Kawasaki MX World Store Malaysia

Reading Time: 3 minutes

Awal bulan hari tu saya dijemput untuk menghadiri launching event Kawasaki MX World Store Malaysia. Basically, kedai milik CBK Motor Sport ini adalah yang pertama di Malaysia menjadi pengedar rasmi Kawasaki MX.

Kedai lima tingkat ini juga adalah merupakan one stop center untuk pemilik motosikal motocross Kawasaki di mana ianya menempatkan showroom, kedai aksesori, ruang rehat VIP serta bengkel motor di tingkat paling atas bangunan.

Kawasaki KX

Kawasaki KX adalah range motosikal off-road daripada Kawasaki. Secara asasnya, motosikal ini bukan untuk kegunaan di atas jalan raya dan tidak mempunyai cukai jalan. Full range motosikal Kawasaki motocross:

  • KX85-II, KX250F, KX450F (harga bermula RM16,300)
  • KLX250, KLX150 (harga bermula RM8,789)

Motor macam ni ada kuasa yang tinggi, jadi orang cakap kalau badan sekeping macam saya ni tunggang KX series, confirm boleh melayang. Tak percaya :p Kena try sendiri nanti. Mengikut kata pemilik kedai CBK Motor Sport, Ah Loo cakap dia nak invite blogger untuk try sendiri kursus motocross anjuran Zero to Hero Malaysia. Tak tau bila, tapi nampak gaya memang menarik!

Launching Event

Launching event dihadiri oleh media partners, ahli kelab Kawasaki Malaysia, pasukan motocross tajaan CBK Motor Sport sendiri (pernah memenangi tempat pertama di Asia Motorcross Championship 2011 dan beberapa event lain), wakil dari Kawasaki Malaysia – Mr. Jeffrey serta rakan rapat CBK Motor Sport.

Sebenarnya kedai Ah Loo ni dah lama, cuma pelancaran ini adalah untuk kedai barunya yang lebih besar. CBK Motor Sport mendapat tajaan daripada Kawasaki Malaysia untuk pembukaan kedai besar ini.

Melalui kerjasama ini, CBK Motor Sport harap dapat meningkatkan jualan dan market size jenama Kawasaki di Malaysia, memperkenalkan sukan motocross kepada mereka yang meminatinya, melatih pelumba baru untuk sukan motocross dan menyediakan after-sales support terbaik untuk pemilik motosikal Kawasaki KX dan Kawasaki secara amnya.

 

Pertukaran cenderamata antara pihak Kawasaki Malaysia dengan CBK Motor Sport

Press conference dilakukan di tingkat dua bangunan yang menempatkan kedai aksesori. Rambang mata sekejap. Kalaulah dapat full jaket atau full face helmet, memang bergaya habis merempit tiap hari.

Disebabkan ada sebuah Kawasaki Versys yang dipamerkan di depan kedai, saya trylah kecek kat Ah Loo supaya kasi 30% off untuk motosikal tersebut, malangnya tidak berjaya. Ah Loo sendiri guna Versys dan ini mengukuhkan lagi alasan saya untuk mendapatkan sebuah Versys (malangnya tak tahu bila boleh mampu) berbanding jenama atau jenis yang lain. Kepada Ah Loo, my offer still stands. 30% off dan saya ambil cash terus :P

Last sekali ada cabutan bertuah. Hadiah yang diidamkan adalah riding jacket Kawasaki berharga RM400+ tapi of course la saya tak menang. Mana pernah menang cabutan bertuah ni. Walaupun tak menang, sempat pinjam jaket si pemenang untuk action shot. hehe..

Kawasaki MX

Last but not least, video yang saya merajinkan diri untuk compile. Ada video demonstrasi Kawasaki KX yang super cool. Bila tengok diorang buat stunt, rasa macam nak beli satu je Kawasaki KX ni. Serius. Tengok sendiri. Also, gambar superbike kepunyaan geng superbike yang hadir. Adalah dalam 30 macam tu..

More details:

  • Address: CBK Motor Sport Sdn Bhd, No. 373 Batu 2.5, Jalan Ipoh KL
  • Phone: 03 – 40422985
  • Email: cbkmotor@gmail.com
  • Website: www.cbkmotorsport.com

Posted

in

by

Comments

34 responses to “Kawasaki MX World Store Malaysia”

  1. adimuz Avatar
    adimuz

    perghh…..style moto scram tu…eden ade teringt kat moto eden enduro dt125.hehehhee

  2. wan gerrard Avatar

    Style gak motor superbike ni..tp z berapa minat motor

  3. iAwani Avatar

    … nampak gambar motor tu, teringat motor scrambler zaman 80-an.

  4. Ekspresi Ruang Avatar

    minat gk motor2 besau ni. malangnya xde lesen lg. ada lesen kereta je. nk merempit pakai kereta? selaluuuuu. huhu

  5. Mohd Khairi Avatar

    semua org skrg ni mengidamkn moto besar/superbike ..hoho… hebat2

  6. faizalPj Avatar

    mmg style le…mcm nak satu jer

  7. DjayEzat Avatar

    kalau merempit mlm minggu pakai full set sut 2 syok x ???wakkaka…pasti mat2 rempit lain tercengang ye x??huhuhuh

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Memang mat rempit tengok je la. Lebih bangga kalau mat rempit kita pakai motor macam ni

  8. cEro Avatar

    One of my fav bike evahhh…!

  9. noorsyamsul Avatar

    bab motor ni saya kurang tahu sikit. tahu naik je…

  10. KiD Avatar

    waaaahhh.. bro sangat ensem bila pakai jaket tu.. kalah abangensem yang tak ensem

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Haha statement kejam terjadap AE

  11. Ikhtiar Shah Avatar

    fuhh semart bohh!!!naik kaa teruih beli cash?hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kalau versys tu dia kasi diskaun banyak, tak kisah rasanya nak beli terus

  12. daddydee Avatar

    skang dah jadi trend motocross ni. ramai kekawan saya pun dah terpengaruh….daku je blum lagi…hehhehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau beli sendiri untuk kegunaan harian, lebih suka model lain. Tapi kalau Kawasaki nak bagi saya satu, apalah salahnya kan. hehe.. boleh aje

  13. hatiputera Avatar

    saya lebih berminat dengan kawasaki KX,,,buat ulang alik kerja sesuai tak,,berapa harga KX tu..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Untuk on-road, ada versi KLX250SF. Harga kurang pasti, mencecah 20k kalau tak silap

  14. kesoma.rai Avatar

    teringat kawasaki ninja..

    err..muka pakcik yg bagi speech tu macam stim je..hehe..ngantuk kot..

  15. muazfaris Avatar

    gambar tu di edit atau original tnpa di edit??

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      gambar mana ye? rasanya edit sikit. Semua gambar diambil daripada press kit

  16. azman Avatar

    Pandai Kawasaki cari blogger untuk promosi he3….

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Lebih pandai kalau mereka kasi blogger sendiri review superbike mereka

  17. hazman aka species1980 Avatar

    Walawei… memang ada gaya model MOTOR KAWASAKI la nie…. seronok apabila dah semakin banyak company yang percaya potensi blogger sebagai media untuk mereka….

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau diorang kasi superbike guna sebulan best gak XD

  18. ProfHariz Avatar

    Sekarang dah ramai member2 angkat motorcross ni. Saya? belum mampu.

  19. Zarul Umbrella Avatar

    lama giler tak naik moto,kali terakhir masa tgh menyanyi dulu…saya pakai Yamaha ss110…pernah kena langgar dari belakang oleh motor jugak…masa tu on d way nak rehearse kat RTM program Live Hari Raya 1995

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      tak sangka bro pun seorang mat motor dulu. heheh

  20. abangensem Avatar

    Teringat zaman gua layan motorcross dulu, tapi sejak member gua kenalkan gua dengan ‘drift’, terus gua jual motor gua dan angkat Skyline..hehehe.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      tinggi moto tu. ke sebab tak sampai?

      hahaha

  21. akubiomed Avatar

    Motorcross kuasa tork tinggi sebab hendak naik bukit perlukan kuasa tapi top speed kurang berbanding motor lain.

  22. sadiq Avatar

    fuhh..sejak 2 3 menjak ni asyik bab motor je ariff..hehe..mmg mengidam habis tu=)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hahaha.. yang ni kebetulan pergi event moto. Jadi kena update pasal moto

  23. azriMy Avatar

    haha, memang boleh melayang kot kalau saya naik sebab badan cam papan kan… hehe, boleh geng