Dah 24 jam aku menjejakkan diri di bumi Russia ni. Penat, barang pun tak habis kemas lagi. Semalam sampai je kat hostel, letak beg kat bilik baru lepas tu terus kena angkat barang kat bilik lama. Hampeh. Hari tu cakap lagi 2 minggu. Memang nak kena ketuk betul siapa yang cakap hari tu. Adelah lebih 10 kali ulang alik angkat barang dari tingkat 8 ke tingkat 12. Kepada yang menolong aku packing sebelum aku sampai tu terima kasih banyak-banyak lah.
Dapat bilik baru ni not bad gak. Bilik duduk tiga orang, tapi lagi sorang tu macam takde je. Dengar cerita macam ada, tapi sampai malam tadi tak masuk lagi. Bagus gak kalau macam tu. Kira berbaloilah dengan segala kesulitan pindah bilik semalam. Internet pun tak susah nak dapat sebab ada 4G Wimax kat sini. Dah dapat internet baru rasa macam hidup sikit. Kalau tak terpaksa menumpang kat MacBook roomate nak main internet. ah.. tak suka guna komputer orang.
Hari ni bangun lambat. Penat giler ok. Sepatutnya ada lab pukul 8.30, jadi pukul 6.30 sepatutnya bangun untuk bersiap. Pukul 7.30 kena bertolak. Jauh kot. Kurang-kurang nak 40 minit untuk sampai universiti. Tapi sebab pukul 6.30 tadi aku sambung tido balik sampai 7.35, memang confirm lambat lah. Tukar baju, basuh muka sikit dan terus pergi universiti. Jangan tanya pasal mandi. Separuh jalan classmate aku call cakap class cancel. Mangkuk! Jadi patah balik hostel.
Walaupun mengantuk, takdelah aku nak tidur sampai macam ni kan..
Snap masa dalam metro pagi tadi.
Lepas mandi dan breakfast keluar balik. Banyak urusan hari ni. Bayar yuran hostel, buat pendaftaran (orang asing yang masuk ke Russia kena daftarkan diri), bayar bil internet, jumpa lecturer sebab ada satu test tak settle lagi hari tu -____-‘ dan cari ubat batuk. Dah naik menyampah aku terbatuk-batuk macam orang tua nak mati ni. ish.
Petang ni sambung kemas lagi bilik ni. Nampak gayanya hujung minggu kena pegi IKEA la. hm..
2010/2011 Premium Sponsor

Comments
40 responses to “Kembali Bernyawa”
mmg sakit hati klw dah separuh jln kelas cancel cam haram..tambah2 bila dah sampai terus kat class tu.
hidup hanya sekali, biarkan ia bererti dan diredhai :)
kehidupan yg adakalanya kehidupan yg kita x suke tp kene tempuhi…yg penting tahu bgmana nak enjoykan diri…
sonoknye blaja balik.
bru je praktikal ne da rindu nk blaja plak.
pas ne kene keje plak
syoknye u…
welcome back ke russia bro;
perjuangan mesti diteruskan
zaman yang paling bez ialah
zaman belajar aku pun rasa
rindu nak blajar plak..:P
name lagi kan student, memang camtu la kena berkorban kan hehe..seronok saya bace pengalaman ariff blajor kat Moscow ni..dapat jugak saya menimba sedikit sebanyak pengalaman ariff buat bekalan di mase hadapan nanti, hehe..sebenarnya saya ade test minggu depan ni tapi camne boleh ‘terlajak’ bace blog ni sampai dah dekat kul 2pg ni (time m’sia la),.. ni first time saya bace blog ni n seronok sangat..saya rase klu ariff tulis novel mesti laku habis ni hehe..saya harap ariff dapat tulis lebih menarik lagi ye n study elok2 kat moscow tu jangan noti2 erk.. :)
“gud luck”..
-bekas pljr mstr,um..
aah, balik kampus memang best. letih kemas2 bilik konfem tido.
menyempat ambik gambar orang kat dlm metro… ariff tak baek… selamat menjalani kehidupan di Moscow balik… >.<
selamat kembali ke sekolah..hehe..
bersusah2 dahulu..bersenang2 kemudian..
sy pun kembali ke sekolah..
keja as lecturer..same je kot..nk ngaja,kna belaja gak..huhu
btw, good luck 4 ur test..
(pdahal test student sndiri xbes tanda lagi)
:)
welcome back..eh,bro bukan dah berada di moscowke?camne ada coverage wimax pula?
adalah. kat sini memang ada wimax
baca entri ni terasa kelam-kabut sangat bila baru sampai sana.
Selamat bersekolah kembali
and good luck!
Selamat Kembali Menuntut Ilmu Arif!
semoga kau baik2 saja di sana kawan~
Seronotsnya pegi Ikea…………..happy Ikeaing!!! xx
uhuuu. selamat menjalani kehidupan di Rusia… take care
study dah start balik…samalah kita..arghhh..malasnya nak study..banyak benda nak kena settle
betul cakap joe..
enjoy blaja selgi boleh…
nanti da keje…nanti rindu balik tym blaja!
(tapi aku rasa statement ni cam tak sesuai je untuk ko..sebab mcm terseksa je kat sana..haha-__-)
selamat kembali ke sekolah!lalala~
buat satu entri dalam bahasa rusia la plak… :P
p/s : tetiba jerk gile…
haha..kesian..muke mamat tu lak jadi mangsa kena snap.
nyenyak benor dia tido..:)
susah kan kehidupan merantau , tapi pengalaman tu priceless!
sucks gila kot cite atas ni
haha
enjoy la zaman belajar
dah tamat ni, akan rindukan pula
aceceeh
macam kesian jea aku tengok kau dekat moscow tue.
zhelayu vam vsevo kharoshevo ^_^ !
oww da blk ke moscow
sempat beraye ke idak?
zhelayu vam vsevo kharoshevo ^_^ !
naik tingkat 12 pula ke?
huhu..
tinggi nau..
selamat berjuang di medan ilmu semula. =)
Alhamdulillah..slamat menuntut ilmu ince arif..n slamat merindui m’sia…ngeeeee~
wah dh smpai rusia bro..truskan perjuangan yg masih blm selesai tu k!:-)
gud luck..
Bestnya dah sampai Russia. Doakan Zida selamat sampai Egypt eahhh :)
dah selamat sampai di russia yer, alhamdulillah
alhamdulillah selamat smpai dh..so kembali pd rutin sbg seorg perantau n pelajar..all the best..:) mesti mood homesick lagi kan
emm mmg sakit hati ble pegi class tp half way,ckp cancel!! huhuhu~
nway,slmt kembali belajar! ;))
selamat merantau lagi. ;)
salam bro
Alhamdulillah dah selamat sampai
jangan lupa kami di sini yer
selamat sambung merantau. :)
kompem tak mandi kan? haha
mandi laa…. :p
Ariff…
Alhamdulillah kamu dah sampai sana dah~
:)
Kalau kamu sakit lagi, buat apa yang aku pesan hari tu eks?
Air suam+madu+limau nipis/lemon.
InsyaALLAH, okay~
:)
hebat! bila aku nak ke sana pulak erk
Dah selamat sampai!! :D