1. Filem seram Melayu semakin menjadi genre popular dalam industru perfileman negara kita. Setiap tahun, semakin bertambah barisan filem seram tempatan di pawagam.
2. Secara umumnya aku lihat filem-filem ni semua taklah seram mana, cuma lebih kepada elemen tahyul dan segala macam benda yang kita suka percaya.
3. Elemen hiburan yang wujud dalam filem-filem ini pula kebanyakannya melibatkan jenis lawak yang memperbodohkan watak dalam filem tersebut seolah-olah dalam budaya kita mentertawakan kebodohan orang adalah sesuatu yang sangat menghiburkan.
4. Kebanyakan atau hampir semua filem Melayu mempunyai watak bodoh yang sering ‘dibahan’ sebagai elemen kelakar dalam filem tersebut.
5. Idea filem kadangkala terlalu tidak masuk akal. Bayangkan – perempuan yang cantik rupa paras terpaksa menggunakan nasi kangkang untuk mendapat seorang mat rempit yang tak mempunyai hala tuju dalam hidup.
6. Jumlah kutipan filem tak menggambarkan konon-kononnya ‘kualiti filem bertambah baik’ sebaliknya hanyalah bukti bahawa filem tersebut disukai ramai.
7. Filem Melayu masa kini dilihat hanya dibuat sekadar untuk mendapat untung. Jalan cerita mudah, selitkan sedikit elemen mamat retarded/tiga suku/si pembuat lawak bodoh, pelakon wanita yang cantik dan akhirnya siaplah.

Comments
51 responses to “Kenapa Aku Tak Tonton Filem Seram Melayu?”
Salam Arif,
saya sebenarnya malas nak drop comment sebab terlalu banyak komen ditinggalkan di blog.arif ini. Saya jangkakan anda tidak terbaca kesemuanya.
Tapi memandangkan isi entri untuk kali ini memang sungguh menarik, walaupun dah terlambat, saya rasa patut suarakan. sokong untuk semua points anda nyatakan di atas.
3 & 4 – Definitely true! Pada pengamatan saya lawak memperbodohkan org lain, adalah asal lawak di Malaysia kot.
6 – Kutipan berjuta-juta bukan alasan untuk saya & keluarga pergi menonton. Jujurnya, saya dapat menilai jenis penonton yang gemar menonton cerita-cerita seram Melayu dan filem Melayu lain-lainnya.
Ha Ha :D
Filem arahan Prof Madya Razak Mohaideen juga mencatat kutipan yang mencecah 7 angka. Tapi, pada saya, RM10 (atau mungkin lebih) untuk sekeping tiket wayang, sungguh tak berbaloi untuk lawak picisan dan cinematography yang tak cun langsung.
Senang cerita buang karannn.
Jangan salah faham, saya menyokong indusri perfileman negara, tapi bukan secara membuta-tuli. Filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad saya tonton sewaktu ‘penggiat seni tulen’ (hak tuihh) sebok mengkritik hasil buah tangan allahyarham. Semasa menonton Gubra, hanya ada 5 orang penonton di dalam theater hall.
Duit saya adalah mahal. Jadi hanya yang layak berhak mendapatnya ;)
Setakat ni memang saya dapat baca kesemuanya. Don’t worry. Respond bergantung pada komen yang ditinggalkan, ada yang perlukan respon, ada yang good as it is. Terima kasih atas komen anda.
Pada pendapat saya, mentaliti kita terlalu mudah untuk dihiburkan. Hiburan yang kebanyakan kita pilih semua jenis yang simple dan tak bermakna. Sekadar hiburan. Cuba bandingkan tv series tempatan dengan luar negara. Nak dapat tv series macam House, White Collar dan sebagainya, memang tak dapatlah. Bila penonton semua suka dengan apa yang ada, maka producer pun ikut jelah selera, dari peringkat rancangan televisyen sehinggalah di peringkat filem.
Nak tukar? entah la. Mungkin masa tu belum sampai lagi. Apa yang orang macam awak dan saya boleh lakukan adalah dengan tak menonton cerita-cerita macam ni sebab pada kita, ianya membazir masa dan wang ringgit. Mungkin orang lain mendapat faedah terhibur dengan apa yang ada, jadi good for them I guess.
mmg tak leh bla la filem seram melayu … elemen lawak tu yg aku plg tak suka .. bodoh sungguh ..
seram x seram lah..tp x semua nya hampeh ad gak yg bole blah….cume kadang agk melampau seramnye yg bukan2 je x logik gitu…tang hantu bonceng tu memg ar out gilerrr…dh lr kutok2 agama,nasi kangkang lagi,x lucu langsong elok wt cerekarama je wat abis duit je…tp hantu kak Limah tu x brapa nk setuju…”Namee” klu awk x gelak tngok cite tu memg x de perasaan lr pe org kte ati batu..for your infmation dlm byk2 cite kt mlysia ni hantu kak limah tu lr yg pling hapy giler2…” maaap maaap maaap sekadar pandangan je…..ehheheheh en ariff sori trover plk komen bope byk patah perkataan nih ehhehehehe…mappp maappp….
Hehe.. terima kasih atas pandangan. Tak kisah pun nak tulis panjang mana. Bebas.
betul tu! the same things happen again2 and again. so dah boleh predict cte2 melayu yg seram. haha
so. marilah kita yang membuat filem seram pulak! haha
Ramai rakyat Malaysia suka tengok cerita seram yang tak seram… Dah ramai orang suka tengok, adalah orang lain yang ambil keuntungan dari kesukaan orang ramai tadi tu…
Walaupun cerita yang dibuat tu mengarut pun, masih ada orang akan tengok. Andai kata filem yang karut tiada sambutan, mesti tak ada orang akan buat filem seram + karut lagi… :-)
Salam Fahmi,
Iye, betul. Disebabkan mendapat sambutan hangat tak hengatt (huhu) adalah punca kebanjiran filem-filem seram di pawagam sekarang. Dan juga filem-filem berkisarkan rempitan/gangsterism. Semuanya kerana sambutan penonton. Producers just do the right thing which is strike the iron while it is still hot. The only one thing that they take into account is MONEY. It doesn’t matter if the films they produced are just a bunch of craps, or a piece of shit (or cake?? haha), but as long as Malaysians are willing to invest their RM10 per tix for a cheap film, hurm.. kecil tapak tangan, Stadium Nasional Bukit Jalil producers tadahkan.
Most of the film produced in our beloved country is only require us to laugh rather being thoughtful.
PS: Apa mesej yang dapat anda kutip melalui filem-filem seram di Malaysia? Boleh kongsi ;)
Paling tak boleh blah,kalau dalam cerita seram………..pelakon yang lebih banyak menjerit takut berbanding penonton di luar.
Orang kata,What the Efffff!!! Hahaha.
sekarang dah trend filem gengster.. lawak gengster..lepas tu jadi bualan budak2 kecik.. abang long,ayahanda.. heh~
kadangยฒ publisiti yang meluas datangnya dari bloggers/social network lain sendiri kan? bila ramai kata best..maka terpengaruhlah
kata xtengok cite seram melayu,tapi cemana hang bole tau babak nasi kangkang lam cite hantu bonceng tuh???
Habis tu dah orang sebelah tengok, taulah jugak sikit2 jalan cerita dia
diorang nak buat duit..sebab tu buat filem yang senang dijual. kalau buat cerita yang pelik-pelik..tajuk filem pula tak panas..memang takkan lepas 1 juta la jualan tiket tu..
Semua target mau dapat atas 1 juta, 2juta…mau lagi kaya…
Pengarah ada master/phd tapi buat filem takda moral pon…
em macam cerita mak limah balik rumah, kawan2 beriya ajak kata best gila ni lawak gila ni. last2 satu benda pun saya tak ketawa. lawak murah. sorry to say. lawak yang entah ape2 sangat sampai taktau nak gelak macam mana.
tak seram mana pun.terikut ikut org lain buat,semua pakat nak buat .
Menunggu P Ramlee keduakah?
Filem seram diciptakan dengan unsur keseraman oleh faktor natural fenomena. Rasa seram wujud dari serapan dari tenaga-tenaga kejahatan di persekitarannya. Untuk menciptakan sebuah filem yang seram, aspek psikologi dikaji terlebih dahulu. Bandingkan dengan filem seram luar negara, filem yang bergenre sedemikian sangat sukar untuk diciptakan.
Sebab? Rsiko untuk melakukannya sangat tinggi. Sebab itu, filem seram tidak banyak dikeluarkan kerana mereka perlu menjaga kredibiliti mereka sendiri, di mana, mereka tahu had dan batasan sesebuah filem seram iaitu memerlukan kajian psikoalisis yang begitu mendalam dan memakan masa berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun. dan pula, filem seram mereka mendidik, bukan menambahkan ketahyulan dalam masyarakat!
dan…
tajuk je HANTU,but penuh elemen memperbodohkan orang lain
citer paling menghampakan: karak!
sebab tu la filem sekarang cepat dilupakan dan cepat bosan utk di tonton. kalau nak dibandingkan dengan filem filem yang dibikin oleh P. Ramlee.
aku setuju, banyak -ve dari +ve. kurang sangat moral of the story, hiburan hampir 100%.
Terima kasih! Sekurang-kurangnya bukan saya seorang yang mempunyai pendapat seperti Denaihati. Tak sangka masih ramai rakyat Malaysia yang mampu berfikir waras sebelum melabur duit untuk sekeping tiket wayang. Tahniah. Dan terima kasih kerana membuatkan saya yakin bahawa tidak semua rakyat Malaysia suka dengan sogokan filem seram Melayu dan filem Melayu picisan.
;)
Semakin banyak pula yang buat cerita seram sekarang ni. Macam ikut musim pulak
kutipan menjadi-jadi. Tu sebab semua orang nak buat.
aku setuju sgt2
haramkan terus film seram ni
khurafat dan tahyul ja
tiada anjakan paradigma
trend skrg ni cite hantu kot..tapi selain Malaysia negara lain x lah byk sgt..satu dua tu ada lah…
Saya takkan leburkan duit pergi pawagam semata-mata nak tonton filem bajet seram. Nanti diri sendiri jugak yang terikut-ikut dan terasa diri sedang diikut-ikut. Hehe
tak minat , kadang-kadang mempersendakan agama , kalau tengok samalah dengan maksud menyokong . banyak sangat unsur tahyul konon nak bagi pengajaran . MENGARUT .
dah muak dengan movie melayu macam gini.. kejap2 kuar cite hantu.. kuar cite seram.. pastu jalan cerita ntah ape2.. ada jugak yang merepek ke laut.. yang bersiri pulak tayang malam jumaat.. malam jumaat malam elok, dibuatnya jadi malam berseram2, bertakut2..
aku tak suka tengok filem hantu hantu ni. bukan takut. tapi sebab bangang sangat. slow giler progression filem tu. especially filem hantu japanese ngan korean. sampai bole tetido nak tunggu hantu klua
aku mengimpikan storyline filem melayu yang ala2 the shawshank redemption or a few good men. xde la pakai CGI mana pun, tapi story line best giler! camera angle pun cun!
Shawshank Redemption is one of my favorites. A few good men tu tak tengok lagi..
Tanpa budget yg besar Malaysia boleh mencontohi Iran. Iran mempunyai byk filem yg mana kisahnya simple tetapi cara pengolahan yg menarik contohnya Children of Heaven.
Paling aku suka skrip yg power yg tak perlu bangunan atau kereta2 meletup2. A Few Good Men mempunyai skrip yg ayat2nya amat menarik. Scent of A Woman (Al Pacino) contoh lain.
“The Truth? You can’t handle the truth”
shawshank redemption terbaik! tengok banyak kali pon tak pernah jemu.. yg a few good men tu tak pernah tengok lagi.. best eh?
no quality at all… sedih kan
setuju sangat2! lagi pun, buat ape lah berlumba lumba nak buat cerita seram.. buat sakit kepala n menambahkan stress bagi yang menonton jer.. buat lah cerita yg islamic sikit.. tenang je tengok .. :)
japg akan timbul pulak cerita seram yg ada unsur 18sx..nak tiru macam indon..dengar kata hujung tahun ni keluar..tapi xtaula betul ke tak..
sy xsuke sume pon cite melayu…bukan xnk sokong tp ending tu kadang2 kita dah blh teka dah mcmana..kadang2 kalo cite lawak plak lawak terlalu plastik!! menyampah betul..
bukannye xmahu sokong filem tempatan..ade gak sesetgh tu bez…tp yg kt pawagam tu kbyakan genre same jer..hantu, lawak, hantu, lawak…haish!
japg akan timbul pulak cerita seram yg ada unsur 18sx..nak tiru macam indon..dengar kata hujung tahun ni keluar..tapi xtaula betul ke x..
Aku tak kisah apa jua genre komedi. Tapi kalau dah persenda agama, itu sudah lebih. Genre cerita sebenarnya ikut musim. Dulu, masa filem korea nak boom pada awal 2000, genre seram dia pun banyak gak. Pastu, Thailand. Lama2 Malaysia ikut. Tapi aku tetap tak suka banyak sangat cerita seram. Nanti time raya habis semua channel pasang cerita seram. Setakat aku tengok,filem Malaysia yang pernah mendapat kutipan terbanyak pawagam yang paling ok ialah Lagi-lagi Senario. Komedinya bermesej, takde unsur2 merosakkan pemikiran dan tak boring.
bagi aku watak bangang tu takdehal sangat bro sebab tu mungkin tarikan komedi cuma yang tak best bila ayat quran tu digunakan dengan niat menghalau hantu
Russia ada mengeluarkan filem seram tak bro? Macam mana kesan khasnya?
setuju sangat2…cerita seram melayu ni makin mengarut….last saya tgk cerita seram ialah Hantu Bonceng….cerita tak lah best mana pun tapi dapat sambutan…..kadang2 tuh tgk hantu pun nak tergelak….sebab hantu tu nampak kelakar dari seram…hehehehe……sepatutnyer kaji dulu cerita tu ok ke tidak bila dipertontonkan pada umum……
mereka buat cerita pikir nak untung je, kualiti tolak tepi
kononnya smo ni dah ‘ditapis’ oleh ulamak FINAS bg mengelakkan ke arah tahyul dan syirik. ntah apa yg ditapisnya aku pon xtau. tapis taik kopi sambil tonton proses penapisan filem tu kot.
Ada permintaan sebegitu, maka itulah yang dihidangkan. Sekurang-kurang mereka tetap mencari keuntungan dan kesempatan yang tidak berkekalan itu.
Masih ingat semasa trend Bollywood dulu. Begitulah juga..
So, I rasa, kegilaan terhadap filem-filem seram ini hanya bermusim dan rebutan utk menahan lukah ini, selalu membuatkan mereka lupa menjaga kualiti.
Kesal, kan?
ulasan yang jujur dan baik..kadang tu depa tau tapi saja malas nak ambil kisah..
hehe.. ni kes cita hantu bonceng.. memang hampeh.. menghina islam pun banyak…memang tak da kualiti… cita seram lain ada ja yang berkualiti…
Haaa…kes tue? Betul 2 …
Kenapalah FINAS tak bertindak..
^_^ Kan bagus setiap keluaran diperketatkan peraturan tuh…
Hai 0rg Malaysia kita !!! ^_~