Kemaskini blog terakhir adalah pada 15 Januari. Oklah tu. Sebenarnya saya cuba nak panjangkan lagi, mungkin sehingga ke seminggu tak update tapi rasa macam ada yang tak kena je.

Walau bagaimanapun, maklumat trafik sepanjang 5 hari tak update blog masih memberangsangkan. Pada saya, ini adalah bukti SEO done right. Tengok average time on site pun dah tau kebanyakan yang masuk memang membaca. Takdelah hebat mana kalau nak banding dengan orang lain, but it’s good to know.
Minggu ni adalah minggu terakhir untuk saya menyiapkan apa yang patut sebelum presentation akhir minggu depan. Dah siap pun (alhamdulillah), sebab tu boleh update. Presentation pun cun melecun guna Keynote (sama macam Power Point untuk pengguna Microsoft Office). Rasa macam Steve Jobs pulak.
Agak terseksa minggu ni sebab kesejukan musim sejuk Moscow baru tiba. Memang negatif je sepanjang minggu ni. Bangun pun lambat. Bila bangun lambat, tak sempatlah breakfast kat bilik. Biasanya saya akan beli roti di kedai depan hostel saya, freshly baked. Roti gula, lembut dan masih panas baru keluar dari oven. Memang puas hati kalau makan di waktu pagi yang sejuk sambil berjalan dan menyepak-nyepak salji ke perhentian bas.
Kalau ada rezeki lebih, bertembunglah dengan awek-awek yang tinggal kat hostel atas tu nak beli breakfast. Awek baru bangun pagi kan.. tau-taulah macam mana. Pakai pun ehem.. korang tau-tau sendiri macam mana anak dara pakai kalau kat rumah. Cuma dalam kes ni, bukan dara dah. hahah
Perkara menggembirakan seperti ini (roti sedap freshly baked tadi ye) adalah penting untuk memulakan hari yang mencabar dan sejuk. Dah la tak pakai glove. Tangan keluar poket 10 minit dah rasa kebas.
Tadi lepas kelas, potong rambut lagi. Ni potong rambut untuk presentation dan mungkin untuk kalau nak balik Malaysia nanti. Mesti kacak2. Kalau nak diikutkan, minggu depan lepas presentation tu pun dah boleh balik. Tengok mood dan keadaan. Macam masa pergi Jerman dulu la, kalau rasa nak pergi, esok beli tiket, lusa tu terus pergi.
Hari ni agak penat. Jadi tak nak sentuh langsung final year project. Rehat kejap. Esok boleh start rehearse untuk presentation.
Sebelum korang pegi:
- Bantu untuk kumpulkan dana pembinaan madrasah. Tak payah keluarkan sesen pun, baca entri ni untuk cara yang lebih mudah
- Kepada yang berminat, betul ke tahun ni harga rumah jatuh? Komen kat sini.


Comments
29 responses to “Ke Mana Hilangnya?”
sambil beli roti, usha awek russia..hahaha
teringin nak sambung ke oversea…tp kne betulkn dulu niat nk smbung ke oversea tu..hehe
seminggu tak update blog rasa macam sakit ker?? hehe..terer oh boleh maintain trafik walaupun tak update..besh nyer!
Blog dah femes susah nk jatuh trafik, kan?
takdelah femes mana pun
Awek moscow tu lagi cun pa dari awek malaysia,hehe maybe tinggi sikit
ko gunting rambut ke tidak. ko tetap kacak apa. haha..
mana ada. kalau rambut panjang, memang serabut
Blog yang dah ada branding sendiri dan follower tetap memang takkan jatuh trafik punya… Dah brapa lama ket Moscow?
good luck bro…aku xupdate sminggu backlink smakin kurang nape yea? traffik ok je…
Selagi blog itu “informative” tentu ada pengunjungnya. Selamat mengharungi presentation terakhir. Zaman saya masih lagi pakai overhead projector ketika buat presentation.
hehe.. overhead projector. lecturer kat sini still guna apa
Blog dah femes, Mantap tu trafik walau tak update.
wah,, hebat.. cemana nak buat tu?? saya budak baru ni..hihihi
wah…. blog yg dikenali mmg begini trafiknya… Even tak update entri masih ada pengunjung.. kalo saya x update mmg hampeh la jawabnya.. jatuh merudum.. kalo update selalu pun sebulan pageview pun baru 5K.. ini seminggu 5k? cayalah…. hehehehe
bestnya dpt main salji… kat Malaysia ni kalau teringin nak main salji atau suasana musim sejuk boleh lah pergi ke I-City di Shah Alam atau Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam masuk rumah 4 musim…. (^___^)
p/s: Sya pelik juga ni.. saya jarang skali komen di blog ariff ni tp sumber traffik byk juga dari blog ini… Confuse kejap….
ada trafik masuk eh? wow. magik tu. Orang masuk dari komen lama la tu..
tula mmg magik la tu.. tu yg saya confuse tu.. boleh dikatakan every week mesti ada traffik dtg dari blog ariff ni.. mungkin la kan dari komen yg lama…
ariff fasih tak bahasa russia,,,,
boleh la sikit2
tgh syok baca tetiba “harga rumah jatuh”! terkejut den sebab den baru ja beli umah
Memang tertunggu2 posting dari moscow…suhu negatif berapa Ariff?
semalam -10. sejuk.. sejuk..
tolong ajar dong macamana nak kasi pelawat sampai 6k
nak bawa tikar bantai sekali nie
Ke mana hilangnya benda yang hilang tu??
He he
Semoga dapat impress orang tinggi dgn presentation bro tu
takde benda yang hilang pun bro…
“Memang puas hati kalau makan di waktu pagi yang sejuk sambil berjalan dan menyepak-nyepak salji ke perhentian bas.”
mcm best je situasi tu… hehe…
wish u all the best for your presentation….
apa bendanya tuh yang tertulis kat kertas putih pun…. sikit pun tak faham. Mmg bahasa Russia eh?
mohon rekod video ariff present fyp.
tak boleh. top secret. ada kgb nnti