“Kawan Adik Ada Tab, Samsung, iPad… “

Reading Time: < 1 minute

Sedang saya melayan teh ais di sebuah gerai, lalu seorang wanita bersama anaknya. Anak tersebut sekolah rendah lagi, baru pulang dari sekolah barangkali.

“Kawan adik ada Tab, Samsung, iPad bla.. bla.. ” sayup-sayup kedengaran suara anak kecil tadi.

Hebat betul budak sekarang, sekolah rendah dah ada Tab, iPad dan sebagainya. Apa yang buat saya kagum adalah kawasan itu bukanlah kawasan orang kaya seperti Subang, TTDI dan yang sewaktu dengannya.

Apalah nasib ibu bapa sekarang? Dulu seingat saya kalau nak dapat permainan, yang harga RM100 ke atas bukan main susah nak dapat. Sekarang? Mainan anak-anak kecil ni dah mencecah ribuan ringgit.

Apa pula nasib mereka yang bakal menjadi ibu bapa? Tak ke pening kalau anak sekolah rendah dah pandai minta gadget mahal-mahal. Jangan sampai berhutang nak beli gadget semata-mata nak ikut kemahuan anak.

Saya? Kalau ada anak nanti, jangan harap la nak dapat gadget-gadget semua ni secara percuma. Memang akan disuruh bersukan, main bola or apa-apa yang mengeluarkan peluh. Jangan duduk terperap dalam rumah je.


Posted

in

by

Comments

32 responses to ““Kawan Adik Ada Tab, Samsung, iPad… “”

  1. Mohd Firdause Avatar

    teknologi memang susah dikejar. Hari ni keluar gajet canggih, bulan depan keluar yang lagi canggih. Gajet canggih memang sangat berguna kepada golongan bekerja sebagai personal digital organizer. Tapi kanak2 lebih cenderung kepada hiburan dan game. Kita memang tak boleh menghalang pengaruh teknologi kepada kanak-kanak. Tapi kita kena bijak mengawal. Jangan ikutkan sangat kehendak golongan yang belum cukup akal.

  2. reezluv Avatar

    xbleh nak agak apa akan berlaku nanti..kita tak tahu..mana tahu nanti tab pun boleh dapat dengan harga yang murah..dan tiada lagi mainan yang zaman kita dulu..kan..

  3. ohcikgu Avatar

    budak sekolah pun bawa tab. ikut hati..nak rampas aje..grr..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kenapa sekolah tak halang ye?

  4. Faris Al-Muhandisu Avatar

    untunglaa budak2 zmn skrg.. zaman 90 an dulu pn lbh kurg gak. tgk gadget 3310 pn dah rasa geram sgt2. huhu

  5. donnyien Avatar

    budak-budak sekrang dah hitech… beruntung betul

  6. cik tom Avatar

    adik cik tom ada jgk bgth kwn2 dia pakai tab, samsung, ipad tp bila tanya ayah diorg belikan dgn duit loan..beli gadget canggih2 tp gn loan..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Beli gadget dengan loan? Bad move. Patut la orang kita ramai yang ada financial problem

  7. azriMy Avatar

    saya tak pernah lagi mintak parents duit untuk beli gajet… beli guna duit sendiri daripada blog je.. huhu

  8. Zulhilmi Zainudin Avatar

    Sangat beruntung kanak-kanak sekarang. Sangat berbeza dengan zaman kita dahulu.

  9. anisa Avatar

    tahu xpe….diaorg lg terer dr kita ni psl gadget2..

  10. fmtt Avatar

    saya rasa. cabaran mendidik anak-anak hari ini adalah kesenangan dan kemewahan.

  11. prince of nerd Avatar

    Jangan cakap ‘Kalau ada anak nanti, jangan harap la nak dapat gadget-gadget semua ni secara percuma.’ kalau tak tahu realiti zaman sekarang..tablet ni sebenarnya bagus untuk pembelajaran budak kecik.Sape suruh install games yang tak manfaat? Banyak apps yang dapat membantu membangunkan logik kanak-kanak. ‘Didiklah anak kamu mengikut zamannya’…

  12. hisham Avatar

    itulah realiti sekarang..
    bagi kita ia adalah barang mewah…
    bagi dia hanyalah permainan… mereka lebih handal dari kita.. kerana perkongsian ilmu berkenaan gadget2 ni disekolah..

  13. Lawrence Vision Avatar

    Ada pro & kontra juga bendar macamni sebenarnya. Cuma kena bijak mendidik mereka

  14. pinkbubblegumprincess Avatar

    senario ni mmg berlaku, kalau tak bagi, anak dalam dilemma,, rasa rendah diri kat kawan-kawan, lau bagi pulak,, tak tentu belajar..parah tul zaman ni hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tak faham betul macam mana budak-budak boleh bawak gadget macam ni ke sekolah. Patutnya sekolah larang

  15. anwar Avatar

    “Untung la kau, mak bapak ko kaya”( joke) teringat plak ayat ni bila org kat kg aku cakap kat ni kat bby kakak..hhuhuhu

  16. akubiomed Avatar

    Senario seperti ini bukanlah baru. Ia juga terjadi ketika saya zaman kanak-kanak dahulu apabila melihat rakan sebaya memiliki gajet mahal kerana ibubapa mereka adalah golongan atasan. Sebagai kawan cuba rapat kalau tak dapat main jadi tukang tengok pun jadilah.

  17. Rui Avatar
    Rui

    Itulah… masa sekolah dulu aku nak kumpul duit sendiri beli PS pun ayah aku tak bagi.

  18. cmratu Avatar

    hehe.. memang menakutkan.. yang paling tak best bila jadi anti sosial.. dgn dunia dia ja…

  19. abangensem Avatar

    Nampaknya aku kena la jual Tab2 baru aku ni. Ada sape2 yang berminat? Hehehe..

    1. Vivie Avatar

      Kalau abang ensem jual murah-murah, saya beli. :)

  20. sharinginfoz Avatar

    memang mencabat betul nak raise anak2 zaman sekarang

  21. sitizulaikha Avatar

    Ank sy umur x spi 1 yr dah pandai main gadget2 ni. Skg nak masuk 4 tahun dah mmg expert. Byk jugak yg dia belajar mcm ABC, 123 etc. ultraman tak yah ckp la hehe…cuma kena pantau lebih sikit. Tp sy xde la biar dia dgn gadget je. Tiap ptg klu x hujan bwk main2 kat taman. Tp kan mmg zmn skg rmi budak2 suka tperap kat rumah dgn gadget dorg… Kena train dr kecik. Jgn sbgi mak bpk kita tgk ank kita diam duk tperap kat rumah dgn gadget, kita suka. Seimbangkan dgn dunia luar…

  22. ika Avatar
    ika

    “…bukanlah kawasan orang kaya seperti Subang, TTDI dan yang sewaktu dengannya.”

    Nak jugak sebut subang dia tu.

  23. Denaihati Avatar

    seorang anak teman tak nak masuk sekolah tadika hanya kerana sekolah tu tak ada iPad/Samsung tab …

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      parah ni..

    2. Ekspresi Ruang Avatar

      masalahnya pusat asuhan pon menggunakan umpan gajet2 ni utk tarik kanak-kanak mendaftar di tmpt diorang. itu yg salah konsep sbnrnya.

  24. titan Avatar

    memang aku takkan bagi. haha..

  25. Eizil Avatar

    Perkara ni memang sukar juga untuk diuruskan, sekiranya kita memang tak mampu, mungkin tak jadi masalah untuk menolak permintaan mereka, seandainya kita memang mampu, dan anak kita telah menepati semua syarat yang diberikan, jenuh juga untuk menidakkan permintaan mereka.

    Apapun, semoga kita menjadi ibu bapa yang bijak menguruskan situasi sebegini.

    1. Ekspresi Ruang Avatar

      anak saya pon skg ni makin memilih.
      sbb pak sedare dia dok layan dia dgn iPad dan Note utk tgk kartun, dok demand nk tgk kartun pon kt medium2 cmtu plak skg.
      kdg2 geram gk, tp nk buat cmne, terdedah pada menda2 ni seawal umur setahun lg. haishh