Telco yang saya gunakan sekarang mempunyai ibu pejabat dalam lingkungan 5 kilometer sahaja dari rumah saya tetapi kualiti rangkaian mereka sekarang adalah yang terburuk setakat ini sampaikan nak buat/terima panggilan dari dalam rumah pun tak boleh. Sangat mengecewakan. Melalui iklan di TV, Telco ini dikatakan sedang menaiktaraf rangkaian mereka.
Semalam, simcard pula yang bermasalah. Agaknya memang dah sampai masanya untuk saya bertukar kepada telco lain. Buat apa simpan masalah, betul tak? Nasib baik ada MNP (mobile number portability), jadi takde masalah kalau nak tukar telco pada bila-bila masa sahaja.
Pilihan seterusnya? Telco yang pernah bagi saya smartphone dulu. Walaupun ada kisah buruk pasal mereka, tapi kita cuba dulu. Kalau rasa menyampah nanti tukarlah. Asalkan jangan pilih plan yang ada kontrak.
Kepada yang dah berkerjaya dan masih menggunakan prepaid, silalah bertukar ke postpaid ye.


Comments
38 responses to “Kegagalan Simcard”
Saya pengguna tegar celcom…setakat ni masih berpuas hati…he3
to MXS? xmahal ka bro?
Try dulu la sebulan dua. Rasa menyampah nanti tukar lagi
aku pakai celcom dah dekat 10 tahun kut.. prepaid aje.. hehehee. kalau bro tukar number phone, nnt sms okay..
(aku pun nak cakap mimpi ariff shah lah.. hik3)
saya pun pakai celcom. coverage memang bagus…
mmg kdg2 agak mengecewakan dgn perkhimatan TELCO. servis di Malaysia ni kdg2 bukan waktu perayaan pon boleh sesak.
celcom n prepaid jelah setakat ni. mslh line kdg2 tu biasalah cuma xberlarutan..
Masih setia bersama celcom dah 12 tahun sim yg sama..cuma package jer bertukar2…
2 ler..ingat nak tukar gak nanti.hehehe
Aku dah banyak kali tukar Telco, cuma nombor je masih sama..setakat sekarang masih pakai prepaid lagi, postpaid tunggu aku tukar handphone baru nanti..
saya tak pernah mengalami kegagalan pulak,,,tukar handphone boleh dikatakan kerap…pernah memakai iphone4 sebab dulu keje buat produk apple,,,sekarang pakai HTC one X…hehehehe
telco apakah itu..cam nak hentam je kuat2 .. haha.
megafon ftw! haha, sampai skang aku guna tak rosak2.. hhuhuhu.. nostalgic x?
aku masih guna prepaid. haha..
depends juga. orang macam namee ni elok prepaid je. ada top up pun tak bersentuh langsung. rasa besar hati kalau ada orang nak pinjam credit sbb at least credit tu rasa berbesar hati dan gembira sebab dirinya digunakan. hahah . tapi kalau ariff nak pilihan yang best..celcom lah. terbaik so far. digi ..coverage hodoh gila.
Macam kebetulan… Sy pnye sim pn semalam mengalami nasib yang sama…
Nape dah keje kene tukar postpaid?
ok jer maintain guna prepaid. cuma jgn la top up 5 hinggit, 10 hinggit je..;)
total kena kira berapa guna sebulan..
silap2x lebih tinggi kos dari guna postpaid
..setakat ni simkad saya tidak ada masalah, alhamdulillah, nombor pakai sejak Oktober 2005 lagi. Tapi dah dua kali tukar. Handphone yang saya pakai sekarang cuma Samsung Galaxy S2, sebelum ni iPhone 4, ditukar sebab tidak selesa dengan restriction Apple.
masih setia bersama prepaid maxis…lupakan yang lain :)
biasa la mereka mesti nak untung lebih…
Rasanya dah hampir 10 tahun sy masih setia ngan Celcom sampai sekarang. BTW, phone yg syrkt tempat keje pun bagi celcom jugak… senang utk travelling,.. especially kalau pegi kwsn luar bandar..
setakat ini simcard saya yang dah 6 tahun tiada masalah
wow. mungkin sebab tukar phone hari tu, bercalar simcard
Cerita simcard atau apa sahaja yang berkaitan dengan ‘komunikasi’ di tempat kita atau mana-mana tempat atas muka bumi ni berkait rapat dengan ‘penyedia’ perkhidmatan tersebut. Pastilah ditujukan pada syarikat-syarikat telekomunikasi yang kaya raya. Siapa paling kaya? Google! Pelik masalah pada perkhidmatan amat banyak. Kenapa dan mengapa? Tak tahu. Sebenarnya dapat dirasakan kita membayar pada harga yang mahal untuk perkhidmatan telekomunikasi, utamanya jalur lebar. Ini kerana dasar keuntungan mengatasi dasar meluaskan jaringan komunikasi dan mempermudahkan orangramai. Walau hakikatnya ianya boleh dilakukan tanpa membebankan orangramai. Tapi lihat…siapa yang menguasai???
eh. kenapa google? bukan telco? paling kurang ajar, simcard rosak pun diorang nak charge rm10 untuk tukar padahal berapa sen sangat pun dan sepatutnya customer dapat simcard free for life dengan gantian baru kalau rosak. Bukannya orang nak sesuka hati tukar baru
Itula sebabnya, hidup kita ni dalam zaman kapitalis yg ketara sgt. Apabila dewasa baru nampak suasana ini. ‘Mereka’ akan perah duit kita selagi mampu. Walaupun atas alasan yang bukannya salah kita. Bukan setakat Telco, Bank dan agensi lain pun sama. Kecewa rasa. BTW bro, pasal apa yg dah keje tukar postpaid? musykil. hehe. sebab aku still guna prepaid. sengkek
Saya baru porting nombor 012 dari Celcom ke Maxis. Saya buat permohonan secra online mudah tanpa menghadiri ke pusat perkhidmatan Maxis. Tidak perlu cari parking dan berpanas. Tunggu penghantaran SIM kad dari Maxis.
tak tau pulak boleh buat secara online
sama..baru tau…xyah susah2 rupanya huhu
bagus juga ni boleh buat secara online.. banyak jimat ni..
salam juz nk ckp, sy mimpi ariff..motiff sgt mimpi itu..kenal pun tidak macam mane bro leh masuk dlm mimpi saya..ok la tu ..nice to “meet” u anw..haha
hahah.. boleh pulak macam tu ye? nice meeting you too
Macam Myra sekarang pakai postpaid, tp rasa macam tak berbaloi pulak, sebab kekadang tu penggunaan kurang dari bulanan yang perlu dibayar..
postpaid untuk yang suka call memang murah..
kalau berlarutan, baik tukar je….
sekarang ni kat kampus pun line teruk, tak tau lah kenapa..
Celcom bro.. Hehe
nape perlu bertukar kpd postpaid bro??