Kenapa Perlu Ada Financial Planning Yang Betul?

Nak jadi kaya? Maybe, but not necessarily that. Kenapa bila kita mula membincangkan pasal perancangan kewangan, mulalah orang berkata nak jadi kaya tahap jutawan billionaire dan sebagainya.

Saya bagi anda satu je alasan mudah kenapa kita perlu bijak dalam menguruskan kewangan kita iaitu, dah tua nanti siapa nak jaga? Takkan nak mengharap anak-anak 100%?

Ini saya ambil daripada salah satu blog yang menjadi bacaan harian saya. Sangat bertepatan dengan apa yang cuba disampaikan dalam entri ini:

Alangkah sedih purata caruman KWSP hanyalah RM114,000 sahaja. Secara mudah, sekiranya sihat, insyallah mampu hidup 20 tahun lagi selepas bersara, anda hanya boleh berbelanja RM475 sebulan. Itu kalau anda tergolong dalam mereka yang bernasib baik ada caruman KWSP. Kalau anda tergolong dari mereka yang bekerja sendiri dan tiada langsung menyimpan untuk persaraan, bagaimana? Situasi agak berbeza untuk pekerja awam kerana mereka ada pencen dan mereka dapat kemudahan kesihatan percuma di klinik dan hospital kerajaan.

RM475 sebulan bermakna RM15.83 sehari atau RM5.27 untuk 1 kali makan, 3 kali sehari. Bolehlah makan nasi ayam digerai RM4.00 bersama air RM1.20, masih ada baki 7 sen. Itu baru cakap fasal makan. Macamana nak bayar bil air, elektrik, minyak kereta, servis kereta dan paling penting ubat-ubatan dan kos rawatan jika jatuh sakit. Semua ni nak kena bayar dengan baki 7 sen tadi. Sangat-sangat menyedihkan.

Jadi itulah dia. Tak perlu tengok jauh, tak perlu nak mimpi besar-besar. Dengan hanya memikirkan kehidupan selepas pencen pun dah jadi alasan yang cukup kuat untuk mula memikirkan tentang perancangan kewangan yang betul dan sumber untuk pendapatan pasif.

Baca entri asal, Miskin Selepas Pencen dan sedikit sebanyak tentang kepentingan insurans. Mohon kehidupan yang selesa ketika kita pencen nanti.

26 Comments

  • Huraizah

    23 November, 2011 at 11:28 am

    Salam.
    Banyak twist dan ayat-ayat manis dalam finance ni. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan banking. Ada ajer yang manis.
    Sedara share pembacaan yang banyak membantu ‘mengentalkan’ hati saya dalam financial management – Total Money Make Over by Dave Ramsey.
    “Debt Is not a tool; it is a method to make banks wealthy; not you”

    Jemput datang ke blog saya. Mungkin ada yang dicari di sana.
    http://vitabest.blogspot.com/

  • atieyy

    15 November, 2011 at 7:51 am

    huhuhuuu…sy sgt boros…nak menyimpan sendiri sgt2 susah…simpanan EPF ada la…bila dh beli sesuatu tu meyesal pulak beli sbb tak guna…pas tu buat lagi…angka2 kt atas tu mmg merisaukan…nak berubah tp x berubah2 :-||

  • puanbee

    14 November, 2011 at 5:56 pm

    selalu juga di basuh otak oleh sepupu yang jual insurans , bukan tak nak menyimpan , tapi setakat manpu aje , duit sekarang bukan main cair macam air , cepat sgt habisnya ..

  • samanosuke_04

    14 November, 2011 at 2:39 am

    hohoho, kalo pasal duit, agama, masalah rumahtangga, memang orang nak avoid topik nie dalam perbualan walopon sebenarnye bende nie penting, kita takleh hidup tanpa duit, agama dan gak famili.. tapi tajuk nie jugaklaa orang nak elak..

    yang nak dibualkan adalah, cuaca, result bola, gossip minah tue.. bende2 yang tak mati pun kalo tak tau.. huhu..

    financial planning tue… erm, aku malas pikir lagi.. yang penting simpan 10% bulan2.. ok kot? kan3?

  • Ekspresi Ruang

    11 November, 2011 at 8:26 am

    kalau kerja kerajaan insyaAllah caruman KWSP tu btol kiraannya sebab dimasukkan sekali elaun kerja lebih masa.
    Tapi kalau kerja dgn syarikat persendirian, kadang2 tak ramai org perasaan yg majikan yg tak bertanggungjawab hanya mencarum KWSP ikut basic gaji je dan bukan gaji penuh bulanan. kerja penat lelah tapi imbuhan utk simpanan sket je. slalunya terjadi pada orang Melayu yg bekerja dgn premis cayanunalif.

  • akubiomed

    10 November, 2011 at 12:31 pm

    Buat persediaan awal itu penting seperti pembelian asset, simpanan anak-anak dan juga mengunakan pelaburan KWSP untuk dilabur unit-unit amanah.

    Kalau hendak harapkan simpanan bulanan agak mustahil untuk kehidupan di bandar raya seperti Kuala Lumpur kerana kita adalah pembeli.

  • fikri91

    10 November, 2011 at 11:11 am

    walaupun aku baru berumur 20 tahun..
    tapi aku rasakan entry kali ini amat bermakna untuk aku betul2 memikirkan masa hadpan…
    “takkan nak harpkan anak 100%”..aku suka ayat tu..huhuh

  • Noriz

    10 November, 2011 at 8:50 am

    takut dgr cite psl miskin lepas pencen nanti…
    akak gomen staf, so mmg harapkan pencen bulanan lah…
    dah harap sgt imbuhan sebelum pencen dpt nanti tu di manfaatkan sebaiknya… jgnlah akak lupa diri bila tgok duit byk …huhu..

    dan so far alhamdulillah…konsisten menyimpan, asb serta byr insuran..
    dan jaga rumah2 sewa lain…

    harap2 perancangan berjalan lancar…

  • Pacifista

    10 November, 2011 at 3:48 am

    bagi penjawat awam pun,pencen tu sesuatu yang menakutkan jugak.kalau duit pencen tu besar takpe la jugak.macam aku ni yang ada 30 tahun lagi untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan.kalau takde simpanan dan insurans,memang sukar nak hidup tanpa tu semua.memandangkan taraf hidup mungkin meningkat dalam 30 tahun akan datang,mungkin jugak nilai duit sekarang adalah terlalu kecil.

    tapi memang tak dinafikan bagi yang kerja sendiri atau takde simpanan KWSP mahupun insurans.nak bayar insurans pun nak kena ada duit jugak akhirnya.roadtax, makan minum, pinjaman perumahan dan lain2 macam mana pulak? huhu…jauh sungguh perjalanan hidup ini kalau umur ni panjang…

    apapun kita doa sama2 supaya tahap kesihatan kita untuk 30 tahun akan datang berada dalam tahap yang baik.Insya Allah… :)

  • b3njy

    10 November, 2011 at 12:59 am

    Satu ketika dulu ada orang bertanya “apa yang anda risaukan ?” ramai menjawab berbagai jawapan (termasuk c b3njylah) tak der yang risau pasal kewangan. Tetapi bila disedari kewanganlah yang paling dirisaukan berbanding yang lain.

    B3njy rasa tahun depan nak keluarkan caruman KWSP nak sambung belajar, Ok ke tu ? mohon pandangan dan nasihat blogger2 sekalian.

  • Kazen

    9 November, 2011 at 11:36 pm

    betul dan tepat entry nie…kebanyakan muda-mudi hari ini ramai yang tak sedar mengenai kepentingan simpanan masa depan khususnya selepas pencen esok2… sekurang2nya aku rasa baik buat akaun cam ASB ke yang berbentuk pelaburan supaya apa yang kita labur hari ini mmberi impak untuk kita semula pada hari tua.. lagi awal melabur lagi bagus :)

  • Syaaa

    9 November, 2011 at 10:46 pm

    Hai ariff .
    Ckp pasal financial , my mom dlu org susah/housewife . My dad keja kat hosp kerajaan as attendant jer . Dlu gaji x sampai 2ratus kot . Potong rumah lagi , bayar hutang motor lagi , hantar duit blk kg lagi , sampai last day gaji tu ader singgit pon x sampai kat tangan . Memang “pekin” sgt la . Mkn pon x mewah . Beli ikan pon bape kupang jer . Tapi in the meantime my dad simpan duit 10 tiap2 bulan . What for la my mom ask kan ? “Nanti anak2 nak belajar guna duit aper?” my dad ckp . Yelah mkn pon x cukup buat ape la nak simpan duit kan . Then bila my brothers dpt masuk asrama guna duit tu jer . Dah pulak barang2 hilang la aper la . My bro sorg tu satu beg dia pakai dr standard 1 sampan 6 . Mmg banyak kali la jahit . My mom pon cari inisiatif cari duit . Dia buat jual tempeyek , kuih kapit la , tiap2 hari tdo 2 jam jer . Nak cari duit punyer pasal kann . Lepas i ader , my mom x buat kuih dah . My bro pun dah kejer kt jepun for 3 years after study kat sana for 4 years . Bila my bro balik dia bg saving yg dia simpan kat sana kat my mom . Now my mom tayah susah2 mcm dlu dah . Even dia dah boleh hidup mcm “org” skrg ni , savings dia still bertambah . Hidup mcm dlu jugak . Makan x la hari2 kat luar . I pon kalau mkn ikan ambil ekor sikit jer . Pkai sabun buku sampai betul2 x boleh pegang baru ambil yg baru . It’s not that kitorang kedekut ker ape , tp mmg dari kecil dah dididik untuk menyimpan . Bila kita rasa susah baru tau betapa berharganya duit tu . Tapi sekarang ni kalau kejer nak jugak menyimpan mmg perit la kan sebab kos hidup tinggi . But tu sumer bergantung lifestyle kita . Kalau nak pkai bju mhl2 , mkn sedap2 , tp hape pun x simpan mmg rugi la .

    Well i rasa sampai tu jer kot . And my mom penah ckp kt i “masa ada duit lah nak simpan , kalau x der nak simpan hapenyer” .

    Just my two cents . Bye!

  • Lord Zara

    9 November, 2011 at 10:41 pm

    Aku tak faham bila orang keluarkan EPF dan buat benda yang tak berfaedah. Patutnya duit tu boleh digunakan sebagai simpanan dan rancang untuk benda yang kita tak dapat jangka.

    Dan ya, aku suka membaca apa yang kau tulis dan rujukan yang kau beri.
    At least aku dapat idea macam mana nak uruskan apa yang aku nak. macam cousin aku, umur dia sebaya aku, 24, dah ada kereta, dah beli kereta. Awek je belum disunting lagi. Gila jealous.

  • zuls

    9 November, 2011 at 9:12 pm

    Setuju ariff pasal ni.
    Financial planning memang sangat-sangat penting.
    Pengalaman saya pun macam ariff tulis juga. Bila kawan-kawan tau yang saya buat financial planning, dan cari wang di internet, mereka sangka saya nak jadi orang kaya. Padahal saya buat tu semua supaya saya bebas nanti.

    Saya punya motivasi senang sahaja. Bebas dari hutang. Dan bebas dari melakukan hutang yang banyak dikemudian hari.

  • Lagubestbest

    9 November, 2011 at 5:50 pm

    Sebenarnya bila pasal kewangan, bercakap dengan kawan2 yang nak je, tu pun biarlah masa sesuai. Janganlah tiap kali jumpa je buka topik duit, jumpa masa raya je buka topik pasal kewangan.

    Dulu ada sekali aku pergi hospital sebab sakit, ada kena masuk bilik lah pegawai tu nak ajar cara guna alat ubat baru tu, lepas habis pasal ubat dia buka topik pasal ‘lubuk emas’, menyampah lah aku, dahla aku sakit, tahu la baru kerja mestilah dok fikir gaji je tapi janganlah nampak mata duitan sgt.

    Yang penting, selalu membaca tambah ilmu, tanya orang yang tahu, kemudian ‘take action’. Contohnya pasal emas, ambil la tahu pasal bagaimana emas boleh naik turun, kemudian bagaimana nak maksimumkan untung guna cara gadaian. Kemudian, seminggu sekali ke luangkanlah masa 10 minit ke tengok graf harga emas. Kalau harga ok, duit ada seribu dua dalam poket esok pergi beli, simpan diam2. Sampai masa setahun dua kemudian nak guna harga pulak dah naik, g la jual diam2.

    Tu je. Teori bagai semua sembang sampai berbulan-bulan, not necessary, yang penting sebenarnya just take action, as simple as that.

    • Ariff

      9 November, 2011 at 5:56 pm

      Ramai yang suka berbincang bab teori je, tapi bila nak implement, fail. Samalah macam pergi seminar hartanah itu ini, bayar mahal untuk seminar, lepas tu belum tentu lagi nak join pasaran hartanah.

      Apa-apa pun, semua orang perlu ada financial planning dan tak semestinya nak cakap pasal buat duit je. Planning semasa pencen pun perlu ada.

      • Esa

        9 November, 2011 at 9:57 pm

        Salam sejahtera,

        Memang ramai yang menyertai pelbagai seminar. Alhamdulillah, langkah pertama telah diambil. Tapi masalahnya untuk memulakan langkah kedua dan seterusnya memerlukan sedikit “tenaga”. Saya menyertai beberapa seminar dan bengkel hartanah harga belasan ribu ringgit. Setelah menemui rahsianya, baru saya berani mengorak langkah memulakan pelaburan hartanah secara serius mulai 2006 dan meletakkan jawatan pada 09.08.07.

        Oleh kerana umur saya 40an, saya terpaksa melipat gandakan pelaburan (beli 2-5 kondo/apartment setahun) untuk capai matlamat saya.

        Rahsia saya tidak susah, tapi tidak mudah untuk dilaksanakan:

        1- tukar mind set, dari negatif kepada positif, baca buku motivasi, tulis beberapa ‘kata-kata mutiara” yg terbaik masukkan dalam wallet atau poket
        2- cari ilmu, guru atau mentor dan cedok pengalaman mereka, baca buku pelaburan oleh mereka yg telah berjaya, baca buku mengenai kewangan, baca buku mengenai percukaian dll
        3- cari team dan rakan sehaluan yang mempunyai visi serupa. Kurangkan dengar cakap2 mereka yang tak pernah melabur. Mereka lebih banyak teori kosong yg negatif dari yg positif
        4- dapatkan sokongan dan bantuan orang terdekat atau orang tersayang
        5- yakin kita mampu lakukan
        6- belajar dari kesilapan sendiri/ kesilapan orang lain, dan jangan ulang kesilapan yang sama
        7- jangan over-confident atau berlagak pandai kerana ada yg lebih pandai, lebih kaya dari kita dsbnya. Jadi manusia yang humble seperti rasmi padi bukan rasmi ayam, bertelor sebiji riuh sekampung
        8- Modal: Wang, Ilmu, Keyakinan, kepercayaan diri dan semangat
        9- Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal

        Insyallah, semua orang mampu lakukan tapi kena buat perubahan pada diri sendiri terlebih dahulu.

        Semoga anda dapat manfaat dan semoga sukses!

    • sjiehan

      10 November, 2011 at 2:38 pm

      orang islam masa kini perlu menyimpan emas bermula dari hari ini… kita tgk la byk kedai2 emas di luar sana di kuasai oleh orang cina…

      emas adalah pelaburan yang terbaik…

      1 day nnt, semua matawang tidak laku melainkan emas…

      banjir di thailand menyebabkan ramai yang mengadai emas bagi meneruskan kehidupan…

      time banjir bank semua tutup…~

      klo ade emas, better simpan sendiri la…

      apa2 hal berlaku, emas ada sebagai wang dikala kecemasan…

      itu pandangan aku ~..
      klo ade x setuju boleh bangkang or tambah…