
Bila terbaca tajuk berita ni utama di dada akhbar hari ini, saya rasa ada sedikit kebodohan pada mentaliti orang yang macam ni. Konsep dia mudah, kalau dah pinjam duit orang, sila bayar balik.
Hari tu dengarnya ada kempen nak boikot pembayaran PTPTN. Jangan bayar katanya. Ramai yang sokong suruh orang yang berhutang ni tak payah bayar. Ni pun lagi satu kebodohan iaitu menggalakkan penghutang ni supaya tak membayar hutang mereka. Rosak.. rosak.
Memanglah ada parti politik tu kasi janji pilihanraya nak hapuskan hutang PTPTN. Tapi selagi mereka tak menang dan mengubah polisi, hutang tetap hutang. Kena bayar. Simple common sense.
So get this. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Hutang kena bayar, tak kisahlah siapa pun anda. Jangan sesekali ada mentaliti bahawa hutang boleh dibuat-buat lupa. Tak taulah Datuk ni buat apa dengan duit yang dipinjam daripada Ah Long tu sampai tak boleh bayar balik, anda sememangnya gagal dalam pengurusan wang, tak layak bergelar tokoh perniagaan.

Comments
32 responses to “Kalau Dah Pinjam Duit Orang, Sila Bayar Balik”
hutang kena byr.. Xbyar, jumpa la kat ‘sana’
jangan pinjam along, nanti bahaya jadi byg2, duk ikat kita.
hutang duit dibawa mati… hutang duit pun di bawa mati..
Kalau org utang, dan dia kata susah blum mampu byr.. Tp di rumahnya asik tambah brg, pakai line internet yg plg mahal (keje bese je,bkn perlu internet superpower), siap buat open house raya ni, perlukah kita halalkan utang tu sbb dia ‘susah’?? Tp ms bg pinjam tu mmg dia tgh susah sgt2,jd skrg dah redha je la kalau x dpt blk. ( Slmt hari raya ariff,maaf atas segala salah silap terlanjur bahasa)
Ada sesiapa yang ada petua/doa kutip hutang?
aku pernah nampak khidmat kutip hutang cara halus.. tak tau laaa camner
Bila pinjam along ni, rumah tangga boleh cerai berai dan hidup tak tenteram. Asyik pindah randah ke tempat yang dirasakan selamat.
Anak-anak yang bersekolah pun menerima musibah. Takut untuk datang ke sekolah. Kadang-kadang hadir, kadang-kadang tak hadir. Kesian betul, banyak ketinggalan pelajaran.
teringat kisah aku meminjam Along..sengsara hidup..kenkawan pinjam adalah 2-300 ringgit lagi tak bayar..halalkan aje lah
Datuk tu buat meniaga la tu. Kadang2 peluang meniaga tu tup-tup je datang, duit modal lak xbape nak cukup, so pinjam along senang xbyk kerenah. Sekali bisnes tak smooth, maybe perlukan masa lebih panjang tuk mula dpt untung..
Jangan disebabkan hutang akan menyebabkan kita susah ‘disana’ (peringatan utk diri sendiri).
Kalaulah kawan2 bayar hutang boleh beli rumah double story … tapi gitulah manusia selalu terlupa dan kita nak ingatkan pun dah naik malu …
betul tu bro…kalau nak di ikutkan kawan-kawan hutang memang byk..sejak di bangku sekolah menengah..lepas kawin ni jer tak ada org nk berhutang..ingt kita ni kaya sgt..tapi fikir dia tu kawan kita, tolong la setakat termampu..tapi bila aku susah, ada diorang kisah????sedih sgt bila ingt peristiwa mcm ni..kalau aku kaya, ok fine..aku halalkan je..ni nak makan hari2 pun mikir..hutang tetap hutang…uwwaaaaaa….
Bab ni saya setuju Hutang tetap hutang.. WAJIB kena bayar.. kalau macam tu.. esok saya pinjam duit u janji nak bayar.. tapi saya cabut tak mau bayar.. tahu2 orang jumpa saya mati kena kelar je nanti.. huhu
hutang memang patut dibayar…
Ada 3 orang rakan saya x mau bayar hutang lagi. Hampir Rm 1k gak la total dipinjam.. Sabor je laaaaa…
Tiga Org Hampir RM1K … Sy pulak seorang RM1.7K. (Sy Halalkan). Sorang Lagi RM400 (Tetapi bermati2 an kata hutangnya RM300. Sy halalkan hutangnya – terpulanglah pada dia kalau dia kata 300, 300 lah halal. Kalau dia kata 400, 400 lah halal). Dua orang lagi hutang RM100 ( RM100x2 = RM200) tak bayar. (sy halalkan). Sorang lagi hutang RM300 (sy halalkan : tak kenal pun jumpa kat masjid) Kenapa saya halalkan ??? SAKIT JIWA mengenangkan hutang yang diorang pinjam TAK BAYAR nih. Prof Dr Muhaya cakap setiap malam maafkan orang, Insya – Allah jiwa akan tenang. Ikhlas cakap, saya pun berhutang jugak tetapi bukan dgn orang : Dgn BANK-BANK. ada jugak yg terkantoi tak bayar dan bank akan bertalu-talu telefon kita. Kalau insan-insan di atas membayar hutang mereka, saya dapat selesaikan sekeping kad kredit . Untuk pengetahuan, semasa sy menaip ini Citi Bank telefon tapi saya tak angkat. He He He.
owhh byk giler tu…macam tu pun boleh sabar lagi..adoiii…
hutang along sangat merbahaya…
Sy hampir2 terjebak dgn hutang ah long. Ceritanya mcm ni … duit poket sy tinggal tak sampai RM10 (dok menghitung hari bila lah nk masuk gaji). Tetiba dpt sms dari bekas rakan sekampus hendak pinjam RM1,600. Kesian sy mendengar musibah yang menimpanya. Pada masa itu ketiga-tiga kad kredit sy sudah tepu, maka tidak dapatlah sy mengeluarkan wang tunai. Sy pun bercadang hendak pinjam ah long RM2K dan beri kawan sy RM1,600. Sedang sy berkira2 mana ah long yg hendak dipinjam … iklan ada tertampal di merata2 tempat. Mereka akan menyimpan kad bank gaji kita sehingga hutang langsai. Masalahnya ialah, adakah ada jaminan setelah RM2K +++ riba melampau, ah long akan pulangkan kembali kad gaji kita ?? Itu yg merunsingkan fikiran sy. Akhirnya sy mengambil keputusan untuk tidak meminjam Ah Long dan meminta maaf kepada kawan sy yg ditimpa musibah itu kerana tidak dpt menolongnya. Sabtu lepas sy menonton cerita Anak Halal : sy beristighfar .. buruk padahnya hutang ah long ni. Fuh !!
Datuk sekarang bukannya betul banyak yang beli bila depa tersepit mulalah nak kencing orang biasa macam kita
Sudah tentu pinjaman bukan sedikit memang kena sembelih dengan lintah darat jawabnya.
tu la pasal kalau buat pinjaman kena selidik betul2…kan2??
Tak bijak guna hutang camtu laa…
Bahaya berhutang dari along, tolong jangan amalkan..
betul. jangan pinjam along. elakkan. tapi kalau pinjam siapa siapa pun, wajib bayar semula :)
Datuk tu pinjam duit utk beli gelaran Datuk kot.
dengan harapan bley dpt projek masyuk2.
sekali tender pon kena reject, Ahlong plak dok cari.
padan muka. huhu
hahaha…ada jugak macam ni ke???macam2 la manusia ni..
@samzahri
Agree. Selalu yg aku kena dgn org yg pinjam duit ialah penghutang buat buat tak ingat dan melambat lambat kan duit hutang. Kenapa kita pulak yg ter hegeh hegeh nak mintak balik?
setuju sangat2 dengan entri..kalau dah berhutang tu sila la bayar..walaupun hutang PTPTN sekalipun..time nak meminjam boleh pulak kata mampu nak bayar balik..time suruh bayar buat liat pulak..ragam manusia
betul sangat2 tu ariff… nama pun hutang kena lah bayar….
ni lah orang kata “rumah batu dinding berlian, hutang bank/ah long berkoyan koyan”….
Kalau dah hutang kenalah bayar. Nanti siapa nak jawab masa akhirat nanti?
hutang memang kna byr, klau blh jgn senang2 nak berhutang
siapa suruh pinjam along. pinjam along ni bahaya, bukan je bankrup tapi nyawa boleh tergadai.