Kenapa Facebook Jadi Semakin Bosan?

Reading Time: 2 minutes

Aku merasakan Facebook semakin bosan sejak dua menjak ni. Korang tak rasa macam tu ke?

Tag gambar duit

Aku cukup menyampah kalau orang tag-tag gambar duit ni. Kalau tag gambar dengan gumpalan duit Euro 200 atau Pound Sterling atau Swiss Franc, aku tak kisah. Kurang-kurang nilai tu dah menunjukkan status kewangan yang kuat diperolehi daripada apa-apa sahaja skim yang mereka cuba perkenalkan kepada orang lain. Kalau setakat RM, sorrylah.. not impressed. Kalau berjaya sangat skim ko tuh, memang ko takkan buat kerja tag gambar orang kat Facebook sebaliknya hanya akan lepak-lepak di rumah sambil mengilatkan kereta Porsche dalam garaj.

Iklan, iklan dan iklan

Iklan yang dimaksudkan adalah iklan barangan, terutamanya daripada blogshop. Daripada korset, baju tidur seksi dan sebagainya sehinggalah ke spare part kereta, benda ni memang takde limit. Iklan adalah sesuatu yang sangat menjengkelkan. Aku lebih sanggup tengok blog update orang lain dalam wall feed berbanding iklan barangan.

Apa beza orang yang iklankan link ke blogpost mereka dengan orang yang iklankan barangan untuk dijual? Blogpost boleh dibaca dan kalau ada ilmu yang ingin disampaikan, maka dapatlah ilmu tersebut manakala iklan.. well iklan adalah iklan semata-mata. Orang yang jual dapat untung pengiklanan percuma dan keuntungan daripada hasil jualan barangan. Orang yang tak berminat dengan barangan tersebut akan merasa annoyed.

Banyak orang tak kenal

Dulu masa tengah hangat sekejap (hangat je, tak panas pun..) adalah penambahan rakan dalam friendlist. Sekarang pun ada.. tapi aku tak tau. Adakah mereka yang add ni pembaca blog atau sekadar orang yang nak add? Aku masih boleh terima kalau mereka ni pembaca, tapi kalau sekadar add nak tambah orang dalam friendlist, macam agak keterlaluan pula. Jadi ada dilema sikit antara nak approve atau tidak orang yang baru hantar request ni.

***

Apa-apa pun, wujud ke tak Facebook, aku masih akan menulis dalam blog ni selagi aku nak bercerita dan membebel di sini and while I still have privilege to write. Who knows when I’m in the world of work (which I’m pretty certain will be in less than a year time) I might not have that. Let’s just cherish what we have now.


Posted

in

by

Comments

46 responses to “Kenapa Facebook Jadi Semakin Bosan?”

  1. misslov2eatjr Avatar

    notification yg xde kne mgena… go twitter

  2. qimaxx Avatar
    qimaxx

    addicted to FB

  3. din je Avatar
    din je

    br strt men poker blik

  4. namee Avatar

    oh, i added u last day. sebab blog lah. bukan sebab nak tambah numbers je. thanks btw sebab approved stranger :D

    happy ramadhan.

    1. ariff Avatar

      nah. i’ve been to your blog too. keep on writing. Ramai enjoy your stories.

  5. k Avatar
    k

    saya pun sama dh rasa bosan dgn fb..ermm skang hobi baru suka dengan blog =)

  6. eiela Avatar

    memang bosan kalau ada yang gila main tag-tag gmabar duit nih especially yang tak kenal dan join mlm, senang terus masuk spam je. terus tak nampak. selesa sikit mata nih memandang.

  7. Alan Avatar

    Alan dah lame rasa bosan dengan fb…

    :)

  8. Pacifista - X Avatar

    setuju dengan bro ariffshah.aku cuma nakkan button like FB je tu.rasa twitter lagi best.simple.hehe…

  9. Zul's Stuff Avatar
    Zul’s Stuff

    setuju sngt dgn awk…skrg ni mmg iklan bnyk kt facebook…nak buka facebok pun mcm dh mls…

  10. akid Avatar

    hurmm btul2.. tp aku paling tak boleh blah kalau yang tak kenal tu..

  11. Mohd Isa Avatar

    hoho, serius aku setuju bab iklan n tag gambar duit tu…xkena pada tempat lansung…org berfacebook untuk bersosial, hubungi rakan-rakan…bukan nak cari duit or barang2…ades…masalah sungguh org skg ni…japs…aku add ko…kenal aku x? hehe

    1. ariff Avatar

      eh. Bukan dah add ke?

  12. Eichikatsu Avatar

    Kalau iklan yang bermanfaat aku tak kesah lagi, tapi semua iklan MLM. Nampak sangat la desperate nk cari downline sebab dorang dah terkena.

  13. hazman aka species1980 Avatar

    Memandangkan GPLUS takde awek so FB nie masih lagi akan bertahan ….hehehehe

  14. haiqal Avatar

    Mula-mula rasa okay facebook lama sosial semata-mata.Tapi bila aku add ramai kawan-kawan which is aku rasa 60% je aku pernah face to face,wahh,berubah!.

    1-Dari facebook kita boleh tahu macam-macam benda yang berlaku di sekeliling.Contohnya gerhana bulan ke,gempa bumi ke apa ke.Best.

    2-Facebook medan saling mengingati.Puasa ingatkan,solat ingatkan.apa entah lagi.

    3-Facebook tempat kongsi pendapat,bincang semua masalah.best juga.Bincang pasal UPU,biasiswa dan banyak lagi.

    Itu antara yang best.Tapi tiba2 ada fan page gila fan.Buat contest suruh orang vote bagai.Tambah pulak dengan link spam churp2 lah,saysmy lah.Tak kira lagi komuniti gay/lesbian/apa entah lagi.

    Pokok pangkalnya,kita yang handle sama ada fb tu berguna ke tak.Keh keh keh.

    *macam penceramah tak aku ni?hahaha

  15. pilotHans Avatar

    for me masih relevant…tak relevent bila org2 tue tak kenal, iklan jual itu ini…..for me dr events leh pi kenduri kawen org…dr wall leh shout ajak TT..dr group leh TT club kete n mcm2 laa…..wpun wall sendirik xlaa meriah tp kite tau if we nak something mane nak pi…example aritue nk pi chelsea..aku huha2 kat wall member aku yg supporter..dr situ gather a few members..then jupe kt stadium…

    klo jenis main fb add aweks jer pastu hye2 bye2, mmg laa kan..it all depends on how u use ur resources….

    cheers

  16. namia Avatar
    namia

    patut ariff shah tak accept saya … jd dah tak boleh nak nampak kalau ada entry terbaru dari ariff .. facebook lama dah tak boleh nk bukak jd kena buat yang baru theheheheh

    salam ramadhan… semoga ramadhan tahun nieh akan lebih bermakna …

  17. Adib Avatar

    hope dengan kewujudan google plus akan datang, mampu mengatasi kelemahan FB..aku sokong pendapat kau tentang fb ni

    1. pilotHans Avatar

      google plus skrang masih boring…hahaha…agaknye blum tibe masanye…

  18. Syazwan Sarawak Avatar

    sekarang ni masalah post orang ke group blogger keluar kat news feed friends, and ada yang dah kena sound menyemak news feed je. sebab sehari tu ping 3~4 kali entri dalam banyak-banyak group.
    adehh

  19. Azuan Avatar

    Lagi2 org hantar request game atau apa2 request apps.. bosan betul..

  20. mancai Avatar

    layan google plus pun menarik juga.. fb pun aku dah jarang2 update..

  21. emanthehalia Avatar

    Aku boleh tambah banyak point la nak buat entri kreditkan leh? heheh

    1. ariff Avatar

      sila2. no problem

  22. Nurul Nadiah Mamat Avatar

    fb cuma guna untuk tgk link blog yg blogger ping kat group…

    bila terlalu rmi kwn yg xdikenali, terus remove…hehehe…

  23. aizuddin Avatar

    bosan2 pun..tak leh hidup tanpa facebook zaman sekarang ni

  24. Izwan Avatar

    sekarang banyak event2 yang lagi mengarut dan dihantar secara bulk ke semua orang.. =.=’

    selamat berpuasa..

    1. izwannizam Avatar

      aku pun pening nak pergi event mana satu.banyak sangat dijemput ni :D

  25. afiq aiman Avatar

    tukang tag pun pandai memilih org jugak kan. dekat raya ni mesti kena tag dekat kuih raya pulak. tak pun kerongsang ke, nasib baik aku tak kena mcm tu lg. kalau kena aku remove terus tak cakap byk. tak suka dok penuhkan notification dgn benda tak berfaedah kpd aku haha

  26. ekspresiruang Avatar

    mungkin ini tanda2 kejatuhan Facebook. lps ni gejala ni akan berpindah ke Google+ lak. huhu

    1. ariff Avatar

      yeah. Tapi Google+ sekarang laki je banyak. Awek zero.

      1. Eichikatsu Avatar

        Itu lak kau pikir bro..wakakakaka…ade je kot..

  27. syahrilhafiz Avatar

    hahaha, adeh, petang tadi baru tweet cakap facebook bosan
    tetiba eh post..wah nice! memang dah bosan pun

  28. Shahrulsite Avatar

    live your life without facebook… :)

  29. iqbalhakimi Avatar

    bab tag gambar duit paling aku tak suka..dan satu lagi application yang entah pape kemudian jadi tag nama sendiri..berderet2 org komen… =.=”

  30. Basri Avatar
    Basri

    Betul lah tu.. Pernah rasa macam ni.tapi nak luahkan tak tahu cara.. satu lagi chit-chat dalam facebook.kadang2 menganggu ketenteraman. Saya suka update group , kalau ada info.

  31. shax Avatar
    shax

    aah. memang dah lama pun rasa..apa pun, selamat berpuasa encik arif. :)

  32. Azah Avatar

    ak dh lama x jenguk fb. bukak utk main game je. notification sume off. fb mmg sangat bosan. even “kawan” sniri pun sibuk beriklan. menyampah je.

  33. cik dara Avatar

    betul,kalau yang tag duit tu dah berjaya tak akan adanya diorang terhegeh-hegeh cari ‘kaki’ lain sebab dah berjaya,Masih terkial-kial dan kita tak tau perkara tu berjaya ke tak lah diorang mengila tag dengan ramai org.

  34. GreenAppleKu Avatar

    memang agak membosankan melihat mereka yg tag pelbagai skim buat duit, itu dan ini. selamat berpuasa tuan blog.

  35. fndrocka Avatar

    Bosan tak bosan sebenarnya bergantung pada gaya mana org tu menggunakannya.kalau ramai kawan sekepala..biasanya jadi fun dan tak bosan.biasanya lah.

  36. azman Avatar

    Tag gambar duit tu yang tak leh tahan tu…iklan pun sama…ramai org mencari peluang nak wat iklan sampai terlupa dia adalah spammer tegar..

    Selamat Berpuasa Arif..

    p/s : boleh tak upload gambar bazaar ramadhan luar negara :)di next entri

    1. ariff Avatar

      haha. Kalau ada bazar, aku orang yang pertama upload. Masalahnya takde :(

      1. takky Avatar

        aktiviti ape yg student2 islam kt rusia wat mase puasa nie??
        trigin nk taw perbezaan cara org rusia sambut puasa dgn org m’sia sambut puasa…

  37. Faizal Fredley Avatar

    memng rasa nak marah bila kena tag gambar duit…rasa mcm nak block jer makhluk tu…