Kat Traffic Light Pun Boleh Cukur Misai #philips50shaves

Reading Time: < 1 minute

Don’t try this while driving. Itu je yang mampu saya nasihatkan kepada pembaca sebelum menonton video ini.

Entri ini adalah sebahagian daripada cabaran #philips50shaves di mana 10 orang blogger kacak terpilih untuk melakukan review mesin pencukur elektrik Philips AquaTouch.

Sepanjang 2 minggu penggunaan, saya memang berpuas hati menggunakan gadget ini. Ianya berpuluh kali lebih mudah digunakan berbanding pisau cukur biasa dan langsung tak menyakitkan kulit walaupun ketika bercukur dalam keadaan kulit yang kering (tanpa penggunaan krim).

Bateri boleh tahan sampai 3 minggu dan ini merupakan kali pertama saya mengecas Philips AquaTouch ni.

Satu lagi kelebihannya adalah ianya kalis air. Persepsi saya tentang pencukur elektrik yang akan rosak kalau terkena air ternyata meleset apabila menggunakan Philips AquaTouch ni. Walau bagaimanapun, tak bolehlah nak tunjuk saya bercukur ketika di dalam shower, ada orang tergugat tengok six pack ni nanti.

philips aquatouch contest Win a Philips AquaTouch – Click here!

Nak cukur kat mana-mana pun boleh sebab sisa cukuran akan tersimpan di dalam pencukur tersebut. Tak bersepah. Kalau orang perempuan boleh make up masa tunggu traffic light, dengan Philis AquaTouch tak mustahil dah untuk lelaki cukur misai masa tunggu traffic light.

Walaupun begitu, yang dipaparkan dalam video hanyalah untuk menunjukkan betapa mudahnya menggunakan pencukur ini. Selebihnya terpulang kepada anda. Penulis blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan akibat daripada meniru aksi yang dipaparkan dalam video. Harap maklum.

Mohon tekan butang ‘thumbs up’ di bawah ini sebagai tanda sokongan padu kepada penulis.


Posted

in

by

Comments

42 responses to “Kat Traffic Light Pun Boleh Cukur Misai #philips50shaves”

  1. azuanpro Avatar

    Mungkin perlu diperlahankan sedikit muziknya, terutama part yang last sekali. Itu pandangan saya.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks for the input. Akan perbaiki dalam video seterusnya

  2. shahril Avatar

    wah ariff.. sempat bercukur lagi tu,.. hehehe

  3. eyriqazz Avatar

    Kalau ada awek lalu masa tu, mahu menjeling2 juga awek dibuatnya…

    613 from me…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks for your vote :)

  4. titan Avatar

    ok. sebab video tu..aku vote ko kali ni. Haha..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hoho.. terima kaseh! Bukan senang aku nak keluar dalam video macam ni

  5. boni kacak Avatar

    good luck bro :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks Boni! Hang memang kacak!

  6. halif Avatar

    Nak kena banyakkan nampak aksi bro tu baru best. Suara ala-ala kontrol ayu tu.. hehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Jarang buat video masuk suara sendiri. NI pun sampai 30 kali record suara baru rasa ok nak publish. Something new for me.

      Cadangnya nak buat panjang lagi, tapi bila fikir balik takut bosan pulak orang nanti

  7. FJ Avatar

    cukur misai dan janggut takpe lagi .. kalau cukur bulu ketiak sambil tunggu traffic light?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Cukur bulu ketiak masa tunggu traffic light dan orang fikir kita gila pulak nanti.

  8. aslam Avatar

    Sambil cukur, boleh usha awek kereta sebelah. Untung-untung awek tu terpikat lah..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Malangnya takde awek masa tu

  9. Bro Framestone Avatar

    Fuhhhhh…!!!

    Bro pantang ada dekat trafik light, sure dok hadap handphone je

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tau sangat dah. Lepas tu up status kat Facebook, kan?

  10. ohcikgu Avatar

    fuh..mesti ramai yang nak beli mesin cukur ini nanti..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Philips ada buat promosi kat akaun Facebook mereka. Trade pencukur lama dengan pembelian Philips AquaTouch dan boleh dapat diskaun

  11. daddydee Avatar

    wah bercukur di mana saja. like a boss. hehehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Guna electric shaver ni memang ada feeling like a boss

  12. nurmisnan Avatar

    Haishhh.. kalau bercukur dalam kereta mcm ni rasanya mau cik adik sebelah twink2.. hik3

  13. Ekspresi Ruang Avatar

    since kt germany dulu mmg saya berazam beli shaver Phillips. sblom balik Malaysia je br mampu beli sbb harga pon waktu tu xsilap saya 90Euro. dah hampir 4 tahun pakai sampai skg xde apa2 mslh lg. even blades pon still tajam.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      4 tahun? wow. Memang berbaloi

  14. sohoque Avatar

    bercukur dalam kereta best sbb kita dalam keadaan duduk dan cermin pandang belakang yang betul2 di posisi yg selesa

  15. zul Avatar

    boleh tahan jugak..try cukur dpn AES, tgk ape tindakan diorg blh bt..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      AES takde la kat area ni

  16. Arrazi Avatar

    Suaranya kurang jelas. Mungkin perlu diperlahankan sedikit muziknya, terutama part yang last sekali. Itu pandangan saya. Semoga berjaya Ariff.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Lupa nak edit part last sekali tu. ish2

  17. Mohd Ilham Avatar

    wow kreatif sungguh kau…time camnie boleh bercukup…cam mr bean pun ade aku tengok…..hahahaha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hahahah.. now that u mentioned it, baru teringat. Mr. Bean pun pernah buat macam ni dalam kereta dia dulu

  18. Katak Comel Avatar

    rare..inovasi yg sgt mengagumkan..tp harga cam ‘menarik’ je

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Refer komen kat atas from Ekspresi Ruang. Empat tahun guna, langsung takde masalah dan belum pernah tukar blade.

      Sekarang compare dengan penggunaan pisau cukur biasa. Berapa kali tukar blade/pisau cukur atau masalah pisau cukur hilang/berkarat dalam setahun.

  19. Mohd Khairi Avatar

    haha of course la boleh je klau kt traffic light!~~ yg pnting mata tu kne jaga2..takut nnt tetibe kne hon ngn org blkng :D time lampu merah je ley buat haaa..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tapi kalau polis berhenti kat sebelah, agak2 kena saman ke?

  20. Een Avatar

    Aku ada benda ni. Tapi yang model lebih rendah sikit RM200+. Memang mudah. aku dah guna hampir 2 bulan baru sekali cas. Terbaik.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Inovasi memudahkan hidup manusia. In this case, a waterproof electric shaver is one of that useful innovation

  21. azriMy Avatar

    agak-agak kalau buat camni boleh kena saman AES tak?

    oke, hambar -___-

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Certified hambar. LOL

      Tapi kalau bawak laju2 depan AES dan muka kena snap tengah shaving, memang epic

  22. akubiomed Avatar

    Tak bimbang polis trafik saman sangka guna telefon bimbit. :-)

  23. adam Avatar

    tak expect suara macam tuh. hehehe.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      seksi sangat ke? haha!