangan.mcm menarik tajuk tu.untung baca entri ni.ada idea nk cari buku apa lepas ni.nak pula tun mahathir punya tulisan.jeles bila dgr blogger dpt join majlis2 mcm ni.bila la sy dpt join sekaki.
Sure Khusyuk bro dengaq chedet berucap. Maybe boleh share a few quotes dari Tun. Alah Brader tuuuutt bukan tembam bro dia dah Gumukkkkk..miahahaha
Ariff buku tu tulis pasal apa? boleh kongsi sinopsis nya?
oh patut la yuyu zulaikha dgn lyssa faizureen pon pakat gi program nih..sebab blogger pon ada join :) best la
yuyu zulaikha balik cepat sangat. baru ingat nak berkenal-kenalan