Kalau Nak Main Saham, Main Dengan Duit Yang Kita Tak Nak Guna

Reading Time: < 1 minute

AE yang ajar saya tips ni. Memang logik. Kadang-kadang tak semua saham yang kita jangka naik dalam jangka masa yang kita anggarkan sendiri akan naik. Bila ini berlaku, terpaksalah tunggu.

Takpelah kan kalau terpaksa tunggu sebab duit yang tu kita tak bercadang untuk gunakan dalam masa terdekat. Cuma bila menunggu ni dan bila saya nampak ada kaunter lain yang berpotensi, darah anak muda yang mendidih ni nak je suruh masukkan duit lagi untuk beli kaunter lagi yang berpotensi tu.

Tak boleh. Kena berdisiplin. Berurusniaga dalam pasaran saham ada risikonya. Pelabur bijak tak akan laburkan kesemua cashnya dalam instrumen berisiko macam saham ni. Lagipun, kalau terjadi worst case senario, sekurang-kurangnya sebahagian sahaja aset yang terjejas. Bukan semua. Saya takde mommy/daddy yang kaya nak back up kalau apa-apa teruk terjadi.

Sabar.. sabar.

P.s. Mohon lawati link ini


Posted

in

by

Comments

25 responses to “Kalau Nak Main Saham, Main Dengan Duit Yang Kita Tak Nak Guna”

  1. Mohd Avatar

    Buat permulaan boleh le kita main sikit2 dulu

  2. Mohd Avatar

    saya rasa ramai yang tak perasan dengan simpanan ASB pun kita boleh jadi jutawan, saya ada buat post sikit kat blog saya boleh tengok

  3. nazri Avatar

    Setuju, ramai beginner yang berhutang untuk main saham. Merana jika tersalah langkah.

  4. yoyok Avatar
    yoyok

    bro, ade ape2 tips? sekarang ni nga belajar pasal saham nih.. tapi still tak sampai 1% pon tau.. nak bukak CDS account pon belum sure lagi.. ade ebook nak belajar ke? dari A sampai Z.. belajar dari alam maya je.. ni pon hasil dari bace Cashflow Quadrant by Robert Kiyosaki jugak lah..
    kalau ade ape2 knowledge kongsi2 la ea bro.. :)

  5. Ekspresi Ruang Avatar

    kalau full time dok dpn laptop ngadap turun naik saham, mungkin bole commit.

  6. Amin Zunaidi Avatar

    jangan main2 semasa main saham..
    main betul2 yer..
    nnti bleh dpt profit..ariff, kau main saham ape..?

  7. Nizam Ijam Avatar

    Pikir dulu sebelum rugi..keh2

  8. Rina As Avatar

    Kalau saya tak berani bermain saham, resikonya terlalu tinggi

  9. Naziman Avatar

    betul tu, kalau nak main saham guna duit yang kita tak guna. Tapi kan, susah juga nak fikir mana duit kita tak guna.. Jadi kena berfikir dengan bijak bajet duit untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

  10. tuanbri Avatar

    buang RM5,000 anda ke dalam stock market….

    kalau hilang, hilanglah…tutup mata sebelah, gosok gigi.
    hidup macam biasa.

  11. BudakSerius Avatar

    Budak bawah umur boleh main tak saham ni.haha

  12. syazwancdm Avatar

    good.
    ambe masih belajar lagi.

    macam mana pula dengan simpan and trade Emas?.
    lagi untung kan?.

    by the way, adakah simpan dan trade emas salah satu permainan saham?

  13. akubiomed Avatar

    Kalau mahu kurangkan risiko labur sahaja didalam Unit Amanah yang diluluskan syariah. Ada sesetengah Unit Amanah menawarkan insuran untuk pelaburnya.

  14. MyKeyPad Avatar

    Aq 1% pn xtw ttg saham ni. . .harap bro Ariff tulislh nti ttg cra nk main saham utk newbie tahap dewa cm aq ni. . .

  15. dwarfhammies.org Avatar

    Betul sekali tu… pakai uang yang tak guna biar gak stress kalo gagal.

  16. Nine Avatar

    Mmg betul pun, xleh guna duit yg nak di guna, teringat dulu zaman ayah saya duk main saham, tahun 1994 paling top n banyak org main saham.

  17. Izzat Aziz Avatar

    Kalau dah bekerja atau mempunyai pendapatan tetap, selalu buat simpanan yang berlainan. Dan salah satu simpanan, ada simpanan untuk investment. Jadi kalau nak invest dalam apa-apa benda pun guna duit yang dikhaskan untuk investment, duit simpanan lain, atau duit yang dipegang jangan di kacau, baru terjamin, walau apa pun berlaku dalam investment.

  18. azmanisma Avatar

    Ada duit lebih boleh lah main kalau pandai..

  19. Azman Avatar

    Ada duit lebih boleh ler hehehe..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      sikit2 je.. nak belajar punya pasal

  20. Rohaizad Yusoff Avatar

    Bro Ariff, saham ni ok ke?Ada baca yang hukumnya harus, ada yang haram..huhu

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kenapa nak haram pulak?

      1. Denaihati Avatar

        Kalau tak nak ada rasa was was pilih lah syariah kaunter yang telah tersenarai.

  21. eyriqazz Avatar

    huk3..masalahnya masih blom ada duit yang taknak guna..semua nak guna….lebih2 lagi tengah kumpul duit untuk pembelian rumah ketiga…..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      wow. rumah ketiga. kalau ikut ajaran kiyosaki, main saham ni untuk besarkan capital kita utk pembelian aset lain, macam rumah ketiga tu la..

      tapi tu semua terpulang kepada diri sendiri macam mana nak uruskan duit. semua orang berbeza