Idea gila dan inovatif ni datang minggu lepas. Saya Google untuk idea yang sama, ada satu website je guna konsep tersebut, tapi mereka tak gunakan Pacman daripada Google. Yes! Means, idea ni boleh kata yang pertama di dunia (perasan sendiri).
Jadi bermula daripada hari Jumaat, saya bertungkus lumus cuba untuk menyiapkan projek ini. Konsepnya mudah. Biasanya orang yang masuk ke sesebuah laman web melalui URL yang tak wujud akan sampai ke sebuah page yang dinamakan page 404. Fungsi asas page 404 ini adalah untuk memberitahu page tu telah hilang, tak wujud atau URL salah.

Tak salah menambah fungsi pada sesuatu, betul tak? Jadi saya masukkan permainan Pacman di page tersebut. Kenapa page tersebut? Supaya orang yang cari sesuatu kat sini, tapi tak jumpa boleh menghiburkan diri dengan Pacman. Selain tu, URL bebas, tak perlu orang ingat.
Plugin Pacman tu dah ada dalam senarai plugin WordPress. Dengan sedikit pengubahsuaian CSS dan PHP, maka berjayalah saya dengan kacaknya memasukkan Pacman di page 404.
Saya pasti anda pun kreatif. Boleh fikirkan benda lain untuk customize page 404 anda. Kepada yang tak faham cara nak akses page tersebut adalah, https://ariffshah.com/Masukkan apa sahaja perkataan sesuka hati anda-. Test sendiri dulu, baru faham.
P/s: Kalau nak main dengan adik/abang/kakak/makwe/pakwe/bini atau dengan sesiapa sahaja, klik “Click here to play” tu 2 kali.

Comments
26 responses to “Kalau Bosan Main Pacman”
malaysia ptt develop game PakMan plak lps ni.
kreatif tu,tak terpikir pulak idea camne.. :)
memang kreatif la cara ni
Setakat ini saya belum mengoptimumkan pengunaan page error 404.
suke gile dgn pacman..
boleh addicted!
pasni ariff masuk kan lak game mario Bross pulak eh….hahaa
setakat ni aku tak sesat masuk blog ni. jadi, takde peluang lagi nak main game pacman tu. hoho..
Lepas ni boleh lah buat2 tersesat. hahah
haha, cool ariff, setidaknya kalau aku sesat kat blog orang lain. dia letak troll, skull , coding apa ke semua tu..ni best..layan..:D
bleh lak wat camtu ea.. hahah
idea yang baik.. mana2 yang tersesat tu tak la malu sebab salah taip walaupun takde orang tengok.. nak cover buleh main game pacman dulu..
Mak oi susahnya pacman…main pun asyik mati je xD
dapat highscore nanti submit. saya akan buat senarai kat situ
dah main!haha.kreatif betul.nice2.
NIce. dah cuba main. silap haribulan boleh ketagih.
aku baru lepas main Pacman kat 404 blog ni.. hehe..
p/s: commenluv tak berfungsi ke?
eh. pelik.. sepatutnya ok je…
aku punya ok je…:)
gila creative. hehe. suka gila main pacman. simple tapi buat orang ketagih.
kalau bosan saya pun main kat sini. Pastu tergelak sorang2..
idea yang kreatif, tak pernah jumpa lg org letak game kat page 404
hebat la…
tips bounce rate ni.. kekeke
secara tidak langsung, boleh dikatakan macam tu gak.
Lama sudah tidak main game pacman.. dulu2 kalau masa lunch jer
for sure kena sekali 2 game pacman.. memang tgh gilor main game nih.. hik3
kreatif tu,tak terpikir pulak idea camne
Gigih beliau neh.
XD