Info Kanser Payudara Untuk Suami – Semua Mesti Baca

kanser payudara

Entri berkaitan kanser payudara ini ditulis sempena Pink October month dengan kerjasama Pride Foundation. Ya, saya tau entri ni overdue dan sepatutnya di-publish bulan lepas. I’m a busy guy. What to do.. tapi maklumat ni memang para suami dan bakal suami perlu tahu.

Kanser ni serius sangat ke?

Tak jadi isu kalau tak serius, lebih-lebih lagi kanser payudara. Mengikut statistik tahun 2007 daripada National Cancer Registry, kanser payudara adalah kanser yang paling banyak dialami oleh pesakit kanser di Malaysia.

Berdasarkan statistik 2013 Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser tergolong dalam senarai top 10 penyebab kemasukan ke hospital kerajaan dan swasta dan merupakan top 5 penyebab kematian di hospital seluruh Malaysia. Kanser payudara adalah pembunuh wanita no.1 di negara kita.

Untuk kanser payudara, walaupun dikesan pada peringkat paling awal, ada kemungkinan payudara perlu dibuang untuk menyelamatkan nyawa. Kanser ni bukanlah penyakit biasa-biasa dan bila bercakap tentang kanser, kita bercakap tentang survival rate atau kebarangkalian untuk hidup selepas disahkan kanser.

Punca kanser payudara

Tiada punca yang nyata dikenalpasti setakat ini. Ya, mereka yang ada sejarah kanser dalam keluarga memang berisiko tinggi, tetapi tidak semestinya.

Secara asasnya, mereka yang mengamalkan cara hidup sihat dan tiada sejarah kanser dalam keluarga pun boleh menghidap kanser. Jadi anggap jelah yang anda bakal menghidap kanser suatu hari nanti dan adalah penting untuk anda bersedia (dari segi mental dan perlindungan kewangan) bila ia berlaku.

Lebih baik bersedia selagi termampu untuk berhadapan dengan situasi paling buruk berbanding tidak bersedia langsung dan terus pasrah dengan nasib yang menimpa diri.

Bagaimana mengesan kanser payudara pada peringkat awal?

Tiada cara lain selain dengan membuat pemeriksaan sendiri di rumah atau klinik. Kalau ada yang abnormal seperti terdapat ketumbuhan pada payudara, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan rapi.

Dianggarkan ketumbuhan yang berukuran 1.6 sentimeter mungkin sudah berada di dalam payudara selama 2 tahun.

Apakah yang dimaksudkan kanser peringkat awal?

Seperti yang semua sedia maklum, kanser ni ada peringkat-peringkatnya. Untuk kanser payudara, ada tahap 0 yang popular dikenali sebagai carsinoma in-situ.

Untuk pengetahuan, medical card biasa (mana-mana syarikat) tidak akan cover untuk kes carsinoma in-situ kerana kanser ini dianggap bukan invasif (tidak merebak = tidak mengancam nyawa). Untuk mendapatkan perlindungan bagi kes carsinoma in-situ, kena ambil plan dengan manfaat medical card untuk wanita.

Perkataan ‘in-situ’ ni bermaksud tetap di satu tempat sahaja. Carsinoma in-situ ni pula ada dua jenis, ductal carsinoma in-situ (DCIS) dan lobular carsinoma in-situ (LCIS).

tahap kanser payudara

DCIS. Kanser menyerang duktus (saluran) yang  menghantar susu ke puting. LCIS. Kanser yang menyerang lobus yang menghasilkan susu.

Rawatan kanser payudara tahap 0

Rawatan adalah bergantung kepada kes, saiz ketumbuhan dan pelbagai lagi faktor lain. Contohnya, kalau mengandung, tak boleh ambil rawatan yang menggunakan radiasi. Senarai di bawah hanyalah sebahagian daripada contoh rawatan sahaja.

  • Lumpectomy. Pembedahan dilakukan dengan membuang sel ketumbuhan dan sebahagian sel sihat di sekelilingnya. Kelebihan pembedahan ini ialah tidak memerlukan pembedahan rekonstruksi payudara sekiranya sel ketumbuhan yang dibuang tidak besar. Kekurangannya, masih risiko untuk sel kanser untuk tumbuh semula pada payudara.
  • Mastectomy. Sebahagian besar payudara, sebelah atau kedua-dua belah payudara dibuang sepenuhnya. Bergantung kepada individu, pembedahan rekonstruksi perlu dilakukan.
  • Radiation therapy. Radiasi digunakan untuk membunuh sel kanser.
  • Tamoxifen. Rawatan tambahan selepas pembedahan yang bertindak untuk mengurangkan risiko kanser berkembang menjadi invasif.

Perlu diingatkan hanya plan medical card untuk wanita sahaja yang mempunyai perlindungan terhadap kos rawatan pada tahap 0 ini. Bagi yang bergantung kepada plan medical card daripada syarikat anda, jangan mimpilah nak ada manfaat ini.

Kanser payudara tahap 1 – 4

Bermula tahap 1, kanser payudara adalah jenis invasif. Invasif ni bermaksud kanser telah merebak ke sel sekitarnya. Paling common adalah invasif ductal carsinoma (IDC) di mana 80% kes kanser seluruh dunia adalah jenis IDC.

Semakin tinggi tahap, kebarangkalian untuk sembuh  semakin rendah.

Anggaran kos rawatan

Berikut adalah anggaran kos rawatan pembedahan kanser payudara. Saya tak jumpa pula kos rawatan untuk radiation therapy.

  • Mastectomy: RM5000 – RM6000
  • Lumpectomy: RM2000 – RM4000

Apa yang anda boleh lakukan?

Kanser perlu diperangi di peringkat awal supaya dapat meningkatkan peluang untuk sembuh. Apa yang para suami boleh lakukan adalah memastikan insan tersayang anda membuat pemeriksaan. Kekerapan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

  • Umur 20 – 30. Pemeriksaan sendiri di rumah. Pemeriksaan di klinink sekurang-kurangnya 1 kali dalam 3 tahun
  • Umur 30 – 40. Pemeriksaan sendiri setiap tahun. Pemeriksaan di klinik sekali setiap tahun
  • Umur 40 ke atas. Mammogram setiap tahun

Akhir kata, lakukan pemeriksaan dengan kekerapan yang dicadangkan. Semoga entri ini dapat membantu anda mengesan penyakit ini di peringkat awal.

14 Comments

  • Qider

    5 November, 2014 at 8:53 am

    info yang baik..kakak opis saya merupakan bekas pesakit kanser payudara..Amalan hidup sihat memang bantu bekas pesakit hidup dengan lebih lama

  • Raihanah Ahmad

    3 November, 2014 at 9:21 am

    thanks for the info tuan. bagi yang ada kanser, ada keturunan penghidap kanser atau nak prevent kanser boleh cuba Vivix. Ini disyorkan oleh doktor pakar untuk mengambil suplemen mengandungi kadar anti oksidan dan resveretrol yang tinggi.

  • takky

    1 November, 2014 at 11:21 pm

    time sekola dulu ada dengar ceramah (or tazkirah) nie….
    penceramah tu selitkan kejap tentang isu nie….
    dia kata antara faktor yang boleh detect kenapa jadi ye kanser payu dara di kalangan wanita is….
    sisa bahan kimia (sabun basuh baju) yang masih ada pada pakaian dalam wanita lepas dah basuh baju….
    kebanyakkan mereka tak akan sidai pakaian ini di tempat yang ada cahaya matahari…..
    selalu ye akan disidai kat tempat yang berangin dan dalam rumah…..
    jadi sisa2 tu tak disejat dengan baik dan kuman tak mati dengan baik juga…..
    itu yang aku ingat apa yang penceramah tu cakap beberapa tahun lepas….
    kalau yang untuk lelaki, itu aku tak tahu apa punca ye…..
    salah silap atas info ini harap dimaafkan…..
    aku cuba recall and refresh balik apa yang aku ingat dulu2 tentang perkara ini…..