Kadang Kadang Tak Salah Kalau Tak Update Blog

Sejak kebelakangan ni banyak je halangan aku nak update blog. Dengan trajedi (chewah~) yang menimpa diri aku, dengan semalam sakit kepala/pening menyerang aku dan kemudahan internet yang dah mula nak buat perangai, susah aku nak update blog. Tapi kan, aku tengok subscriber/follower bertambah pulak walaupun aku tak update. Jadi aku ucapkan selamat datang kepada yang baru sahaja mensubsribe blog ni, semoga dapat memberi manfaat kepada korang ah. Kepada yang concerned (ada ke?)pasal apa yang telah terjadi  tak perlu risau. Hehe.. Biaselah. Manusia ni tak boleh la happy je sepanjang masa, ada time dia emo gak. Kalau happy je ada mental problem la tu..

Hari ni aku ponteng lecture science politic. Rasanya takde guna aku pergi kalau tak faham. Semalam kelas tutorial sepatutnya kena buat kerja, sekali lecturer tu tak minta pulak. Huhu~ Selamat. Classmate aku study benda alah tu tiap-tiap malam sejak dari weekend lepas (dan aku tak paham apesal) kemain semangat dia study. Last-last cikgu tu tak minta pun budak foreigner buat kerja tu. Wakaka~ Lantak ko ah. Memang dari dulu lagi mamat ni skema sangat. Subjek-subjek teras (culture, sociology, psychology) untuk budak Russian ni yang dia sebok sangat nak study. Ntah paham ke tak tu.. tapi confirm ah tak paham. Jadi mengapa study?

Petang ni ada training basket. Aku sebagai presiden kelab basket kena jadi coach pulak hari ni. Ades~ Aku tak tau la nak coach satu team. Kalau train sorang-sorang boleh la. Ni satu team memang terkial-kial la aku sorang-sorang nanti.. Minggu ni dah start dah training basket. Bulan depan mungkin ada friendly dan mungkin jugak ada tournament. Lawan ngan budak medic. Tangan aku tak fully recover lagi bai~ Macam mana nak main?

Aku dengar kat Malaysia sekarang panas menggila. Ye ke? Cik Shafaza tak habis habis mintak kirim salji 5 kilo. Nah aku kasi salji.

Cukup tak?

Korang nak apa? Bagi tau aku. Ada nanti aku kasi. haha~


Posted

in

by

Comments

14 responses to “Kadang Kadang Tak Salah Kalau Tak Update Blog”

  1. zuez Avatar
    zuez

    NAK..nak ..nak…nak…

  2. hanna akmal Avatar

    em samela..da lame xupdate..sibuk dengan kehidupan fizikal..hehe
    *caught up*

  3. zik Avatar
    zik

    takpe….kadang-kadang sibuk dengan asmt ke, exam..nak buat mcam ne..
    .-= Cerita terbaru zik.. Perkara-perkara Sunat Hari Jumaat =-.

  4. Lord Zara Avatar

    Yeah!
    Sayang Ariff Shah lebih!
    Hehehe~
    Ni lebih 5 kilo ni.
    Bukan setakat ABC, mandi salji dan tidur salji pun boleh!
    Hoyeah!
    Hoyeah!
    Ariff, kalau sakit, jangan main lenyak sangat~
    sikit2 sudah beb~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Bila Kamu Jumpa Kebahagiaan Yang Kamu Laungkan Tidak Pernah Dapat Dengan Aku, Aku Tumpang Gembira Dan Sujud Syukur. =-.

  5. maisyara Avatar
    maisyara

    relax2 sudah.. tk smsti yea kne update slalu kn? :D

    nk kirim ape yeah? hehe..^^
    .-= Cerita terbaru maisyara.. aku nak MERANTAU. nak berlajar silat boleh? :P =-.

  6. iyllienaz Avatar
    iyllienaz

    haha..bg picture salji je??
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. konsert satu suara ‘aizat, faizal tahir dan siti nurhaliza’.. =-.

  7. aboi Avatar

    memang panas cuaca sekarang..
    kalau boleh aku pun nak salji 5 kilo..
    .-= Cerita terbaru aboi.. Lelaki..Perlu ke jadi GENTLEMAN?? =-.

  8. alan Avatar
    alan

    tragedi la..bkn trajedi…anyway syabas dpt pgang title hebat dlm club basket n jadi coach

  9. flygurl Avatar

    kt Malaysia mmg tgh panas skrang ni…

  10. mknace Avatar

    nak salji jugak..
    johor panas menggila ni..

  11. zuls Avatar

    rileks bro .. tak semestinya nak kena selalu update blog, utamakan yang utama : )
    .-= Cerita terbaru zuls.. Artikel Pertama di Bukisa =-.

  12. Wan Perlis Avatar

    ada blogger update blog dengan post lirik lagu.huahaha
    memg panas..suhu kat kampung aku cecah 37 darjah celcius.
    paling tinggi kat malaysia.
    menurut ramalan kaji cuaca panas ni sehingga hujung Mac
    .-= Cerita terbaru Wan Perlis.. Artis Kita Semakin Bangang – suam-suam kuku =-.

  13. Kadang Kadang Tak Salah Kalau Tak Update Blog | blog.ariff…

    Hari ni aku ponteng lecture science politic. Rasanya takde guna aku pergi kalau tak faham. Semalam kelas tutorial sepatutnya kena buat kerja, sekali lecturer tu tak minta pulak….

  14. Faiz Rev Avatar

    kirim ak moscow snow globe satu

    (hobi mcam mak sylar. haha)
    .-= Cerita terbaru Faiz Rev.. Graduation =-.