1. Social media membolehkan semua orang ambil tahu tentang orang lain dengan mudah. Biasanya orang yang ada atau pernah ada nama menjadi sasaran.
2. Kadang-kadang kita lupa pepatah ni, mind your own business atau tak perlu jaga tepi kain orang. Tak tahulah samada lupa atau kebanyakan ibu bapa tak ajar tentang ini semasa kecil.
3. Kita tak suka kalau orang cakap belakang tentang diri kita tapi pada masa yang sama, sepanjang masa kita cakap belakang perihal orang lain. Adil ke macam tu?
4. Dunia internet sekarang dah macam medan untuk mencari kesilapan orang. Siapa kita untuk menghukum peribadi dan tingkah laku orang yang kita langsung tak pernah jumpa, tak mempunyai kepentingan langsung dalam hidup kita dan hanya kenal pada nama sahaja?
5. Lebih buruk, perlukah kita jaja perihal orang lain dalam blog/twitter/facebook? Sedap ke makan duit hasil daripada penyebaran cerita keburukan orang lain?
6. Moraliti dan kualiti semakin pudar dalam masyarakat kita. Entah mana silapnya.
Great minds discuss ideas; Average minds discuss events; Small minds discuss people – Eleanor Roosevelt

Comments
27 responses to “Kenapa Kita Suka Masuk Kain Orang?”
org zaman skg sentiasa menganggap mereka lebih tahu ttg org yg mereka kritik berbanding si empunya badan itu sendiri
Salam Hormat,
Maaf la kalau silap faham, apa maksudnya masuk kain orang? sama ke jaga tepi kain dengan masuk kain ?
Mungkin anggapanmu sama. ok. apa pula maknanya?
Sama ke, dengan kita yang menceritakan kisah-kisah keburukan orang yang telah mati seperti firaun, haman dan lain-lain. Atau seperti kita menghina dan mengutuk penyamun, peragut, perogol dan lain-lain. Pendek kata, ada juga mereka yang kita suka kutuk-kutuk tu, belum terbukti dia bersalah…
Yang sedihnya, kerana budi dan bahasa yang kurang diajar, walaupun bertujuan demi kebenaran, usaha menjaga tepi kain orang menjadi membosankan orang lain pula.
Apa, susahke nak berbudi bahasa dan menegur dengan hormat jika dirasakan suatu perbuatan layak diperbaiki menuju jalan yang diredhai Pemilik dan Pentadbir Alam ini. Ooo.. takut orang kata hipokrit!
Seolah-olah kita takut kepada manusia tetapi tidak gerun terhadap kemurkaan pencipta. Seolah-olah hari perjumpaan yang pasti kita akan berjumpa lagi, adalah peristiwa yang belum pasti? Oh! sori, sori… bukan niat nak menuduh sesiapa, semoga kita adalah insan-insan yang yakin akan hari pertemuan itu.
Jika kain orang terselak depan mata, pandangan pertama pun dikira nampak juga. jika bersujud terlalu dekat di belakang, kadang-kadang kepala pun masuk juga…??
hmmm… tak pernah sudah.
Orang Melayu dari dulu suka gossip terutama artis. Dulu URTV kini dah ada blog. Nak trafik semua langgar. Kita ajar SEO katanya buang masa. Blog aku baru setahun jagung pun dah byk trafik katanya.
Salahnya orang politik pun ada tak kira pemerintah atau pembangkang. Diaorg suka rakyat bodoh jadi akan ikut je kata diaorang … Bos kata demo kita demo … Bos kata tentang kita tentang tapi apa yg kita buat kita tak tahu pun akibatnya 10 tahun lagi …
Blog, FB dan Twitter sekarang jadi alat utk kongsi semua ni ….
lebih baik jaga diri sendiri daripada sibuk mencari kesalahan orang lain.
nice quote :)
Kita boleh mengulas apa yang berlaku tetapi dengan cara berhemah…tidak mencaci dan menjadi nasi tambah.Jadikan isu itu sebagai satu teladan,bukan dengan niat nak menambahkan keaiban seseorang.Saya cara ini lebih berhemah..
pernah terfikir jugak psl ni.tapi tak ada pun blogger2 yg mengetengahkan isu ni.good job Ariffshah
“Innamal mukminuna ikhwah. Faaslihu baina akhawaikum” (QS 49 : 10).
Moga kita sama2 renungkan dan bayangkan jika kita berada di tempat itu.. Apakah perasaan kita pada ketika itu?
والله اعلم
aku setuju dengan entry ini, tak payah la nak kepoh sangat pasal orang, baik jaga diri sendiri dan ahli keluarga yang lain. LOL
wah peribahasa baru, ‘masuk dalam kain orang’? bunyinye agak menakutkan, mungkin maksudnye pun lagi dahsyat dari sekadar ‘menjaga tepi kain orang’. hehe
dunia sekarang dah semakin sempit… so pemikiran pun semakin sempit jugak … kot la… maaf la yer Yangbaik pun tak pernah kenal sesapa kat dunia blog nih melainkan 2 3 orang sahabat itu pun tak berapa aktif sangat… eh eh… ada kaitan ker…. :D
masalahnya sekarang, kita yang mengalu-alukan org lain masuk ke kain kite he he.
hoho..dalam maksudnya nih..
mungkin suatu ketika dulu diorg sgt menyanjung.. tue yang kecewa, pastu kutuk.. heish ..
cara tulis dah mcm baca chedet dah… by point.. huhu..
entry ni sungguh menarik, mcm tula org kita.. tapi saya pun penah buat.. sedar x sedar diri kita memang tetap ada kesilapan. :)
80% of the population has small minds… dont blame them either :)
kisah amalina ke ni bro?
Bukan setakat amalina je. Macam2 kes lagi. Kadang2 tanpa sedar kita tulis/cakap/cerita perkara buruk pasal orang lain. Benda macam ni kena jaga.
Blog-blog artis pun sama.
satu cerita hot, habis penuh wallfeeds dengan cerita hot yang sama. semua share benda yang sama. penuh pula dengan caci maki. patutnya kita doakan.
kadang-kadang perlu amik tahu untuk menasihati dan sebagainya. Tak kan nak biarkan seseorang itu terus hanyut.?
sekadar menasihati, mengambil iktibar, jangan dihebahkan.
“Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat.”
.
betul… nasihat, tetapi bukan cara seperti menjadikan Amalina sebagai trending di Twitter… bak kata Ariffshah, Great minds discuss ideas… amalina bukan subjek utama dlm isu ini… mari kita pandang secara objektif faktor yang benar2 menyebabkan hal ini berlaku…
dlm islam, menegur dan menasihati, ada banyak cara.. ada yg perlu secara sembunyi, ada yang perlu secara terbuka… saya ada menulis tentang isu ini.. hrp boleh membantu sedikit sebanyak.. (“,)
mmg ada mereka yg suka buat begitu
Mungkin komen ini off topik sedikit. Kalau zaman dahulu jiran sebelah akan kenal kita. Kalau buat anak jiran buat silap akan ditegur ibarat anak sendiri. Zaman sekarang nama jiran sebelah pun tidak tahu.
sudah menjadi kebiasaan mentaliti org kita. walhal peribahasa sudah mengatakan perkara tersebut. dan agama pun larang kita aibkan org. :) sibuk pula nak jaja hal org. sampai bogel org tu dibuatnya. lbh malang, bila individu tersebut dijaja kisahnya disertai dgn maki hamun. kan lbh elok elakkan jaja hal org dan mendoakan yg terbaik utk mrk yg melakukan kesilapan. itu yg lbh elok bagi saya. :)
isu ni penah lecturer tanya masa kat uni dulu…
then my fren selamba ckp, “msuk kain org lah best, setakat kain sendiri nak buat apa”…hehehe
ni mesti sbb kes yang terbaru kt fb.