Hari ni ada peperiksaan untuk subjek Basics of Construction, sekejap je sebab kerja projek haritu susah. Jadi exam ni kira macam ulang benda sama jelah. Cuaca bagus hari ni, ada matahari. Kat sini (atau kat mana-mana negara Eropah) kalau ada cahaya matahari yang cerah, maka hari tu boleh kata cuaca baik la. Tapi cuaca baik pun, beku jugak la tangan aku tangkap gambar tadi.
Before that, I’d like to thank Miss Normi for motivating me to take more scenery pictures. You know, I have lived here for four years, so I assume that I’ve seen it all. That’s why malas sikit nak keluar pergi tangkap gambar. Kalau masa first year dulu dah ada DSLR, I’d go out whenever I was free to take pictures.
Perjalanan start dari universiti aku, Moscow Aviation Institute. Kali ni tak buat gallery, nak buat experimen letak gambar satu-satu. Nanti tolong tinggalkan komen mana lagi bagus supaya aku boleh tetapkan format. [Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 1)]
Kapal terbang buruk. Banyak lagi benda buruk kat Moscow Aviation Institute (MAI) ni. Boleh kata semuanya buruk. haha~
Sebelum jalan-jalan, kena makan dulu. Lapar nanti leceh nak cari tempat makan. Satu sebab kenapa aku benci tinggal kat sini. Jom pegi ke kafe kat korpus 3 (bangunan 3)
Aku bukannya minat sangat salad tapi terpaksalah jugak makan. Pelik sikit salad yang aku makan ada semacam nasi/pulut. Roti pulak keras. Haish~
Pemandangan biasa kat luar bangunan. Budak-budak lepak sambil hisap rokok. Kalau hisap rokok dalam bangunan kena saman
Jom keluar dari tempat bosan nih. Hari ni tak banyak awek la..
Aku suka gambar yang ada lens flare macam ni. Rosak ke sensor kamera DSLR kalau tangkap gambar camni eh?
Naik metro. Tak banyak gambar pun. Tapi masa lalu kat station Mayakovskaya, nampak banyak polis. Station Mayakovskaya ni dekat dengan hotel Mariott Grand Moscow dan juga merupakan exit untuk Jalan Tverskaya. Jalan Tverskaya ni kira macam Jalan Sultan Ismail la dan aku pernah tidur kat Hotel Mariott Grand tu. Adelah dekat 200 Euro satu malam.
Mana aku nak pergi sebenarnya? Ntahla. Benda ni tak plan pun, peta langsung aku tak tengok. Dahla GPS iPhone takde (sebab aku tak guna simcard Moscow) Membazir je top up bulan2 RM40. Aku simpan, cukup setahun dah ada RM480 cash, betul tak? By cutting cost aku berjaya mengkayakan diri sendiri. Tahun ni tahun save duit beb~ Ah… Lari topik pulak. Jadi aku decided nak pergi Moscow State Universiti. Cadangnya, kalau pergi sana time dah gelap sikit confirm lagi cantik. Aku tak reti sangat nak produce gambar lawa-lawa dalam sunlight ni. Aku lagi minat tangkap gambar yang ada lampu, at least aku tau sikit-sikit apa nak buat.
Jadi sekelip mata dah sampai.. siot. korang tak tau berapa jauh aku travel nak sampai universiti tu. ade la dekat sejam.
Cerita banyak tak guna, tengok sendiri. Memang besar kan? Macam Hogwarts pulak.
Siapa punya office la kat atas menara tu.. Memang best kalau dapat.
Main building, gambar main entrance
Oklah, cukup setakat nih. Banyak nanti slow sangat pulak page load. Ni pun aku dah kecikkan da. Aku dah penat pergi tangkap gambar nih, apa lagi, komen ah banyak-banyak.
Topik institut pengajian tinggi awam kat Moscow dah cover. Apa topik gambar seterusnya eh?
Ariff Shah: Tangan still sakit tapi lepas balik tadi aku bantai gak pergi gym. Memang cari nahas betul

Comments
53 responses to “Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 2) – Institut Pengajian Tinggi Awam Di Moscow”
Nak mintak tolong sket. Hubby tanya, brape montly allowance mara bagi aaa? tq
700usd
Perggghh… best gila tengok picture tu… akan sampai tak lagi lagi with my hubby.. dia further study kat sana 4 tahun kat MAI jugak.. tengok je food picture kat atas tu tak berselera terus jadinya.. ape pun my hubby cakap moscow memang cantik.. last dia dia pergi antar student mara buat medical kat sana… tahun nie giliran kami pulak yg menetap kat sana.. insyaAllah lagi 2 minggu sampai la kat sana.. patutnya awal tapi visa kena reject pasal sijil kawin dalam bahasa jawi.. walaupun dah translate ke english.. diorang ingat i nie spy.. hehehhehe.. hope i get new friends dengan cepat kat sana.. klu tak mati kutu jugak 4 tahun tak keja.. cuma ikut my hubby jer.. sorry la klu komen nie panjang sangat.. :)
Laaa.. ye ke? Nanti tinggal kat hostel sekali lah ye? Atau menetap diluar?
Tinggal kat hostel sekali.. tapi ambil 1 appartment… Dr Lutin tengah pening kepala sekarang pasal hostel semua dah penuh… hehehehehe.. Ariff nie student MIAT ke?
Dulu preparaton kat Miat. Balik ni dah final year kat sana.
Penuh? Mana ada. Berlambak je bilik kosong utk guest. Diorang saje xnak sewakan. Pelik.
perggghh baik punya… kena kelentong kaw2.. hehehehhehe… takpe2 kita kasi basuh sikit orang2 russia nie.. :) lagi berapa lama ariff kat sana?
ada setahun setengah lagi..
As Salam
best ar dpt jln2 kat negara org….
bile tgk gmbr2 ni rs nk g sana pun ader…
nice pic…bile duit ni nk cukup nk g b’cuti kat negara org ni…plus bw plak adik si kecik kesygan org tu…perfect
nice pic…emm..nk tnye,bkn ke kt moscow 2 ade bngunan yg mcm candy kn??
yup. tu gereja St. Basil. Sekarang dah jadi muzium
nice pic…p
jgn pkse diri gyming..nati tau la ko akibat die…btw,nice picture
Seronok ah pergi gym. Sihat :D
wah, cantik pics yg awak amik ni
rasa nak pi sana plak..hehe
Jauh perjalanan luas pengalaman. Nanti boleh cerita seikit perkembangan fahaman komunis di sana. Masih menebal atau memang sudah hancur? Apa reaksi masyarakat dia sekarang terhadap tokoh2 Komunis dahulu?
Komunism.. entah la. Tapi yang aku tau, mereka ni masih tak suka orang luar (foreigners).
bestnye dapat study oversea jejauh cam tu.. Sy dapat g oversea stakat sgpore jek.. tu pun sebelah johor ni je ha.. =)
lawo tul gambo2 tu. kaler biru sgt biru. sgt clear. cian ek duk negara org. mkn x leh sebarang makan. roti plak keras ye. hehehe. telan jela salad tuk kesinambungan idup ye
Gambar tu dah edit sikit-sikit kasi color tu terang lagi. Mungkin nanti saya buat tutorial la edit gambar cara paling senang
smart!
huhu
ouh~
gojesnyer moscos city.
ade salji.
ade bnyk roti.
great! hehe =p
kat Malaysia lagi banyak roti best-best
salad dye mcm nasi goreng jep? hahaha.. tgkap bangunan tu mcm semut jep.. btul2 bsau tuuuu.. :)
.-= maisyara´s last blog ..pernah dengar manusia mati angkara message hantu? hohoho! =-.
nak gi sana gak ..
Jom2. Jemput datang. Haha =)
Thanks ariff… I know u’ve seen it all… but the rest of us.. only able to learn to speak and be friend with Russian without have a chance to see Kremlin.. (I la tu..). Anyway, Spasiba. Chestleva udach.
cantiklah pemandangan,
bukan selalu boleh nampak bagi
mereka yang tak pernah ke sana.
letak gambar 1, 1 pun oke, cantik.
macam blog brother ni:
http://joebangla.blogspot.com/
Oo. Dia letak thumbnail lepas tu link to gambar besar. Ok gak.
Thanks for the input.
kalau taknak m1, m2 lah. haha. alang-alang free lepas tu. 26, 26 :D
& uncle ariff, i need a photog & since everyone in m1 dah on vacation ke mana-mana, care to help me?
uh oh, why not buat macam short review pasal halal restaurant here? ^__^
photographer? Where? When? Exam tak habis lagi :(
ho ho ho.. cantiknya, dgn langitnya yg betul2 biru.. perg mengancam betul..
Bila lah aku ada duit nak pg sana..
erm…cntik2…asal besa sgt bangunan universiti kat sna?aishhh…tp aku ske tgk gmbr main building tuh. weyh..jaga tgn elok2…tgn aku pon xelok2 lagi..=P
Amazing.. Good work there…
MGU adalah salah satu project seven sisters http://en.wikipedia.org/wiki/Seven_Sisters_(Moscow) stalin..
dan bangunan utama MGU adalah bangunan pengajian tertinggi di dunia…
.-= syahmiafnan889´s last blog ..The Statistics of Game Consoles.. =-.
Macam menarik jadikan bangunan lain tu as projek gak.
Cakap Russian sikit. Xnak kasi orang lain faham
У меня переэкзаменовки будут в 26-ое и 29-ое числа, но может быть в 26-ое после экзамена буду куда-то идти за это
memang x fhm pon….leh translate x?????nk tahu jgk…lalalala
hihi. rahsia :D
leh x wt slot cmne nk tkr layout??? maklum la baru je bljr bab blogging ni…….lalalala
my examination will be in the 26th and 29th, but maybe in the 26th after the exam will be going to somewhere
Aiseh rajin pulak ko translatekan guna Google. Haha.
haha..bese la..language kn fav aku..
stucture bangunan kt rusia len skit ek…coluour2 skit. herm.. wah nt ade lagi gmbr ltk lagi k.
yg bangunan IPTA tu.. bgnn lame ke bru ek?,
Pada pendapat aku gabung due2! nak tau kenape? sbbnye.. if ltk gmbr cam siri 2 ni, die jadi kene scroll byk2 ke bawah. n gmbr dpt share tak byk sgt compare if wat galery. bukan tal leyh ltk byk 2..blh je nk ltk byk tapi jd crowded r. (aku tak reti wat galery cam siri 1) waaaaa!
TApi gallery tu, ko tulis2 r gak skit pengalaman ko berkait ngn gmbr tu.aku yakin sure ramai nk bace n tau.
well just n idea from blogger yg x seberape ini.hue hue hue.
good luck~
two thumbs up r kt ko!
.-= elyana yazmin´s last blog ..Bila xx + xy (III)… =-.
Yang gallery tu dalam wordpress ni dah ada. Tak payah susah-susah buat. Hm.. Gabung dua-dua pun bagus gak. Nanti tengok macam mana.
Thanks for the input =)
=( tak pakai wordpress……….. sob3x.
xpela~
tengs jugak kasik tau~
.-= elyana yazmin´s last blog ..Bila xx + xy (III)… =-.
MGU tu kalau nak masuk kne tjk bilet ke? nyesal plak aku x try msk dgn maja & apis dulu.
Boleh masuk ke? aku xmasuk pun bangunan dia. kalau pergi depan-depan, around that place memang xde pagar. Cis. Rugi aku tak try.
Fuh.. besar betul bangunannyer. brape tingkat eah?
36 Tingkat semuanya. Giler~
cun giler kaler langit warna biru..hohoho..
wah best neh….pic pn cantik..bile la dpt ke sane ek
Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 2) – Institut Pengajian Tinggi Awam Di Moscow | blog.ariff…
. Jadi aku decided nak pergi Moscow State Universiti. Cadangnya, kalau pergi sana time dah gelap sikit confirm lagi cantik. Aku tak reti sangat nak produce gambar lawa-lawa dalam sunlight ni. Aku lagi minat tangkap gambar yang ada lampu, at least aku t…
bestnyer awak… dapat merasa negara org.. waaa.. saya pun nak gak.. hehe.. (“!)
yg isap rokok kat luar bukannya takot kene saman
tp menghormati org yg xmerokok
sikap yg boleh dicontohi