Kalau Nak Masuk Simpang, Bagi Signal

Kadang-kadang orang terlupa perkara asas ni. Bila ada yang terlupa, maka berlakukah kemalangan. Pagi tadi saya jadi mangsa kemalangan orang yang terlupa ni.

Bila kereta tak bagi signal, motor akan potong. Kenapa? Sebab kereta ni lagi slow berbanding motor pada gear rendah. Mana ada orang bawa motor ikut kelajuan kereta kat depan dia, lebih-lebih lagi bila jalan sesak.

Nak dijadikan cerita, saya lalu kawasan perumahan ni. Tengok depan takde kereta bagi signal masuk simpang kanan. So ambil keputusan nak potong. Selang satu kereta, tiba-tiba kereta depan belok kanan nak masuk simpang.

Tekan brek tapi tak sempat berhenti. Terlanggar kereta bahagian pemandu. Saya pula jatuh. Nothing serius. Luka kecil besar syiling lima sen je. Hand grip motor koyak. Brake lever patah.

Hari ni good mood. So takdelah nak terus mengamuk kat driver tadi tu. Saya pun macam terpinga-pinga tak tau apa tindakan yang perlu diambil seterusnya. Tolak motor ke tepi jalan. Driver kereta turun. Tanya ok ke tak.

india-traffic-2

Kadang-kadang ada hari memang pergi kerja bad mood dan tak semestinya hari Isnin. Nasib baik. Kalau tak dah macam gangster tadi.

Check motor ala kadar. Semua ok. Dia offer nak bawa pegi klinik, silap-silap nak ikut pergi kedai motor sekali. Saya cakap tak payah. Tukar nombor telefon dengan pemandu tu. Nantilah bagitau berapa yang nak dibayar untuk repair.

Sebab masih terkejut dengan insiden tadi, saya balik rumah terus. Jiwa kacau. Tak boleh teruskan perjalanan pergi kerja. Duduk rumah, rehat. Sambil tu contact kedai suruh dia bagi invoice untuk barangan yang perlu diganti. Dapat invoice terus forward kepada pemandu tadi.

Tengah hari dia masukkan duit. Terus pergi kedai repair motor. Nasib baiklah dia ni jenis yang tak menyusahkan orang.

So janganlah ambil mudah bab beri signal masa nak masuk simpang ni. Dalam kes saya tadi, kalau dia bagi signal masuk simpang, of course la saya takkan potong ke depan. Benda mudah macam ni lah yang biasanya menyebabkan kemalangan.


Posted

in

by

Comments

32 responses to “Kalau Nak Masuk Simpang, Bagi Signal”

  1. anip Avatar

    selalu sgt jumpa kes2 mcm ni..kdg2 tu dah dekat simpang baru nak bagi signal..

  2. Luthfi Avatar

    Setuju sekali, untuk menghindari kecelakaan yang sering terjadi akibat kelalaian pengendara

  3. Dr Fuh Avatar

    tu lah, kadang-kadang kita dah berhati-hati tapi atas kesalahan orang lain kita yang jadi mangsa. Kena lebih berhati-hati dan tawakal jelah.

  4. akak tulip Avatar
    akak tulip

    berhati-hati ye ariff..teringat adik yang dah pergi menghadap Ilahi genap 100 hari minggu lepas akibat kemalangan motosikal….sayu hati….

  5. fyna Avatar

    fyna selalu kena macam nih. kat simpang pun sama. tetapi fyna selalu ambil langkah berhati-hati. tidak berani hendak bawa laju-laju. lebih senang bawa kereta dengan kadar selamat.

  6. BeritaKaki Avatar

    bahaya kalau dah kena jadi macam ni ..hmm..sakit hati ada jugak

  7. Nur Avatar

    Ada orang yang sudah tahu aturan tapi tidak mau tahu, ada yang tidak tahu dan ada yang tidak sdar tengah di simpang

  8. Cik Anonymous Avatar

    kat U ni pun sama… bawa kereta da la laju… pastu signal apa pun takde… pejalan kaki n motor pun nak di langgar nye… Kene sentiasa beringat n berhati2 la jawabnya…

  9. wandisini Avatar

    dapat pemandu kereta yang bertanggungjawab macam tu bagus lah…jenis langgar lari, itu yang boleh buat gaduh

  10. iAwani Avatar

    salah pemandu kereta itu juga, sepatutnya nak belok dia kena tengok side mirror dulu, barulah belok lepas tu.

    Saya pula pernah kemalangan naik motor sebab kereta tak bagi signal semasa di pemandu nak tukar lorong. Terus tiba-tiba tukar lorong.

    Masa tu lagi haru biru sebab kat tengah-tengah jalan di kala kenderaan lain di belakang sedang bergerak laju.

  11. Aya Avatar

    Nasib baik tak luka teruk.. bahaya bawa motor sebenarnya.. kalo jatuh, mesti ada luka.. huhu.. sejak pernah accident, aya tak pernah dah bawa motor..hehe

  12. Iskandar Avatar
    Iskandar

    Innalillah. Moga Allah beri pahala atas musibah, dan digantikannya dgn yg lebih baik.

    Syukur luka sikit aje, dan pemandu pun kerjasama. Alhamdulillah.

  13. HafizAmri Avatar

    syukurlah tak ada apa2..n nasib baik org tu bertolak ansur juga :) hihi

  14. Sam Avatar

    aku pernah kena mcm ni bro..mintak no fon je, ingat nk claim pastu, tp malangnya no fon sapa2 ntah yg dibaginya…terbang dekat rm1k..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      In my case, driver tu missed call depan saya. So tak boleh mengelak dah masa tu

  15. Ladfe Amir Avatar

    memang sakit hati kalau kena macam ni. selalunya saya akan slow dan beri peluang jika kereta itu perlahan.

    paling tak saya akan potong sedikit sehingga pemandu itu nampak saya berada di sebelahnya

  16. ainie Avatar
    ainie

    last year tme puasa terjdi kat mak sy.. smpi mati x maafkan driver tue.. dah langgar pastu jnji nak bayar tp smpi skrg langsung x dpt.. call pon angkat. bab kerosakan motor x kisah tp kecederaan yg mak sy hadapi buat sy mrh. tme raya pon x dpt berya..tak pe, kat dunia kan.. kat akhirt nnti taulah..

  17. hayat haniza malek Avatar

    we don’t have any psychic power to know your direction !

  18. titan Avatar

    aku pernah terbang seribu lebih sebab benda yang sama. haha..yang paling keji..dia tak pernah balas sms dan call aku.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Sorry to hear that bro. Itulah nasib orang bawa motor ni. Very lucky dalam case aku, driver tu bertanggungjawab

  19. hazman aka species1980 Avatar

    Bagus jugak pemandu senang nak deal bila berlaku cenggini…. ada jugak jenis hit n run….

  20. elly-daily Avatar

    kalau berbudi bahasa macam tu kita pun boleh cool down balik… apa2 pun, bagi signal DAN tengok mirror (side, rear semua) sebelum turn.

  21. hatiputera Avatar

    Pasal belok membelok nie walaupun nampak macam kecik tetapi impactnya amat besar jika berlaku kemalangan.

  22. azrijohan Avatar

    Alhamdulillah tak teruk sangat kemalangan tu bro. Respek sebab cool gila, still dapat kawal emosi tuu (Y)

  23. CARL LESMANA Avatar

    me too. saya paling geram dengan orang yang tak reti nak gunakan function signal ni ,me last year had an accident sebabnya follow satu kereta ni, dia bagi signal terus masuk simpang. kiranya nak masuk simpang baru dia bagi signal bukannya ikut jarak . macam vangang je sebab ingat jalan raya tu tempat main-main. =) btw kita beringat pun kekadang orang lain belum tentu beringat .

  24. Kujie Avatar

    sebagai pemandu kereta, paling serisu bila sedar ada motor yg mengekor rapat disebelah kiri kerana kalau apa2 terjadi , tindakbalas kita adalah bergerak ke arah ke kiri , risau kalau dia pula yang tak sempat ambil tindakan sesuai.

  25. abangensem berketak Avatar

    Yang langgar lu tu awek ke balak? Kalau awek, lu kasi nombor dia kat gua, biar gua gegar dia sampai leleh.

  26. akubiomed Avatar

    Saya memang sentiasa alert kalau ikut belakang kereta yang hendak masuk simpang tidak beri signal. Mungkin bimbang mentol signal terbakar kot.

  27. Hazmin Hamudin Avatar

    Memang bahaya kalau masuk simpang tak bg signal. Kalau tak bagi jugak, elok tengok side mirror takut-takut ada motor yang nak potong. Nasib baik la orang tu tak menyusahkan atau bagi macam-macam alasan nak repair.

  28. Sop Avatar

    mmg bahaya apabila pemandu x bg signal terutama motosikal
    kadang kala kita kat tepi suka2 je dia masuk!
    sbb tu selalu hati2 bila tgk kereta depan dekat simpang..

  29. Shahrul Avatar

    mmg ramai yg tak suka bagi signal, takut cepat blown kot

  30. diarisakura Avatar

    alhamdulillah bguslah tak pape ..

    huhuhu , dn kbtulan hmpir serupa apa yg tjdi pd sy pg td .. hmpir merosakkan mood sy utk harini .. tp bsabar je .. aduyai ..