
First time sebenarnya nampak jubah macam ni. Actually ceritanya macam ni, ada sedara tu solat sebelah saya. Dia pakai jubah yang ada hoodie. Setiap kali ruku’ dan sujud, terpaksalah tolak hoodie tu ke belakang sebab dah jatuh dan menutup kepala.
Now you tell me, bukan ke leceh macam tu sampai mengganggu pergerakan dalam solat?
Kat Moscow yang ada salji dulu tu, takde pulak saya nampak pak imam pakai jubah ada hoodie. Yelah, hoodie tu sebenarnya untuk tutup kepala ni daripada salji/hujan rintik-rintik. Waktu musim luruh dan winter, memang hoodie sangatlah berguna supaya rambut tak basah. Boleh demam kalau tiap-tiap hari keluar rambut basah kena salji.
Tapi kat Malaysia ni, pakaian yang ada hoodie sebenarnya sangatlah tak praktikal. Point saya mudah je, kat sini kalau hujan, ada hoodie pun basah kuyup gak. Lagi satu, disebabkan kebanyakan pakaian yang ada hoodie ni lengan panjang, sangat tak sesuai sebenarnya untuk dipakai dalam negara dengan cuaca panas ni. Pakai tshirt pun dah berpeluh..
Kalau anda cakap pakai jubah hoodie ni semata-mata untuk fashion statement, maka saya #tepukdahi. Suka hati kamulah. Saya tak cakap salah, cuma sekadar menyuarakan pendapat. Selamat beramal di bulan Ramadhan. Insya Allah.

Comments
40 responses to “Kenapa Jubah Ada Hoodie?”
Macamana rupa yang dikatakan jubah sunnah sepertimana Nabi S.A.W.pakai.boleh tuan tunjukkan imej dia…s.t.k.
itulah masalahnya bila nk bergaya tak kena tempat dan situasi, apatah lagi yg berkaitan dengan ibadah
ada gak tgk orang kat masjid guna pakaian macam tuh,. mula2 nampak pelik,. tapi lama2 dah tak pelik lagi sbb mkin byk yang guna,. curious…
jubah hoodie yang dipakai sekarang more to fesyenlah..sekarang ramai pihak dah nampak dan cuba nak eksploitasi pakaian islamik nie..ada market kata mereka..macam kat screenshot tuelah..mereka terap unsur stylish ke dalam pakaian islamik dalam usaha memartabatkan industri fesyen mereka sebab kat New York memang terkenal dengan street fashion..mereka nak kalau boleh semua orang berfesyen..
ooo hoodie tu yang mcm sarung kepala tu ke??tak pelik ke jubah ada menda tu?
tak boleh tu.. kalau selalu sangat buat pergerakan boleh batalkan sembahyang.. kalaulah setiap rukuk dan sujud kena gerakkan tangan, kalau solat isyak tu agaknya 12 kali pergerakan dia dah buat.. hanya Allah saja yang tahu samada solat dia sah atau tidak..
ariff hensem..
kalau pkai hoodie mesti lg macho.. :P
err.. hehe. thanks :)
Jubah yg ada hoodie ni antara pakaian tradisional orang Maghribi (tempat saya belajar sekarang ini).
Jubah yang macam nie boleh menggantikan serban yang dipakai seperti di Arab Saudi. Serban terbahagi kepada 2 jenis. 1 jenis seperti yang dipakai di Arab Saudi dan negera-negara Arab Teluk dan serban yang dipakai seperti di Malaysia. Jadi, mereka yang pakai jubah yang ada hoodie, mereka boleh gunakan hoodie itu sebagai serban yang dipakai di Arab Saudi.
Masalahnya, mereka yang pakai jubah hoodie ini tidak menggunakan hoodie tersebut, itu yang menganggu pergerakan solat. Kalau guna, tidak ada masalah kot.
biasamya yg ada hoodie ni sweater..jubah ada hoodie ni jarang nampak org pkai kt malaysia. mungkin fesyen baru. Kalau smpai nak kena tolak ke belakang, mcm menyusahkan. baik beli jubah biasa murah pun murah. Hehe..
Hurmmm…. nie semua mangsa fesyen terkini la nampaknya…..
memang tidak sesuai kot untuk iklim khatulistiwa di negara kita ini. Mudah berpeluh tidak seperti di negara yang beriklim sejuk.
Dia nak bajet macam Daniel (Lord of the Ring) la tu..
Agak cool juge utk skali skale dorg nak bergaye gi masjid… Maybe patut ade button bhgn belakang hood & jubahnye so leh lekatkan bg tak jatuh time solat..
(achewah!! ala2 pesen dezainer plak… ;p)
Tak selesa solat pakai hoodie ni. Memang hoodie akan jatuh bila time sujud. Setuju dgn bro. Malaysia ni takla sesejuk mana nak pakai hoodie ke apa.
errr ok kagum jugak la aku tengok jubah yang ada hoodie ni -.-boleh upgrade sikit ni kot biar tak jatuh terkulai masa sujud ke rukuk ke nanti hehehe
hahahhaa.. macam kelakar pulak
fesyen baru
senang nk gi surau time hujan
:P
aik, ganjil pulak jubah ada hoodie. biasanya jubah lagi nampak kemas tanpa hoodie. Tapi kalau alasannya mahu khusyuk apabila hoodie itu dikenakan sepetimana mengenakan kain serban seperti imam di negara Arab, mungkin boleh diterima.
nasib baik salwar khameez kat islamabad ni xde hoodie. else sure x selesa panas sampai 43’c ni hehe :)
Rasanya tak sesuai sekiranya menganggu solat…sama gak pakai kain pelekat naik moto…miahahaha
Kalau pakai kain pelekat naik moto, mesti pakai boxer. Bahayaaaa….
belah timur tengah,jubah ni kira dh lama..mmg dsign de mcmtu..common teenagers pakai..:)
I see.. cuma rasanya memang tak sesuai bawak pakai kat Malaysia. Apa-apa pun, itu semua cita rasa sendiri
fashionista la tu kot
satu keje pulak nak tolak2 hoodie dalam solat.. tak batal ke solat kalau tgn asyik bergerak utk tolak hoodie? ada sape2 bleh jawab?
Tertanya-tanya benda yang sama..
Secara asasnya, perkara penting dalam solat adalah mencapai khusyuk. Namun, para ulama berselisih pendapat dalam menentukan had bagi pergerakan bagi memastikan kita khusyuk dalam solat.
Kalau mengikut mazhab syafie, pergerakan besar dengan 3 kali berturut boleh membatalkan solat. Pergerakan besar adalah pergerakan anggota badan seperti tangan, kaki dan badan. Manakala pergerakan jari dll dianggap pergerakan kecil.
Namun, ada lagi pandangan mazhab lain yang membenarkan pergerakan yang lebih daripada itu dengan syarat ianya tidak keterlaluan.
Kalau tolak hoodie atau rambut memang pergerakan besar dan mereka yang melakukannya perlulah berhati agar tidak berlaku pergerakan 3 kali berturut-turut.
sekarang dah macam2 fesyen org jual jubaah ni.. ada sebaiknya belilah yg tak mengganggu ketika nak solat.. :-)
ada satu warna hitam sedap pakai tapi memang susah bila sujud
Sebenarnya kalau byk sgt pergerakan cthnya menolak hoodie yg jatuh ke depan tu boleh membatalkan solat. Sama macam menolak rambut yg jatuh ketika nak sujud. Elok tak payah la pakai jubah mcm tu. Byk lagi design jubah lain yg cantik kan? :)
baru tahu wujud jugak jubah laki ber-hoodie2 bagai ni. kalau yang perempuan punya tu,pernah la jumpa. laki tak pernah la pulak. tapi tak ke macam pelik dan sukarkan pergerakan semua tu? fesyen lah kot. ;p
Sound cool tho! i mean as a fashion statement..then again, it goes back on why we wear it aites? Anyhow, still a cool thing to me. ;)
I know. It kinda looks cool. But I don’t think it is practical
ni jubah morocco punya stail
Saya pernah ternampak remaja memakai jubah yang ada hoodie. Saya tertanya-tanya juga ia adakah fesyen. Sekali pandang macam gang Harry Potter.
Kalau jubah tersebut menganggu solat apa gunanya.
Itulah. Dalam kepala saya pun terfikir benda sama
biar betul ada ? xpernah jumpa pun
kena rajin pergi masjid. heheheh
maaf yer Ariffshah. Saya selalu juga komen tapi bila check balik, tidak pernah tersiar melainkan komen yang dalam bentuk reply seperti ini. Mungkin Saudara Ariffshah boleh bagitahu tentang kaedah yang betul untuk komen di sini.