Jual Beli Barang Di 1Tradezone.My

Reading Time: 2 minutes

Pihak 1Tradezone.My telah berbesar hati untuk menjemput aku mereview laman web diorang. 1Tradezone.My adalah sebuah online marketplace baru buatan Malaysia yang menawarkan medium untuk pengguna mengiklan barang untuk dijual dan membeli barang yang dijual di sana. Di samping itu, terdapat juga iklan jawatan kosong atau kerja-kerja sambilan yang diletakkan oleh syarikat-syarikat tertentu.

Kemudahan Mengiklan Produk

Nama, email, no. telefon & poskod. Itu jer. Senang kan?

Satu kelebihan menggunakan 1TradeZone.my adalah interface laman tersebut yang mesra pengguna dan simple. Tak payah nak register dengan particulars yang sangat terperinci (no. IC, alamat, bla bla bla). Isikan maklumat tentang produk yang hendak diiklankan, upload gambar dan submit. Pihak 1Tradezone akan membuat pemeriksaan terhadap iklan tersebut (untuk mengelakkan spam) dan akan meluluskan iklan tersebut sekiranya semua maklumat cukup. Aku dah try sendiri dan tak sampai 5 minit dah boleh submit application, berbanding laman lain yang jauh lebih leceh untuk mengiklan produk.

Biasanya pihak 1Tradezone akan mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam untuk meluluskan atau menolak permohonan untuk mengiklan. Benda macam ni kenalah jaga untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini. Kena tapis gak iklan yang masuk. Iklan akan kekal di laman tersebut sehingga 2 bulan.

Percuma

Iklankan produk anda secara percuma!!

Pengiklanan produk di 1Tradezone adalah percuma. Yes, sekarang ni laman lain yang seumpamanya ada yang dah mula mengenakan bayaran kepada pengguna mereka. Buat apa kita guna perkhidmatan yang berbayar kalau kita boleh dapat perkhidmatan yang sama dan lebih baik dengan percuma di tempat lain kan?

Kadang-kadang nak jual preloved items je, tapi kalau dah sampai kena bayar macam tak wajar pulak.

***

Personally aku suka fresh look 1Tradezone ni. Kalau tengok macam laman lain, rasanya template dan warna diorang nampak macam tak meriah jer. Tapi masih ada ruang untuk diperbaiki. Mungkin pihak 1Tradezone boleh menambah sikit content kat front page tu ke. Rasa macam kosong sangat pun ada gak. Tapi ni minor je, untuk laman web macam tu, paling penting adalah user friendly dan 1Tradezone memang takde masalah sangat dari segi tu.

Satu nasihat dalam membeli barangan secara online, seeloknya beli barang dengan berjumpa sendiri dengan penjual tersebut. Biasanya kalau lokasi penjual tersebut berhampiran kawasan korang, diorang ni memang sanggup hantar sendiri barang yang nak dijual tu. Satu benda yang aku gemar bila shopping online nih.

Apa-apa pun lepas ni kalau aku nak jual atau beli barang online, memang pergi ke 1Tradezone jelah.

Lawati 1Tradezone di:

URL: 1Tradezone.my
Facebook:
1Tradezone.my


Posted

in

by

Comments

23 responses to “Jual Beli Barang Di 1Tradezone.My”

  1. mamat Avatar

    1tradezone the best….1 love u…
    good luck my brother..

  2. Luth Textile Avatar

    salah satu pesaing mudah.my haha

  3. L.Y.N.N Avatar

    mnarik!
    boleh la nk trade kan ape2 yg ptot..=)

  4. emysahaja Avatar

    tanx for sharing !
    support website malaysia!

  5. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    penah baca kat blog JK…tak penah try lak sebab xde bnda nak jual…dgr kata ada lg mcm tu yakni emall network….try la tgk sndiri

  6. intankuterpilih Avatar

    kiranya kalau nak jual barang pon boleh la kat sini ek…kene try nie…thanks ariff

    1. ariff Avatar
      ariff

      Your welcome intan =)

  7. Lord Zara Avatar

    cam ada koleksi yg boleh dijual~
    tapi nanti dulu, kena hold diam2~

    :)

    aaa…aku dapat job review satu produk ni.
    tak pandai sangat, ajar aku eh nanti?

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha.. produk eh.. kena guna la baru tau apa nak cakap pasal produk tu

  8. aizatshafiq Avatar
    aizatshafiq

    nice info…
    bagus2…boleh try yang ni pulak…
    =)

  9. aizuddin Avatar

    harap2 boleh sefemes mudah nt

    1. ariff Avatar
      ariff

      mudah tu dah lama. 1tradezone ni kalau diorang maintain performance, memang takde hal punyalah.

  10. rhapsody Lin Avatar

    wow.. thankx for sharing. bes2. nk try.

  11. Zul Avatar

    Thanks for sharing this article.. Bagus la kita ada banyak site yg offer free services macam ni..

  12. Anwar Osman Avatar

    Pada pandangan aku, 1tradezone tidak cerewet jika mintak salinan IC penjual. mmgla ramai yang mampu berkata pengguna yang bijak takkan kena tipu. masalahnya masih ramai lagi pengguna yang tidak bijak dalam urusan jual-beli online ini. ciri2 keselamatan seperti ini adalah lebih baik disediakan pihak yang menawarkan ruang iklan supaya pembeli merasa lebih secure di atas pembelian mereka.

    bagi yang berminat berniaga. perkara remeh seperti menyediakan salinan ic bukanla suatu halangan sekiranya berniat nak buat duit lebih. jika anda sebagai penjual berstatus verified seller. pelanggan akan lebih yakin.

    lagi satu, sebagai pembeli jika kita memfokuskan pembelian online secara COD sahaja, bermakna pilihan kita adalah terbatas. cuba fikirkan jika saya menetap di Perlis dan ingin membeli lampu kereta yang dijual dgn harga RM300 COD di Perlis tetapi di Selangor ianya hanya dijual RM220 sahaja. Kos penghantaran pula mungkin x sampai RM20. Pasti saya dapat jimat RM60.(makan 5-6 hari nie)

    Jika adanya sistem Invois Online dalam 1Tradezone, saya pasti pengguna yang dikatakan tidak bijak juga secara automatik menjadi bijak. Penjual diwajibkan menghantar invois. Kerana, sekiranya barang yang dibeli tidak dihantar, sekurang2nya kita sudah ada bukti membayar di atas invois tersebut. Repot polis pun boleh buat kalau peniaga menipu x hantar barang. Bukti pembelian yg kukuh, invois dan resit pembayaran dikeluarkan bank.

    ( Hello, 1TradeZone.my, boleh saya mintak Royalti tak kalau you all guna pakai sistem invois online nie.. Hehehe..)

  13. faizah Avatar

    tq 4 sharing.dapatla aku promote shawl aku :)

  14. L Avatar
    L

    baguslah .. dah ade saingan dengan mudah.my yg sekarang sangat cerewet dalam urusan jual beli .. sebab dah banyak sangat penipuan .. tq for sharing

  15. denaihati Avatar

    bertambah lagi online shopping dan ruang iklan online buatan Malaysia

  16. tarmizishukri Avatar

    klu nak jual barang tak perlu daftar IC ke? Susah pulak nnti kalau seller tu tipu, tak boleh nak track.

    1. ariff Avatar
      ariff

      dalam hal ni elok la check seller tu betul2.

      Kalau tengok transaksi tu macam too good to be true, elok jangan libatkan diri la..

    2. ejiko Avatar
      ejiko

      easy for us lah nk masuk kn brg2. macam mudah.my skang syek reject. siap mtk salinan ic. wat de. bnda2 online cmni semua atas tangungjawab sndiri. pengguna bijak xkn kena tipu. dont easy trust another person. buat kate review atas better COD means cash on delivery. cheer~