Kad Kredit Dan Deposit Beli Rumah

Reading Time: 2 minutes

kad kredit

Bagi mereka yang baru setahun dua bekerja, nak kumpul duit deposit beli rumah bukan mudah. Deposit satu hal, legal fee dan stamp duti lagi? Dua benda tu makan ribu-ribu jugak. Berapa sangat yang dapat dikumpulkan dalam masa tak sampai tiga tahun kalau gaji RM3,500 sebulan.

Satu tips yang dikongsikan oleh Faizul Ridzuan dalam buku WTF – 23 Hartanah Sebelum 30 ialah dengan menggunakan kad kredit untuk mengumpulkan duit. Caranya mudah je.

Perbelanjaan orang disekelilingnya dikumpulkan di dalam kad kredit miliknya. Contoh, kalau ada rakan nak beli laptop, dia ambil cash daripada rakan tadi dan bayarkan laptop tersebut menggunakan kad kredit.

Dengan cara ni, dia boleh mengumpulkan jumlah tunai jumlah tunai yang sama dengan had kad kreditnya.

Mungkin ada yang bertanya, interest tu nanti macam mana? Kadar faedah kad kredit ni tinggi.

Untuk lari daripada membayar interest, gunakan perkhidmatan pemindahan baki (balance transfer). Sekarang ni, Maybank ada tawarkan perkhidmatan pemindahan baki tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Maksudnya, kalau pindahkan hutang RM12,000 daripada kad kredit lain, bayar jelah RM1,000 sebulan untuk langsaikan hutang tadi.

Tiada faedah dikenakan pada ansuran bulanan tadi jika dibayar penuh. Kalau bayar RM500 sebulan, yang baki RM500 tu akan dikenakan faedah pada bulan hadapan dan bulan-bulan seterusnya.

Dengan cara ni, dapatlah percepatkan pengumpulan wang tunai untuk membeli rumah, tak kiralah samada nak bayar deposit atau legal fee.

Walau bagaimanapun, kaedah ni sesuai untuk mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke atas sahaja. Yang gaji bawah daripada tu, dinasihatkan supaya buat perancangan betul-betul dahulu sebelum gunakan kaedah ni.

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah kelayakan loan anda bila dah gunakan kaedah ni. Secara asasnya, bagi mereka yang mempunyai kad kredit dan nak apply loan rumah, adalah sangat digalakkan untuk mengurangkan baki hutang kesemua kad kredit anda di bawah paras 50% had kredit supaya permohonan loan mudah diluluskan.

Jadi, waktu paling selamat nak gunakan kaedah ini adalah selepas loan anda diluluskan dan anda dah sign loan offer letter dari bank. Agak berisiko kalau gunakan kaedah ni sebelum mendengar apa-apa cerita tentang kelulusan permohonan loan anda.

Untuk golongan pertengahan, kad kredit adalah sesuatu yang sangat berguna sekiranya anda bijak menggunakannya. Kad kredit tak jahat, yang jahat tu adalah nafsu anda nak berbelanja tak sudah.


Posted

in

by

Comments

17 responses to “Kad Kredit Dan Deposit Beli Rumah”

  1. Mazni Azmi Avatar

    Pisau taj jahat. Yang jahat perompak dan penyamun saja.

    Chef guna pisau untuk masak.

  2. emalinmohd Avatar

    Kad kredit tak salah yang salah orang yang pakai kad kredit. Tapi duit plastik ni memang kena disiplin tinggi. Takut hutang je lebih nanti.

  3. ohcikgu Avatar

    dah tak pakai kad kredit dah.

    semua kad debit je sekarang.

  4. Ani Haryani Avatar

    Setuju dengan perkataan ni:

    “Kad kredit tak jahat, yang jahat tu adalah nafsu anda nak berbelanja tak sudah”

    Info yang sangat berguna, Terima Kasih :)

  5. raihanah Avatar

    tapi kena hati2 jugak la dengan guna kad kredit ni

  6. azreena Avatar
    azreena

    Saya nk minta pendapat ..adakah bagus utk keluarkn akaun 2 epf setiap tahun utk bayar loan rumah coz next year gst dh naik. Nk tau cara yg berkesan dn cepatkn loan rumah.tq

    1. Ariff Avatar

      GST tak kacau loan rumah sedia ada. Yang ada kesan hanyalah pada harga rumah baru yang bakal dibina.

  7. akubiomed Avatar

    Mengumpul duit deposit untuk mereka mula bekerja mungkin bermasalah tetapi ini adalah satu cara alternatif.

  8. eyriqazz Avatar

    Betoi2..saya antara yang tak bijak menggunakan kredit kad…almost 10 tahun menggunakan, ambil jalan potong both…satu dah habis bayar, one more to go…

    Hati lebih tenang tanpa kredit kad..Alhamdulillah…

  9. myrujukan Avatar

    menarik juga idea ni ariff, dapat cash, dapat point dan transfer balance untuk 0 interest.. :)

  10. Afiq Avatar

    Salah satu idea bijak dari buku WTF.

    Saya suka idea ni. Tapi kepada yang nak guna idea ni, macam Ariff cakap, kena rancang betul-betul. Ada risiko. Ada pro & con

  11. razis Avatar

    Disiplin kena tinggi kalau nak guna kaedah ini. Kalau iman tak kuat, memang terjebak dalam kancah hutang yang membebankanlah jawabnya.

    Cari ilmu secukupnya tentang teknik ini lepas tu baru gunakan.

  12. Ammar Avatar

    Tak faham lah pasal ni. Sebelum ni dah baca buku WTF tu tapi masih tak faham lagi. Macam mana ek? Sorry slow sikit pasal ni.

  13. siti hazreen Avatar

    Saya xberani lagi guna kad kredit

  14. ciko Avatar
    ciko

    Kad kredit? Please la jangan galakkan orang pakai kad kredit. Ya, memang itu hanya cadangan untuk permudahkan pinjaman sana sini, tapi ingat, TERSANGAT RAMAI ORANG GAGAL DALAM SINDIKET KAD KREDIT NI dan berapa RAMAI YANG MUFLIS DISEBABKAN KAD KREDIT?

    Ariff, bagi saya tidak setuju atas cadangan ini. Sangat berisiko. Nak berdisiplin nak bayar kad kredit tu lah yang membunuh terutamanya orang-orang muda baru nak rasa pegang duit gaji.

    1. Ariff Avatar

      Macam saya cakap, kad kredit ni ok je, yang tak ok orang yang gunakan kad kredit tu.

      1. fazrol Avatar

        Ciko tak baca habis kot..

        Cara nie untuk orang yang kuat iman saja.. ha aha h