Kem Jati Diri

Salah satu perkara dibenci dalam hidup ni adalah kem jati diri. Kenapa?? Kenapa perlu ada benda-benda ni semua?

Dulu zaman sekolah dah puas berkem-kem ni. Masuk kadet tentera, tiap tahun ada kem. Masuk keluar hutan, duduk dalam khemah, berkawad tengah panas… Semua tu dah lalui sampai muak.

Sebelum terbang ke Moscow dulu dah lalui Biro Tatanegara (BTN). 5 hari kot..  Ni dah start kerja takkan nak kena lalui benda sama sekali lagi?

So weekend ni saya akan berada di Kedah untuk melalui kem jati diri selama tiga hari bermula dari hari Jumaat. Penat dan memenatkan.

Kalau tak silap kakitangan kerajaan kena lalui kursus/kem BTN/kem-kem yang sewaktu dengannya sebelum naik pangkat kan? Ke takde dah?


Posted

in

by

Comments

27 responses to “Kem Jati Diri”

  1. titan Avatar

    baru aje lepas jadi kem komander beberapa hari lepas. puas maki hamun makcik-makcik dan pakcik-pakcik. haha…tu la. manja sangat.

  2. faizalPj Avatar

    kerja dengan gomen ke..jadi PTD ke.PTD biasa le kem2 nie

  3. ika Avatar
    ika

    I’m sure there’ll be chicks lah, suka lateww nak usha awek.

  4. hatiputera Avatar

    ok la tu untuk memantapkan lagi jati diri

    1. hatiputera Avatar

      Lupa nak tanya bro ariff dah kerja dengan government ke.

  5. Bro Framestone Avatar

    Bro kalau pergi kem BTN.. Selalunya duduk dalam bilik je. Sebab orang BTN terutama orang atas kenal bro sapa dulu he..23x

    Jangan di tanya ek.

    Rasanya masa event dengan Dr. M hari tue kalau Ariff perasan ada orang besar yang bersalam dan bersembang dengan bro.

    Masa nak amik air sembahyang masa solat jumaat dekat PWTC tue pun bro sembang dengan dia. Orang kuat BTN tue tau

  6. Naziman Avatar

    Saya pun tak suka kem jati diri ni. Memang sejak sekolah lagi. tapi tengok jenis kem juga. Kalau kem lasak-lasak tu, minat la.

  7. wanG Avatar

    nanti bitau kitorang camane cara2 nak jatikan diri ya ;-)..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Haha. Nanti buat tutorial

  8. Zarul Umbrella Avatar

    ok la layan sekali sekala hehehe

  9. nev Avatar

    chill bro. this time kem ni relaxing je kot. bukan mcm time kite student2 dulu

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Harap relax2 je la. Sekali sekala keluar KL not bad gak

  10. adillaharun Avatar

    Mmm…kem jati diri. Kenalah anggap semua tu macam cuti-cuti Malaysia je. Kalau tak mesti tak semangat punya. Mungkin memang ada sesuatu disebalik tu. Nak basuh ke, sental ke. Tapi untuk peserta ambil je yang positif. Jati diri kita, kalau ia pun tanggungjawab kita sendiri. Tak ada orang lain boleh influence. Our mind, our body and our soul.

  11. hazman aka species1980 Avatar

    Hurmmm….tiba-tiba teringat lagu ANAK KECIK MAIN API…..

  12. akubiomed Avatar

    Harap dapat mengembalikan semangat yang hilang itu. :-)

  13. cmratu Avatar

    ada yang kata kem ni nak basuh supaya sokong BN, kenang jasa pemimpin terdahulu.. tapi saya pergi BTN tak ada plak semua tu, best ja dapat belajar ilmu-ilmu baru walaupun byknya benda yang sama, tapi pengalaman tu tetap tak sama.. :)

  14. Hafizul Avatar

    Hehe..selamat menjalani kem jati diri..semoga lancar smp habis program..hehe..

  15. azriMy Avatar

    time sekolah memang banyak gila kot kem-kem jati diri ni :D

  16. Akak Tulip Avatar
    Akak Tulip

    Tak penah pegi BTN.hmm. Join komander kesatria ketika study dulu, berkawad dan jaga pelajar ko-ku dr part 1 smpi part 6.sehingga kini terbiasa hidup penuh disiplin dan tepati masa dan appointment,mesti smpi 10minutes awal.ada ketikanya,ms kem-kem sebegini,kita akan menemui sesuatu yg sgt berguna dlm kehidupan tanpa kita sedari.

  17. Tho Ha Avatar

    Satu Perkara Yang Saya Tidak Dapat Lupakan Ketika Menghadiri Perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah :-

    Ketua Pelatih merungut : “Aku Tidak Termasuk Dalam Qiamullail Ini. Tapi Udah Kamaruzzaman (Budak Part 02 : Masa Tu Saya Part 01) Kejut Aku, Terpaksalah Aku Sembahyang”.

  18. StaiBaqHang Avatar

    kerajaan negeri penang dah tak wajib.

  19. hisham Avatar

    betul, kakitangan awam wajib sertai BTN – sebelum pengesahan jawatan. Teringat kena beli baju putih macam budak sekolah menengah…

  20. boni kacak Avatar

    menarik tu bro… boleh cari bakal bini sekali..hahahaha

  21. dwenrasid Avatar

    jati diri untuk apa tu ya… kurang faham

  22. aslam Avatar

    BTN dah jd benda yg blh pilih sama ada ko nk pergi ke tak. Jika tak,tkyh la. Kalau rajin,blh pergi. Dulu ye la semua wajib pergi.

  23. Shahrul Avatar

    dah lama tak join kem macam tu

  24. Firdaus Latib Avatar

    Rasanya Kem BTN perlu dihadiri untuk pengesahan jawatan dalam kerajaan.