Kenapa Saya Akan Beli Harley-Davidson

Reading Time: 3 minutes

ariff-shah-konvoi-asia-harley-days

Bila naik KTM Duke 200 saya tadi, dah rasa macam naik basikal pulak. Harap Duke tak merajuk saya cakap macam ni.

Bak kata mat saleh, it grows on you. Bak kata orang Melayu, dah jadi darah daging. Ya, saya dah diracuni untuk memiliki Harley-Davidson sendiri.

Bermula dengan hari pertama saya dapat bike tu. Pagi hari nak ride untuk konvoi baru diorang bagi bike. Tak sempat test, tak sempat pusing-pusing. Belasah je.

Lepas flag-off, kena buat U-turn kat traffic light. Nervous masa tu sebab tak sampai 1km bawak dah kena buat U-turn. Takpe. Slow & steady. Buat malu geng Harley kalau jatuh kat Jalan Sultan Ismail masa rush hour macam ni, apatah lagi bila Polis dah clearkan jalan macam Sultan nak lalu.

Kemudian teringat kali pertama bawa motor sampai 140 km/jam. Laju dah ni tapi masih lagi tertinggal. Nak kejar konvoi balik kena sprint sampai 160 km/j baru dapat. Bila cecah 160 km/j, helmet dan spek dah gegar tahap tak ingat dunia punya. Helmet pinjam, jadi longgar sikit. Spek.. macam biasalah.

titiwangsa-gerik
Pemandangan di R&R Titiwangsa Gerik

Paling best masa layan corner naik bukit untuk melintasi banjaran Titiwangsa. fuhlamak!!!! Dengan experience yang ada, dapat jugaklah corner sampai dengar besi terseret kat bawah tu. Harap diorang tak check la. hehehe.. Dua kali buat corner seret besi. Si Pie2020 yang dah memang rider Harley pun kena potong!

Lepas tu teringat pulak ikut Jehan Miskin pergi makan laksa dan ais kacang kat Batu Ferringhi. Join ride macam ni macam join satu kelab eksklusif, boleh je buat kawan dengan sesiapa dalam konvoi tu.

Then tadi memang dah prepare untuk bawa laju. Tak pakai spek sebaliknya pakai contact lens dan sunglasses. Gaya Terminator gitu. Dapat satu peluang, masa tu kat gear 4. Dah 140 km/j, steady lagi. Potong motor depan, rev lebih sikit je, terus naik 170 km/j. Masih tenang.

batu-ferringhi
View masa layan ABC & laksa dengan Jehan Miskin. Dia orang Penang, membesar kat sini sampai umur 10 tahun

Sepanjang ride, walaupun high-speed, belum sempat sampai gear 5 dan 6. Menyesal tak try push sampai situ, tapi nak buat macam mana, takde peluang. Keselamatan diutamakan.

Jadi bila naik KTM Duke 200 tadi, rasa ringan sangat macam boleh pikul atas bahu je motor ni. Rev sampai habis pun dah tak terasa kick dia. Rasa kosong, macam lagu Najwa Latif, Kosong.

Saya bertuah sebab dapat peluang bawa Harley-Davidson selama 4 hari macam motor sendiri. Lepas ni tau dah, tak perlu dah beli superbike, kumpul duit dan beli Harley-Davidson terus. Yang main superbike pun bila dah sampai satu tahap akan tukar ke Harley.

Satu lagi yang saya belajar daripada rider-rider Harley ni (kebanyakannya businessman dan somebody), work hard dan cari duit untuk enjoy.

Orang cakap penunggang motosikal ni semuanya sama je, bawak macam pelesit dan semuanya mat rempit. Tak semestinya. Bila bawa motosikal ni, makin besar motor, makin besar tanggungjawab rider tu atas jalan raya. Kalau bawa perangai rempit masa tunggang Harley, orang macam ni memang tak boleh tahan lama, mesti accident punya.

Bila ada insiden berlaku, kena fikir kos nak baiki motor yang makan beribu-ribu ringgit. Walaupun penunggang Harley ni biasanya yang berduit, ribu-ribu tu masih lagi duit hasil daripada titik peluh mereka. Sepanjang konvoi, memang boleh nampak 90% rider mempunyai disiplin yang tinggi. Adalah sorang dua macam monyet masa ride, tapi lumrah la, mana-mana pun macam tu.

Teringat pada adik-adik motor cub yang modify motor dan ajak race masa pergi balik kerja, hanya mampu tersenyum pada mereka dan cakap dalam hati, “dik, kau belum tengok dunia lagi. Baru kapchai modified dah rasa macam dunia ni kau punya.”

Walaupun penat, memang puas hati dapat ikut konvoi ni. Terima kasih kepada penaja, family dan bakal isteri sebab bagi pergi.


Posted

in

by

Comments

30 responses to “Kenapa Saya Akan Beli Harley-Davidson”

  1. Pokok Manggis Depan Rumah Avatar

    terbaik la, memang best bila naik laju macam tu.

  2. hazman aka species1980 Avatar

    Lepas nie confirm ramai nak amik lesen B full lepas baca post entry nie

  3. Wan Gerrard Avatar

    oh menarik tp saya tak berapa kena bawak motor besar2 ni hehe

  4. Hazmin Hamudin Avatar

    Puas hati betul dapat tunggang sendiri motor harley ni. Aku badan kecik macam agak risau jugak la nak naik motor besar macam ni. Hehe

  5. Izz Latif Avatar

    Smart gilahhhh
    abang sedara suka jenis motor2 besar nih
    kalau dia nampak sure excited!

  6. Eridy San Avatar

    Kalau moto macam nie…memang aku surrender…LC pun masih rasa nak jatuh2 d corner…apalagi moto mcam nie..huhu…

  7. akubiomed Avatar

    Saya boleh faham keghairahan adrenalin kerana saya pernah alaminya. Memang cair dan membuak-buak setiap kali mendengar deruman enjin. Percayalah sekali terperangkap motorsikal akan menjadi kekasih pertama dan bagi yang sudah berkahwin motor menjadi bini pertama.

    Cuma nasihat saya berjaga-jaga kerana ia memerlukan perbelanjaan besar tetapi bagi setengah orang tidak kisah. Lihat nanti masa habiskan dengan kelab konvoi ke sana ke mari.

    Terjadi kepada jiran saya bermula dengan Ninja 250 upgrade 750 dan sekarang ini Kawasaki 1400 atas alasan selalu kena tinggal. Beliau tidak pernah lekat dirumah termasuk hujung minggu kerana lepak dengan kawan-kawan di kelab. Urusan keluarga diserahkan kepada isteri bulat-bulat. Nampak mudah dengan kata-kata bila kena batang hidup memang payah nak elak.

    Saya dahulu hampir terperangkap sampai kena bising asyik mengadap motor. Saya mengambil keputusan lepaskan dengan hati yang berat.

  8. salfe3 Avatar
    salfe3

    bro, moto yg dlm gmbr dgn jehan tu model apa yek?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Harley-Davidson model V-Rod

  9. hafiz hafizol Avatar

    aku yg kurus tak sesuai rasanya naik moto nie. nanti nampak moto je bergerak hahahaha

  10. azwan Avatar

    rezeki lah tu dapat merasa dapat rasa naik motor besar.
    yang terlebih berjaya je mampu miliki. so aku pun nak kena usaha lebih berjaya lah

  11. azman Avatar

    Main motor ni,selera akan ikut usia – easy rider is the best :) ,rilek cool hehehhe..tapi sebiji berapa rm? hahhaha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Sesuailah dengan usia sebab masa usia tu rata-rata dah berduit

      Tapi ada je yang muda, umur awal 30-an dah berjaya ada Harley.

      Kebanyakan owner Harley yang saya kenal orang yang ‘terlebih berjaya’ dalam bidang masing-masing, bukan daripada hasil harta tinggalan. Itu sebab mereka tak kisah bersusah payah dan berpenat-lelah ride beratus kilometer sebab susah-payah ni mereka lalui sendiri sehinggalah mampu beli Harley.

      Pengajaran yang sangat berharga buat saya sepanjang trip ni.

      1. azman Avatar

        Memang setuju,yang pakai Harley ni poket terlebih tebal,dah syok la tu bawak harley hehehe…

  12. nurmisnan Avatar

    Teringat group HD lalu depan kedai
    Diorang semua dr miri masuk brunei.. lebih dari 50 ada.. seronok

  13. PendekarBerkuda Avatar

    Bakal isteri bagi pergi?

    ehem2 tak sangka diam2…

  14. Abang Ensem Berketak Avatar

    Bab nak beli Harley ni gua takde hal. Cuma bab nak panjangkan kaki untuk ‘tongkat’ Harley ni yang gua ada ‘sikit’ hal.

    1. Azri Johan Avatar

      haha abang ensem punya komen lawak derr

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      Dont worry bro. Ada je yang dah di-design sesuai untuk orang yang comel macam lu. Nanti pergi showroom gua tunjuk

    3. nizam ijam Avatar

      lu pakai la tumit tinggi kahkahkah

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        Memang sesuai!

  15. profhariz Avatar

    Kacak dan hebat ! Impian aku juga nak tunggang harley ni. Tapi belum rezeki.

    Mungkin boleh pinjam quote “work hard dan cari duit untuk enjoy.” sebagai inspirasi hidup :)

  16. paeh Avatar

    Adalah sorang dua macam monyet masa ride, tapi lumrah la, mana-mana pun macam tu.

    Hahahaha.

  17. AkmaOmar Avatar

    Boleh pergi sampai 170 km/j tu mmg laju tu.. sampai bergegar2 kepala yer… :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Baru 170. Boleh lagi tu

  18. Denaihati Avatar

    Sampai pagi the day event organiser masih pujuk Denaihati join konvoi dan tak nak penganti .. katanya jadi penumpang pun ok lah …tapi apa nak buat last minute tak boleh nak adjust program yg dah ada … terima kasih atas jemputan dan mohon maaf tak dapat join

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Jadi penunggang tak best. Tak rasa thrill tunggang motor tu.

      Takpe2. Maybe next time kita join event sama-sama

  19. aslam Avatar

    menarik ni. kena kumpul duit untuk beli harley juga. hahaha. Kena amik B dull dulu. huhu

  20. mohd amiruddin Avatar

    yup…setiap orang punyai jiwa yang berbeza. ada yang serasi dengan superbike, ada yang serasi dengan motard, ada yang serasi dengan touring dan ada yang serasi dengan easy rider… semuanya atas sebab faktor kepuasan. ada yang puas dengan kuasa cornering dan gaya dah tentu memilih superbike, ada yang puas dengan gaya ranggi memilih untuk menunggang easy rider atau copper. tapi walau apa pun alasannya, bila seseorang itu berjiwa rider, sampai bila2 pun tetap rider. kepuasan bersama jentera 2 roda. (hehe…walau pun saya belum memiliki jentera 2 roda idaman, sy dah berpeluang merasai kepuasannya)

  21. titan Avatar

    setuju. pernah naik gak dulu..tapi entah model yang mana ntah..berat tapi best…

    bila nak balik modenas..gila ringan. Nasib tak eksiden masa tu.

    kena ambil gak lesen B2 nih nampaknya..