Kenapa Aku Tak Tengok Maharaja Lawak?

Daripada siri Raja Lawak dulu sehinggalah Maharaja Lawak, aku tak pernah tonton siri ni walaupun ada rakan sebilik sibuk menonton tiap-tiap minggu. Apa yang aku faham tentang Raja Lawak ni ialah, ianya adalah sebuah reality talent show yang mengetengahkan bakat-bakat pelawak baru dalam dunia hiburan tanah air manakala Maharaja Lawak ni pula menggunakan konsep yang sama cuma ianya menggabungkan semua pemenang Raja Lawak pada musim lepas. Betul?

Modus operandi yang biasa mereka atau lebih tepat lagi Astro selalu gunakan adalah undi berbayar daripada penonton. Biasanya pengundian macam inilah yang memberikan pendapatan paling kurang pun RM100,000 untuk setiap episod Maharaja Lawak atau Raja Lawak yang disiarkan. Tak susah sebenarnya nak buat duit dengan konsep reality talent show macam ni, asalkan dapat peserta yang berbakat dan disukai ramai, duit akan masuk melimpah-ruah setiap minggu. Itu pandangan aku dari segi bisnes yang mereka lakukan.

Setakat yang aku telah tonton rancangan Raja Lawak ni, aku rasa idea yang digunakan oleh pelawak-pelawak ni semunya lebih kurang sahaja. Idea biasa adalah, orang kampung yang kurang cerdik, orang yang tak tahu bahasa Inggeris, loghat negeri/bahasa Malaysia, oooo soley soley & kita bakor. Kebanyakan idea taklah phenomenal sangat cuma apa yang membuatkan Raja Lawak dan Maharaja Lawak ni kelakar dan menghiburkan adalah gelagat peserta mereka yang kadangkala nampak macam memperbodohkan diri sendiri.

Apa-apa pun, ini hanyalah pendapat aku dan diharapkan tak mengganggu mood anda semua untuk menonton rancangan ini. Mungkin aku ni jenis yang serius sangat sebab tak layan Maharaja Lawak. Cuma aku memang setuju dengan kebanyakan komen di Twitter tentang hos Maharaja Lawak, AC Mizal yang agak keterlaluan atau out of place. Memang ada saat-saat kejanggalan seolah-olah AC Mizal ni pula yang melebih-lebih.

+ Aku suka strawberi, korang suka beri apa?

 

64 Comments

  • Azrul

    14 May, 2011 at 5:55 pm

    idk why, but seriously im not into this kind of joke, macam yang penulis katakan, mereka hanya memperbodohkan diri mereka, lagi satu pasal cita2 yang merepek such as hantu kak limah dan sekutunya, agak2 bila mereka(producer) nak stop produce cerita2 yang macam ni? bukan nak mengutuk tapi hakikat, cerekarama kat tv3 sometimes are much better. we need somethings like Merong Mahawangsa, tak paham why there are still those yang support that kind punya movie.

  • muhammadfadli

    7 May, 2011 at 6:20 pm

    kalau setakat tengok tanpa mengundi itu tak mengapa.
    tak perlu la untuk mengundi.
    buat habis duit je.
    bukan kita yang menang pun nanti.
    tengok sekadar hiburkan hati je.
    namun, walaupun tajuk cerita maharaja lawak, bukan semuanya lawak. ada juga yang tak lawak langsung.

  • farihah

    4 May, 2011 at 6:14 am

    salu tengok…tapi jozan, nabil, sepah and balas je..yang lain aku tak tgk..apa salahnye support malaysian…sebab kite masih orang melayu..hehe

  • pinky GIRLs

    24 April, 2011 at 5:43 pm

    AKU SUKE SGT MAHARAJA LAWAK SEBAB MEMANG MENGHIBURKAN,SEMUA KELUARGA AKU MEMINATI PROGRAM NI TERMASUK SELURUH KELUARGA BESAR AKU,DARI SITU KAMI SEMUA DAPAT B’KUMPUL,XSALAH KITE NK SOKONG BANGSA SENDIRI,XPERLU NK M’ANGUNG2 KANG BUDAYA LUAR..SO KALAU ASTRO UNTUNG APE MASAALAH DGN ORG YG XTERLIBAT.UNDI TANPA PAKSAAN,SO REZEKI MASING2KN…

  • Dila.13

    25 April, 2011 at 3:42 am

    Saya pun tak tengok juga atas alasan yang sama yg Tuan Ariff berikan. Bagi saya ia seperti mentertawakan diri sendiri dan orang2 yg kita kenal. Cuma saya setuju ia diadakan sebabnya rancangan seperti bagus untuk mencari bakat-bakat baru dalam industri hiburan tanah air dalam genre komedi dan jadikan penonton lebih berstamina tinggi (gelak tak henti2) :)

  • nizam

    25 April, 2011 at 2:44 am

    aku pun suka dengan ML ni.. bukan apa, sekadar hiburan…seminggu sekali je pun..tu pun download jer.. hehehe

  • Peace

    24 April, 2011 at 12:37 pm

    Oit2,jangan kutuk2 deyrang neh..dorang cari rezeki weh…n ape yanf dorang wat nak hiburkan je pun takmintak duit korang pun…sume melayu mesti korang nak compare ngan barat…lol…kite bukan barat…sume
    Muke sawo matang je pun…dorang kire power la tuh,korang kalo dibagi task utk menggelakkan orang ingat senang ke…its not easy la gentleman

  • ekspresiruang

    23 April, 2011 at 12:03 am

    AC Mizal mmg tak pernah lawak pon. Ada gak lawak2 yg best dan original dalam tu. Budaya kita adalah lawak camni dan masyarakat terima smo tu.

    Kita tak leh nak samakan dengan lawak stand up macam kt barat. Masyarakat kita masih belum ke tahap nak berfikir sendiri lawak sinis macam Ellen DeGenerres ataupun Russell Peters yang berlawak pasal perkauman. Masyarakat Malaysia ni macam raja. Orang hidang, suap dan telan. Tak nak kunyah. Kalau dengar lawak tu, nak dengar straight to the point je. Tak nak berfikir sket pon kalau lawak tu ada hidden message.

    • ariff

      23 April, 2011 at 6:19 am

      Betul sangat pendapat bro tu. Dah budaya kita menerima lawak yang straight forward macam ni. Itu sebab mustahil nak cari pelawak yang guna konsep stand up comedy kat negara kita.

      Apa-apa pun hiburan macam ni kenalah dikurangkan terutamanya dalam membentuk minda anak muda. Kalau aku ada anak, memang tak kasi tengok program macam ni..

  • Kodet

    22 April, 2011 at 4:10 pm

    Suka tengok sebab aku bukan seorang sirius . Kadang – kadang bila kita boring apa salahnya tengok . Tak kacau duit orang pun . Kira ok ada lawak melayu dari lawak orang putih . Kena la hargai juga . Jangan semua nak perlekeh . Diorang memperbodohkan diri sendiri pun tetap diorang dapat duit . Kita yang kata orang bodoh tak dapat apa pun.

  • Izwan

    22 April, 2011 at 3:38 pm

    sekadar tengok je,member download..tapi reality tv show skrg melahirkn artis yg dpy populariti segera berbanding bakat.. artis dulu2,start dri bwah,tapi lagu n cerita evergreen..

    • ariff

      22 April, 2011 at 3:06 pm

      astro memang terkenal dengan ketamakan diorang. cuba kalau lambat seminit je bayar bill, dia potong terus lepas tu nak sambung balik kena denda rm20. giler jahat.

  • enigma

    22 April, 2011 at 2:14 pm

    laen org laen citerase..bg aku ok wat tgk cume untuk hiburkn hati..yg peserta memperbodohkn diri tu pg lantak diorg laa..diorg yg bodoh kot..haha org yg tgk x yah laa nk bodoh skali pg undi..bole pk kot bende2 tu..bg peserta yang kreatif and ade mesej dlm persembahan diorg tu xde hal kot..so penonton2 haruslah jadikan yg baek sebagai pengajaran dan yg buruk sebagai sempadan..kite dikurniakn Allah akal yg cukup sempurna untuk berfikir..peace =)

  • hanisaleeya

    22 April, 2011 at 1:54 pm

    beli gelangg.. beli gelangg.. hahaha.. adoi dah terkena kenan Jozan pulak. hehe.. baru tengok satu potongan episod. tapi rasanya tak minat nak tengok semua kut. bukannya ada faedah pun.

  • Kenji

    22 April, 2011 at 11:28 am

    Saya suka tengok maharaja lawak and raja lawak.. sebab sy memang suka ketawakan badut & orang yg suka membodohkan diri sendiri, macam yg Apek slalu buat tu. Stakat ‘lawak’bodoh and ‘lawak’ lucah.. alahai..

    Patutnye program tu namenye Raja/Maharaja Badut, baru sesuai.

    p/s: kalau sy nak berhibur sy nyanyi sorang2 dpn laptop. terhibbur gile..

  • Akid azami

    22 April, 2011 at 9:51 am

    keh keh.. Aku tengok jugak maharajalawak ni tapi aku tengok si nabil dengan 2 peserta lain je. Betul kata ko, lawak diaorang lebih kurang je sebabkan kepala otak diaorang ni kreatif, barulah ia menarik untuk dilayan :)

  • hazwan

    22 April, 2011 at 9:48 am

    lain orang lain cara pengurusan stress dorang..
    kalau aku memang suka tengok benda-benda yang lawak…
    at least hilang stress kejap…
    bak kate omputih laughter is the best medicine..
    ntah betul ke tak, depend on diri masing-masing

  • Lord Zara

    22 April, 2011 at 8:30 am

    aku tak tengok.
    kawan aku ada tunjuk di sekolah, aku tengok part Jozan je, sebab aku nak tengok apa orang cakap di Twitter. Aku mengaku, aku cuma akan tengok kalau ada benda2 yang dihebah di Twitter macam bagus @ terlampau teruk. Gila memilih kan?

    Ha ha ha.
    Aku manusia yang lagi rela tengok segala macam movies yang aku sedut di sekolah dari duduk menghadap rancangan realiti.

    :)

  • takky

    22 April, 2011 at 7:42 am

    aku pun kurang gemar dgn raja2 lawak nie…
    (penah tgk kwn tonton)
    coz i saw sometime they just fooled them self…
    jarang yg cube melawak utk motivasikan org…
    cuma melawak x tentu pasal….

    btw, x sangka ramai gak yg x suke cite hantu kak limah balik rumah (HKLBR)….
    better korg tengok cite zombi kampung pisang (ZKP) dulu, baru korg paham cite HKLBR…
    sebab stail mamat kalid (pengarah) bukan nak buat cite lawak sebenarnya (dari pandangan aku)…
    tapi dia nak menunjukkan realiti sebenar masyarakat melayu aje…(paling jelas dalam ZKP)
    cuma 2 la, org jarang nmpak ape yg cuba dijelaskan oleh pengarah n 4 HKLBR, msg sebenar yg cuba disampaikan dah ditutup dgn lawak2 yg sebenarnya ade tegur sikap2 org melayu…
    pape pun ini hanya pandangan saya aje….
    ^O^

  • landax

    22 April, 2011 at 7:18 am

    haha~ apa lah salahnya bro~ layan lawak,walaupun kita rasa ‘oh,lwak recycled’ tapi kalau itu yang boleh buat kita terhibur,apa salahnya..lagipun,kalau setakat kita layan kat youtube,tak undi depa,tak de rugi mana pun =)

  • aarin

    22 April, 2011 at 7:11 am

    saya jarang layan raja lawak, tapi maharaja lawak ni tetiba minat nak tengok, mungkin sbb mengumpulkan ramai pelawak2 yang ada kut.. daripada layan cite yang bukan2 baik layan cite lawak jer

  • atiqah

    22 April, 2011 at 6:17 am

    salam ariff…

    sy setuju dgn pendapat awk.dan sy tak pernah dan tak berminat menonton Raja Lawak mahupun Maharaja Lawak..sbb kadangkala kelihatan lawak mereka di reka seolah2 memperbodohkn diri sendiri.

    dan ini hanya pendapat saya..:)..tq

  • bubbles182

    22 April, 2011 at 6:06 am

    kalau Raja Lawak tu buat competition stand up comedian mesti lagi best kan. tapi mmg x ramai kot Malaysian yg bley jadi stand up comedian yg bagus. semua pun asyik nak terjerit2 je. >.<

  • Kujie

    22 April, 2011 at 5:49 am

    Kak Jie pun tak tengok, bukan Maharaja Lawak je, Raja Lawak dulu2 pun tak tengok… tak suka nak saja² ketawa…. ketawa yang diset, bukan terjadi secara sponton dlm kehidupan.

  • wawa

    22 April, 2011 at 5:12 am

    haipp… tak baik.. betul! aku setuju.. lawak yg biasa.. tapi aku tetap tengok untuk tengok zizan. zizan celrbrity yg pakej. sume die boleh buat. nyanyi, rap, melawak..
    banyak citer lawak mlayu yg xkelaka. cam citer hantu kak limah balik kampung.. aku mmg xboleh digest lgsg.. bosan.. sekian.

  • nazra

    22 April, 2011 at 4:50 am

    Lagi satu naz nak tambah, Astro bikin duit lagi bila ‘pindahkan’ Maharaja Lawak ke Astro Warna yang mana sesapa nak tengok kena subsribe. Memang mantap dengan hanya siarkan kejap ja kat Astro Prima dan lepas tu takda.

  • Pojiepooh Abdullah

    22 April, 2011 at 4:36 am

    That’s what we called HIBURAN bro..
    Ok what daripada hiburan kelab2 malam, layan porn, lagi teruk kann..
    Tapi actually aku tak layan gak sebab tah! Not my genre.. Tapi aku taklah kutuk².. It’s Malaysian way..

    • ariff

      22 April, 2011 at 4:36 am

      memang astro manipulate habis-habisan dengan rancangan macam ni. Good business sense.

      Aku hiburkan diri dengan cerita genre lain. Tapi raja lawak ni memang tak boleh masuk la..

  • fatinsyahira

    22 April, 2011 at 4:24 am

    sokong! saya pun tak penah layan raja lawak and even maharaja lawak. rasa tak dapat faedah. tadak info yang dpt dimanfaatkan melainkan hanya lawak2 clishe.

    lagi satu tak faham sngt apa yg best psl cite hantu kak limah. tengok tak sampai 5minit dah rasa macam waste satu hari dalam hidup. haha. *tp kekadang guna jugak ayat2 dalam cita tue. err. terpengaruh dgn persekitaran. haha*