Dalam dunia blogging ni, ada blogger yang tak reveal identiti diorang yang sebenar. Mereka lebih suka menggunakan nama pena daripada nama dan identiti sendiri. Tak salah bahkan ada kelebihan tersendiri kalau jadi anonymous macam ni. Antaranya ialah:
- Boleh membincangkan sesuatu topik yang biasanya tidak dibincangkan oleh individu yang berada dalam lingkungan umurnya atau statusnya. Contohnya orang yang belum berkahwin menceritakan perihal kebahagiaan rumah tangga dan kadangkala menyentuh isu-isu berkaitan keintiman dan seksualiti dalam rumah tangga. Cuba kalau aku cerita perkara-perkara macam tu, mesti majoriti tak menghargai atau tak boleh terima apa yang aku cuba sampaikan.
- Tidak perlu menjaga perhubungan sesama blogger lain. Yes, orang anonymous ni kira macam takde identiti. Dia boleh pilih dengan siapa dia nak berkawan dan dengan siapa untuk tidak berkawan (blogger lain) sebab takde efek sangat ke atasnya melainkan kalau dia cari pasal dan memburukkan orang lain la. Blogger anonymous ni umpama lone ranger, mereka buat apa mereka nak buat (menulis) tanpa perlu memikirkan sensitiviti sesiapa. Dengan ini penulisan mereka tidaklah perlu ditapis sangat dan hasilnya lebih original dan jujur. Kalau ada gathering dia tak pergi pun orang tak kisah.
- Lebih bebas untuk mengutarakan sesuatu idea yang radikal dan luar daripada budaya masyarakat. Tak perlu memikirkan sensitiviti kaum. Lebih kurang sahaja dengan point pertama, cuma secara ringkasnya blogger yang menggunakan nama pena ni tak terikat dengan apa-apa peraturan yang kadangkala agak merimaskan.
Pada aku seronok jugak kalau jadi anonymous ni terutamanya kalau blogger tersebut jenis yang opinionated/mempunyai pendapat terendiri dalam pelbagai isu. Platform anonymous ni kalau digunakan dengan betul boleh jadikan blog tu popular sebab pendapat luar biasa yang mampu diutarakan oleh blogger tersebut.
Jadi kepada yang berminat nak mula berblogging atau nak cuba buat blog yang lain daripada yang lain boleh try jadi anonymous dan gunakan nama pena. Cuma kebebasan dan ‘imuniti’ tu janganlah disalahgunakan dengan menulis sesuatu yang memburukkan orang lain, memfitnah, melaga-lagakan orang dan sebagainya. Gunakan kebebasan itu untuk menyampaikan idea kreatif, luar daripada cara berfikir yang biasa.
***
blog.ariff’s premium sponsor July 2010:

Comments
47 responses to “Kelebihan Menjadi Anonymous Dalam Berblogging”
Anonymous ni dilihat sebagai pengecut. Bagi pandangan mahupun kritikan tapi taknak bertanggungjawab diatas apa yang diaorang post. Kebanyakan blog dah halang orang yang takde identiti ni komen kat blog mereka.
jadi anon tue best…tapi takde la bebas sangat dan tak jaga hati blogger lain..huhu.. ^_^
aku ada satu blog khas yang aku tulis tapi tak guna identiti Lord Zara. :)
satu blog yang wujud untuk aku cuba menulis sebagai orang lain, perspektif lain~
masa nak start blogging hari tu memang ingat nak jadi anonymous je tapi bila fikir2 balik xsesuai pulak dengan tema blog. hehe…mungkin if i nk jadi emosional and tulis crappy thing sesuai la kot. ni nak buat ala2 photoblog. sure ada gambar. xsesuai so xjadi. haha…mungkin 2nd blog? :p
kalau post banyak gambar, memang dah tak boleh jadi anonymous dah.
Still ada cara gak sebenarnya, post gambar but still anonymous. Jangan post gambar penuh satu muka.
kdg2 sonok jadi org yg x dikenali tetapi memberi sesuatu yg berguna pd org len :D
agree sebab pernah jadi anonymous dan ia memang fun dari segi no rule.
aku memang suke baca blog yang ditulis oleh anonymous.
kebanyakan daripada mereka hebat daripada segi penulisan dan isi kandungannya.
tak perlu tahu umur, jantina atau rupa paras mereka, tetapi lebih kepada apa yang mereka cuba sampaikan. mereka lebih jujur dalam menulis, dan topik yang ditulis biasanya agak rare dan sangat menarik.
bila macam tu, orang akan tertanya-tanya, siapakah dia?
macam superhero la kan, superman, batman, spiderman, cicakman (eh termasuk ke?), diorang mana reveal siapa diorang.
sebab misteri itu menjadikan sesuatu lebih menarik! :)
Yup. Elemen misteri tu seksi dan buat seseorang tu lebih menarik. Nak nak kalau blogger tu tulis pun bagus. Memang senang laku
Tak semua anonymous blogger itu jenis penakut, dan tak semua anonymous blogger itu bagi komen yang melampau. Anonymous blogger ni lebih suka kalau privacy dia (means profile dia) tak diketahui orang luar untuk elakkan dari diexploitasi. Internet world not 100% safe. So, bagi aku, better kalau blogger tak dedahkan all about him@herself. Jadi anonymous pun boleh famous juga.. :)
Betul. Setuju. Sometimes perkongsian idea dan buah fikiran yang bagus dah cukup untuk menjadikan seseorang blogger tu terkenal
Memang menyeronokkan menjadi anonymous. Tetapa diri aku sendiri tidak pernah menjadi anonymous. :) Kerana aku lebih suka hidup dengan identiti aku sendiri. Bukan tanpa identiti.
misteri itu seksi..heheh =P
aku x suka jadik Unknown sebab aku nak jadik Anwar.
ada rhyme tak Un and An?
hahaha.. jadi anwar..
huhu ade award untuk kamu kat
sini sini
erk. thanksss.. =)
kadang2 anonymous adalah org yg penakut hehe
best juga jadi anonymous ni kan?hik3…tapi,komen anonymous pun mostly memberansangkan juga….
hahahahaha… komen anonymous kadang-kadang memang ‘membina’
aku tak suka jd anynomous kerana kita berselindung di bawah bayang diri kita sebenarnya..jadilah diri kita seadanya..
setakat nih anonymous blogku semuanya supportive. haha :) suka suka. diorang best!
yup, bila anonymous pun support kita berblogging ni, rasa memang dihargai.
salam…
ermmmp …sound good..
tapi saya prefer bercakap
secara realiti..jangan jadi
seperti baling batu sembunyi
tangan..kebanyakan anonymous
yang saya jumpa tidak bertanggung-jawab
meninggalkan komen tanpa rasa bersalah
mereka ini jenis orang yang takut nak
facing realiti..takut pada bayang-bayang
mereka sendiri..wallahualam..
sebenarnya mereka takut nak menyuarakan pendapat kecil cili padi mereka. yelah kalau blogger tu jenis yang berpengaruh, lagilah takut. Karang kena flame balik identiti sebenar diorang habis hilang.
tapi kalau jenis yang tak bertanggungjawab, yang meninggalkan komen atas dasar hasad dengki dan busuk hati, memang tak patutlah.. menyakitkan hati orang lain lagi adalah
dulu aku punnk jd anonymous
mls nak bersosial di blog
tp realiti tak boleh sorok
better reveal kecuali anda seorang yg sngat2 xsuke expose
aku adalah anonymous blogger
tp blog aku lebih cenderung kpd mengekspresskan kreativiti yg tak seberapa instead of personal stories…
aku admit terpaksa berhati² tentang penulisan aku especially bila sentuh ttg race & religion sbb novel grafik yg aku buat mmg menjurus ke arah tu… apapun aku cuba utk tak mention secara detail perkara² yg boleh timbulkan provokasi perkauman dan agama
i see.. terima kasih atas input saudara. memang dalam segala benda yang kita buat, ada boundaries dia. cuma sejauh mana kita boleh melangkah dan mengubah boundaries tu bergantung kepada kebolehan kita supaya pembaca faham dan boleh menerima point yang kita cuba sampaikan
betul gak tu..
kenapa lah aku tak terfikir masa mula2 nak buat blog dulu
klau tak
bebas sket..;)
hehe
boleh je nak buat blog lain dan guna identiti anonymous
Sangat menarik, pada awal2 waktu aku mula menulis blog, memang menggunakan nama pena dengan tujuan tidak mahu dikenali, tapi lama kelamaan, banyak faktor yang menyebabkan penggunaan identiti yang sebenar lebih mendatangkan banyak faedah dalam segenap faktor yang lain. :)
Ikut kesesuaian dan peribadi diri gak. Kalau blogger tu peramah dan rajin buat kawan dengan pembaca dia, rasanya memang tak sesuai jadi anonymous. Lama kelamaan kena reveal gak atas dasar persahabatan.
menarik!
lepas ni nak buat blog guna anonymous la!
hak3
tak sempat sebulan jadi anon dah kantoi dengan ayah.search kat mana pun tak faham.. deii.. langsung hilang mood nak blogging. lepas ni mungkin pakai akaun lagi satu la.. huhu..
[dah 3 akaun blogger. hanya menanti waktu…]
hahahahhaa.. ni kelakar. Rajin betul ayah ko monitor apa ko buat kat internet eh
kesan anym ni sama macam novelis Hlovate. Legend!
hm.. tak pernah dengar pulak pasal Hlovate ni
haha pape jelah asalkan seni bahasa yang digunakan menarik…harap theme gempak gaya penulisan hampeh nak btpe
selalu gak dpt dr penkritik yg tak dikenali nih hehe tapi ok je…
betul jugak cakap jard..
orang mesti tahu..
susah jugak rupanya..hehe
Aku suka point no. 2. Tak perlu menjaga perhubungan dengan orang lain. Sebab dalam dunia berblogging ni, akan jumpa ramai orang yg kita tidak kenal. Manusia ada banyak ragam. Kadang-kadang merimaskan kalau nak jaga perhubungan di alam maya ni.
baru tadi sy tersalah sangka kat satu blog yg lama dah sy ikuti….suka baca kat blog dia tu…sangka sy selama ini dia perempuan..uhuhuhu rupanye lelaki…ehehehe segan plak rasanye…tapi cara penyampaian dia tu bg sy mcm kamu ckp la…terbuka..lelaki atau perempuan boleh ‘join’
Betul. Diorang boleh menulis tanpa batasan umur, jantina, status, bangsa dan sebagainya. Kalau kebebasan tu digunakan dengan betul, blog tu senang je boleh jadi popular
yup betul, agreed! kebebasan utk bersuara dan menyuarakan pendapat tanpa rasa terbatas…tp masih bersopan dalam kata2.apa yang penting jadi diri sendiri even anon….
haha aku tak brape fhm sgt..blh detailkn skit lagi???
nak jadi anonymous setelah dikenali di dunia blog dengan nama skang agak payah. sbb ramai leh detect our style of writing and thinking methods. kan?
betul2. Kecuali kalau menulis dalam bahasa lain, that’s altogether another different story