Kalau Tak Sihat, Tak Boleh Pegang Pistol

Reading Time: < 1 minute

Terjumpa kupon untuk menembak di Groupon Russia. Lebih kurang RM160 untuk mencuba tiga jenis senjata buatan Russia yang terdiri daripada Saiga MK 03 kaliber 7.62mm  (analog AK103), Saiga MK kaliber 5.56mm (analog AKS-74u) dan Tiget (analog Dragunov sniper rifle). Analog di sini membawa maksud versi untuk orang awam kepada senapang tersebut. Boleh baca dengan lebih terperinci tentang senjata tu semua di laman web pengeluar senjata ni – Izmash

Wholah app. You should try this.

Dari mana datang minat menembak ni? Aku rasa ni sebab my late atuk Ghani yang minat menembak dan memburu dulu. Dia sendiri ada senapang yang sehingga kini aku masih tertanya-tanya mana senapang tu. hehehe.. Dulu masa kat sekolah join PKBM dan dapat peluang untuk masuk pertandingan menembak. Satu pengalaman yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Yeah, aku boleh dikategorikan sebagai gun nut atau penggemar senjata.

Lagi satu surat pelepasan doktor tu untuk masuk ke kolam renang awam. Yes. In Moscow kalau nak pergi swimming pool kena ada medical release letter dulu.

Kat Russia, kalau nak guna senjata atau memiliki senjata, kena buat medical check up dulu. Yelah.. diorang tak nak lah kasi penagih dadah pegang senjata pulak. Jadi tadi pergilah aku buat medical check up untuk pergi menembak ni nanti. Senang cerita ‘medical checkup’ tu hanyalah bayar untuk dapat surat doktor je. Check ala kadar, then dapat surat pelepasan. Tak sampai 10 minit. Aku senang, doktor tu pun senang..

Tak sabar nak menembak ni..

 


Posted

in

by

Comments

30 responses to “Kalau Tak Sihat, Tak Boleh Pegang Pistol”

  1. jyundoo Avatar

    part swimming kene guna cert. yg xleh blah tu. ketat undang2 nye. he

  2. Izwan Avatar

    menembak best! real counter strike..
    aku pernah la merasa time PLKN.. cam bese..tak puas!

  3. paeh Avatar

    video arif video…!

  4. teleng Avatar
    teleng

    hebatt!

  5. shaharil Avatar

    Senang betul nak buat medical check up. Tapi semuanya perlukan duit. Kena bayar berapa sekali buat medical check up.

    1. ariff Avatar

      untuk 2 cert tu kena 100+

  6. alia Avatar
    alia

    wow..jrg jumpe org yg hobi menembak ni..

  7. fezal Avatar

    asbaik time plkn dah merasa haha

  8. Ahmad Hati Avatar

    Dekat Malaysia takdepun

  9. ohcikgu Avatar

    dah tembak ke lom nih? camana rasa? best??

  10. hazman aka species1980 Avatar

    Orang KIDAL layan padang tembak nie sure gempak punya….

    1. ariff Avatar

      tapi aku menembak still guna tangan kanan.

  11. takky Avatar

    owh, nk masuk kolam pun kene ade surat doc ke?

    1. ariff Avatar

      yup. kena. takut ada penyakit kulit etc. tak nak air tercemar.

      1. Sya Isya Avatar

        baguslah dorang jaga air tu

  12. akubiomed Avatar

    Dekat rumah ada pistol tapi untuk tembak cicak sahaja :-)

  13. Pacifista Avatar

    bro,skor nanti tunjuk kat sini.aku nak komen.hehe :p

  14. hiro Avatar
    hiro

    hati2..

  15. WildanAzan Avatar
    WildanAzan

    Nanti guna peluru hidup ke?

  16. WildanAzan Avatar
    WildanAzan

    Nanti memang guna peluru hidup ke?

  17. CMRatu Avatar

    hehe.. mudah betul buat medical checkup.. :)

  18. Am Avatar
    Am

    Rifle tu ader ngan Uncle Man. aku penah diberi kepercayaan menarik picu rifle tersebut hingga kematian beberapa ekor tikus dan bewok dalam kebun sawit. tidak lupa juga burung gembala kerbau yg menjadi target practice. jangan jeles~ haha..

    1. ariff Avatar

      woi woi woi … aku nak!!!! balik ni kena minta uncle man. hehehee.. .

  19. titan Avatar

    hoho..tembak guna pistol ke senapang ni?

    1. ariff Avatar

      pistol + senapang

  20. ekspresiruang Avatar

    nanti sharekan skali score papan menembak tu. nk tgk gk berapa byk kena bull’s eye. hehe

    1. ariff Avatar

      kalau score cantik aku post. dah berapa tahun tak menembak

  21. fatinmraz Avatar

    swimming perlu release letter. menembak kene medical check up.. congrats dah ada keduanya. selamat menembak ya..

  22. Adib Avatar

    cam best je menembak ni..teringin gak sesekali menembak..baru rasa avennture sikit

  23. shahrul Avatar

    hehe nak dpt mc pun susah