Susah nak apply kad kredit sekarang ni lebih-lebih lagi kalau gaji tahap fresh grad. Even dengan statement perniagaan sekalipun (income masuk on paper melayakkan untuk apply) bank masih lagi bagi pelbagai alasan untuk me-reject permohonan kad kredit. Itulah sebabnya saya memilih laluan bekerja makan gaji dulu supaya mudah nak mohon fasiliti macam ni.
Bila cakap pasal kad kredit, ramai orang Melayu pandang serong dan hanya nampak pada negative side kepada kad kredit iaitu kumpul hutang. Jadi bila awal-awal dah ada mindset macam tu, memang kalau mereka ni dapat kad kredit pun mereka akan gunakan kad tersebut untuk kumpul hutang.
Mindset macam ni sama macam main saham. Cakap pasal saham, orang kita mesti terus terbawa kepada mindset bahawa saham ni risiko tinggi dan boleh cepat hilang duit (memang betul pun). Tapi kalau mindset tu diubah kepada yang lebih positif dan oportunistik, pasti anda akan menemui cara untuk menjadikan pasaran saham sebagai bank anda.
Tak tau nak buat apa dengan kad kredit ni. Buat masa sekarang, saya hanya nak ambil kesempatan terhadap apa-apa kelebihan yang datang dengan kad kredit ni. Memang banyak sebenarnya dan kalau digunakan dengan betul mengikut keperluan, boleh memberikan lebih nilai dan penjimatan.
Will write more on this in the future.


Comments
37 responses to “Kad Kredit”
Kebijaksanaan menguruskan penggunaan kredit kad. Kalau belanja diluar kemampuan itu yang menyebabkan masalah.
Komen-komen yang diberikan oleh pengguna kad kredit boleh dijadikan panduan mengunakan kredit kad secara bijak.
penting gk ada kad kredit ni esp utk beli tiket flight atau book hotel. dan plg penting dpt guna time kecemasan.
cc untuk emergency…tp Ustaz Zaharauddin kata cc ni haram sbb interest…fikir sendirilah
1. Saya dah pakai kad kredit sejak zaman student, sudah lebih 9 tahun. Kad kredit memang bagus untuk buat bayaran online. Contohnya, kalau kita tak puas hati dengan barang tu, sebagai consumer kita ada rights untuk return barang dan dptkan duit kita semula. Selalunya bank akan hold duit kita about 10-30 hari. Kalau bayar cash, susah nak minta duit semula.
2. Attitude kena betul. Kita guna kad kredit utk mudahkan urusan bayaran, bukannya sebab TAKDE duit.
3. Pay your bank on the same day you made the purchase, don’t delay.
4. Orang yang guna kad kredit tapi takde duit, biasanya orang yang tak mahir cashflow. Pengasas IKEA, tak pernah gunakan kad kredit. Rumahnya dan kereta 40 tahun dulu tetap sama. What a nice attitude?
Fikri
Sekiranya anda mempunyai kad kredit, anda hendaklah menjauhi cabutan bertuah. Ini kerana anda akan mendapat barangan yang lumayan. Orang yang memberi cabutan akan terkejut beruk dan menelefon bossnya dan telefon akan diberikan kepada anda dengan pertanyaan : adakah anda mencabut sendiri cabutan atau dibantu atau anda mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pekerjanya. Natijah akhirnya, kad kredit anda akan diswipe bagi hadiah cabutan bertuah yang kononnya percuma.
saya salah seorang yang pernah terjebak dgn hutang kad kredit, memang seksa bila dah terkena mcm tu, org bank asyik call2, memang tension, skrg ni baru la ok, pakai satu je untuk kes2 emergency, apa2 pun memang kena ada displin dengan pengurusan kewangan yg baik kalau nk pakai kad kredit ni. kalau jenis boros dgn shopahollic di nasihatkan tak pyh la, dah ramai member2 yg terpaksa ke AKPK di sebabkan masalah hutang kad kredit.
kad kredit memang membantu.. tapi kalau tak displinkan diri.. leh jadi kelauuut.. tu yang ramai muflis muda.
Sekeping takpe tuk emergency, tp lepas swiped sila la bayar utang ikut tempoh ditetapkan. Then takyah la ngengade buat cash advance. Bila makin dewasa, kene charge sana sini singgit dua macam takpe tak bernilai tapi kalo fikir mendalam, di situ lah kita pengguna berterusan dirompak setiap hari setiap bulan setiap tahun.
nama pun kemudahan, so kalau kita gunakan dengan bijak sudah tentunya memudahkan….
kalau mampu byr blh guna kad kredit.pilih yang ade rebat dsbg.slalu guna kad kredit ni untuk isi minyak dan mkn piza..hehe..dapat diskaun..
Sebelum memohon Kad kredit pastikan apakah keperluan kita memohon. Jika ingin memenuhi keperluan untuk berhutang baik lupakan kad kredit. Jadikan kad kredit sebagai satu kemudahan yang diberikan oleh pihak bank. Tapi malangnya kita sering menyalahgunakan kad kredit…
Ada kebaikan dan ada keburukan.semuanya dah jelas komen diatas.
Tentang mindset tue betul…
Aku pun kadang2 camtu gak..
Alaaa~ guna Debit Card je.. manual topup guna online/atm.. baru tak bazir duit kalau dibandingkan dengan kredit kad :P
Antara kelebihan kad kredit. Blh beli barang secara ansuran tanpa faedah (0% interest ezy pymt). Dpt brg hrga tunai i/o hutang
salam! masalah kad kredit ni masalah attitude. boleh saja nak pandang daripada side yang positif, malangnya benda-benda macam ni bukannya semudah mengubah mindset saja. itu cuma perkara pertama (mengubah mindset), kemudian perlu dilanjutkan dengan belajar. berapa kerat sangat yang nak belajar hal ehwal kad kredit? aku tak pakai kad kredit, gaji aku kecik. salam dude.
Kad kredit ni penting, lebih2 lagi kalau nak bawak awek makan kat hotel.
Mana mampu nak makan kat hotel
Sebab tu kena pakai kad kredit nak bagi mampu..
Teringat pula buku WTF yang mengisahkan kisah beli rumah dengan kad kredit. ;)
Satu contoh penggunaan kad kredit yang bijak
Sebenarnya kad kredit nih banyak kelebihan + kebaikan + keburukan Suka guna utk yg penting2 mcm booking flight + travel = bonus + insurance barang2 hilang + flight tiba2 delay dapat cover lagi u.. Itu yg best.. Sometime pergi holiday stay hotel pun boleh guna point..
Kita patut gunakan kad kredit untuk mengurangkan risiko kehilangan tunai dan sebagai option pembayaran. Kadang perbelanjaan kita agak besar di hipermarket sampai RM300 atau RM400 maka elok di bayar dengan kad kredit kerana akan dapat pengurangan 5% (Promosi kad kredit) Sekiranya dicampur perbelanjaan sebulan boleh mencecah RM1,500 termasuk perbelanjaan untuk petrol. Jadinya guna lah kad kredit utk dapatkan barang dengan lebih murah.
Kad kredit boleh menjadi kawan kepada kita sekiranya kita pandai memanfaatkannya.. Sebaliknya ia akan menjadi Ceti moden yang sangat ditakuti sekiranya kita tersilap langkah menggunakannya..
Untuk menjadi seorang pengguna kad kredit “yang baik” kita perlu pendai mendisiplinkan diri kita.. Ia itu berbelanja denga berkhemah.. dan bayar bil kad kredit sebelum dikenakan Interest.. ;)
Tak bisa komentar banyak, karena belum pernah punya Kad Kredit…
Saya ada kad credit,tak ada masalah kalau gunakan dengan bijak,tapi sekarang banyak orang muda yang muflis sebab tak tahu nak kawal perbelanjaan.Saya guna bila kereta rosak dan waktu2 kecemasan.
Paling penting kena guna dengan akal bukan dgn nafsu :)
Kalau fikir positif banyak kelebihan guna kad kredit ni, 6 tahun lepas dah guna kredit kad dan stop sekejap sbb masa tu tgh bujang, x mampu nak kontrol nafsu membeli
Dan pakai balik hujun tahun lepas sbb maybank offer kredit kad tanpa perlu kita apply.
Sekarang gn secara berhemah, dpt cash back setiap bulan, point pun byk bila gn kredit kad utk byr bil2..dan bulan lepas menang rm100 dr pihak bank
Yg penting masa nak swipe fikir ttg amount tersebut mampu byr atau tak selepas dpt statement kredit kad
dah pakai kad kredit ni, disiplin kena jaga la. Belajar control nafsu… hehe
org skrg guna kad kredit je, tak bwk cash kat dompet dah..
mgkn realiti di luar negara, di malaysia belum tahap cmtu lagi kot..
Kebaikan cc utk org muda, bla start guna tp dgn syarat msti scara brhemah, rekod ccris dh ada.. Sdkit sebyk mmbntu credit score bla nk apply housing loan etc
Peringkat awal dapat kad kredit memang nak guna bila perlu je..tapi bila dah rambang mata tengok pelan beli gajet yang zero %..hhmmm..hilang niat masa mula2 dapat kad tu..
** Aik? Mcm pernah jadi kat aku je?.. :-D
Biasalah tu. Kena betul-betul disiplin kalau ada kad kredit ni
Sentiasa fikirkan yang positif-positif je. Apa pun benda, kalau dilihat dari sudut negatif ia akan jadi negatif. Samalah macam pisau, kalau buat potong sayur itu positif tapi bila buat potong telinga orang jadilah sebaliknya. Cuma nak kena berhati-hati dengan kad kredit. Rata-rata anak muda muflis disebabkan oleh kad kredit.
boleh dpt points. kadang2 dapat cashback lagi. cewah aku macam pernah guna plak.tak pernah tapi tau la sikit2.
Baru je dapat mesej dah application dan approved. tapi tak tahu bila dapat. setakat ni fikir, nak guna kad kredit bila time terdesak terutama tiket emergency untuk balik semenanjung.
Sekarang ni kat mana ye?
kat sabah je..haha