Jangan Update Blog Depan TV

Reading Time: < 1 minute

Susah sebenarnya kalau nak buat kerja depan tv ni. Bagi saya, sekurang-kurangnya tv perlulah ditutup sebelum memulakan apa-apa acara mengupdate blog. Tv ni buat kita hilang fokus kalau nak buat kerja. Itulah sebabnya ia dipanggil idiot box. Kalau dah tengok, boleh melekat berjam-jam di depan tv.

Jangan biasakan anak buat homework depan tv. Dari kecil, latih mereka supaya waktu buat homework dan waktu tengok tv diasingkan. Kalau tak, dah besar nanti mereka ni tak reti nak luangkan masa yang betul untuk belajar.

Tapi itulah. Kadang-kadang bila dah keluar seharian dan penat jumpa orang sana sini, memang seronok kalau balik dapat lepak depan tv. Kadang-kadang sampai terlepas nak update blog. hehe..

Saya benci tengok tv sekarang ni sebab semua benda mereka nak subtitlekan. Kadang-kadang lagu pun nak letak subtitle. Penonton daripada boleh belajar English (speaking & comprehension) sambil tengok tv yang takde subtitle sekarang dah tak dapat peluang tu macam dulu. Rugi.

Lebih rela download tv series. Sementara nak menunggu internet laju masuk, sabar jelah..


Posted

in

by

Comments

34 responses to “Jangan Update Blog Depan TV”

  1. Dieyna Avatar

    Rasanya bergantung kepada diri seseorang gak.. ada orang boleh buat kerja dalam keadaan bising dan ada orang perlukan suasana tenang untuk selesaikan kerja..

  2. Zarul Umbrella Avatar

    saya kalau update yg santai2 boleh le buat depan tv..tapi yg perlu mengarang secara serius saya buat kat hotel jer

  3. Ekspresi Ruang Avatar

    setuju!
    mmg payah nak update kalau ada tv bukak kt dpn.

  4. Sya Isya Avatar

    suka baca subtittle kat bawah, boleh belajar english. Tapi dah jadi habit pula, sampaikan bila tengok cerita english pun nak baca subtitle melayu. payah cenggini.

    Kalau update blog atau study memang buka tv pun, tp tak hadap dia lah, sekadar nak bunyi-bunyian supaya tak terlalu sunyi sepi.

  5. MK Kimi Avatar

    lain orang lain cara kan? aku lebih seronok buat kerja depan tv melainkan study. kena fokus betul2 ;)

  6. budakserius Avatar

    Kalau x der fokus,mmg x siap krja.hehe

  7. fiq09 Avatar

    maybe ada sesetengah orang lebih seronok buat kerja depan TV.

  8. segalabenda Avatar

    yang aku pulak jenuh nak kene bersilat dengan anak baru dapat tengok tv..mane taknya asyik tengok babytv aje

  9. TopiJerami90 Avatar

    betul 2…
    buat kerja kena fokus

  10. TopiJerami90 Avatar

    apa yang penting sebenarnya fokus…
    tanpa fokus memang hancur la
    :)

  11. titan Avatar

    sekarang, aku layan tv bila nak tengok bola aje. haha..

  12. muazfaris Avatar

    banyak je kajian kata.. efek TV kepada masyarakat.. lepas ni mungkin boleh buat kajian baru.. efek TV kepada blogger.. nnti tgk blog dia bleh up ke tak cam upcoming blogger of the year ni.. ke dak Ariff?

  13. Wan Gerrard Avatar

    buat kerja depan tv memang lambat lak nak siap..tapi makan depan tv kejap je habis :P

  14. zulkbo Avatar

    salam..
    ermm..nasib saya kurang tonton tv
    asyik berebut je dengan anak-anak
    menjadikan saya kurang dah tonton
    tv..byk masa habis depan lap top

  15. kimmie Avatar

    salah satu tabiat juga ni, dulu selalu buat kerja depan TV, sekarang dah berjaya kurangkan. Kalau tak memang tak siap lah kerja.

  16. myvitrd Avatar

    makan depan tv takpe bro.. hehehe

  17. akubiomed Avatar

    Saya kurang menonton TV ketika mengemas kini blog sebab WiFi berada diruang tamu kalau beralih tempat tidak dapat liputan pula.

  18. Shahrul Avatar

    seronok juga buat keje depan tv, tapi sangkut2 la kejenya…

  19. Bro Framestone Avatar

    bro boleh je update blog sambil tgk tv….

    tue pun kalau bro nk buat entry pasal apa yang bro tgk dekat tv la kan

  20. azmanisma Avatar

    betul tu ariff,saya kalau update blog tutup facebook,twitter,chating,tv he3..mmg tak fokus kalau benda2 tu terpasang.. :(

  21. Manan Qayyim Avatar

    selalu juga tengok TV n update blog…
    Tp memang bnyk gangguan….

  22. Manan Qayyim Avatar

    selalu juga update blog tengok TV…
    tp memang la, TV ni banyak ganguannye…..

  23. arrizz Avatar

    aku suka tengok hok ada sub..kalau drama atau movie english, sub mesti english..senang nak faham..tapi kalo hok drama english, sub melayu, aku tak suka sebab kadang lain dicakap, lain diterjemah..

    paling best tengok astro tak payah sub, alih suara daripada bi ke bm..memang layan..hahaha

  24. Mus Avatar

    kena fokus buat apa sahaja kerja..
    2 dalam 1, susah nak fokus

  25. alyrds Avatar

    patutlah aku fail dulu²… hahaha~..

    memang patut diasingkan, yelah… baik punya ayat dikarang tetiba dipotong dgn rancangan kita suka tengok…. idea pun hilang…adussss…

  26. ammar zahraa Avatar

    erm.ok,, memang betul…. kalau anak2 kita duk tgk tv..aduss panggil makan pun jenuh dia buat tak reti je…..sampai keluar anak tekak kita panggil….mcm kena brainwash…. nak tgk mcm mana brainwadh ke tak… ambil remote tutup…terus diorang mcm baru tersedar…..aduss…

  27. avo Avatar
    avo

    website mana boleh download drama series eh?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      banyak. better tanya kenalan rapat.

  28. Megat Azfar Avatar

    Sekarang layan cerita Suits kat DIVA Universal. tapi lembab sangat, update episod setiap hari Isnin. Geram sangat, download kat internet semua episod.

    Aku recommend cite ni. Terbaik!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      memang tengok pun. internet laju je takde lagi. Kalau tak, dah download sampai latest season

    2. nurmisnan Avatar

      Memang best cerita Suits nih..
      Ternet sini pun slow nak download..

  29. Man Avatar

    tapi kalau cite korea,memang kena ada subtitle baru ley meleleh air mata.hahaha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      citer korea tu takleh buat apa la. memang kena ada sub

      1. ammar zahraa Avatar

        ye lagi satu yg saya menyampah…cita korea cakp mandarin atau melayu…..ini patut ada subtitle..tapi bahasa dikekalkan lah…