Jangan Difitnah

Keadaan sekarang ni dah makin parah, aku pun dah lama tak baca apa orang tulis kat ruangan komen entri konspirasi asal tu. Terlalu banyak fitnah dibuat, terlalu banyak penipuan. Sebenarnya salah dia satu je, guna gambar orang lain dan kalau baca balik cerita dia dari awal, memang bukan cerita yang dibuat-buat. Itu logik yang segelintir manusia tak nak terima.

Tak salah untuk tak menerima cerita seseorang bulat-bulat, tapi yang menjadi salahnya ialah mengeruhkan keadaan dengan menambah-nambah cerita. Cuba kita pandang dari sudut lain pula, jangan pandang salah yang dia dah buat tapi pandang perbuatan dan perangai orang kat ruangan komen entri konspirasi tu. Korang akan nampak perangai manusia ni kadang-kadang memang sangat-sangat buruk. Perangai buruk ni ditunjukkan bila ada mangsa atau orang yang bersalah dalam sesuatu hal. Jadi mereka berani untuk melakukan apa sahaja walaupun apa yang dilakukan itu salah sebab orang tak akan nampak kesalahan mereka bila ada orang lain yang boleh disalahkan.

Manusia ni kejam. Ada yang langsung tak pedulikan hati dan perasaan orang lain. Paling teruk adalah yang tak boleh menerima kemaafan dan terus menerus untuk menuduh perkara yang bukan-bukan. Kita tiada hak untuk menghukum dan melabel orang sesuka hati lebih-lebih lagi kalau kita tak kenal langsung orang tu dan tiada kaitan langsung dengan apa yang terjadi. Aku dah tak sanggup nak baca dan sangkal satu persatu tuduhan orang kat situ yang kebanyakannya dibuat-buat oleh individu yang tak bertanggungjawab.

Satu peraturan dalam alam siber ni, kalau kita tak boleh menerima apa-apa maklumat, jangan paksa diri untuk menerimanya. Semudah itu. Jangan baca langsung sumber maklumat itu sebab kalau dah mula membenci pada seseorang memang sampai bila-bila pun benci tu takkan takkan hilang (haters gonna hate). Semua yang dia buat, kita nampak salah dia. Jadi ada baiknya kita biarkan sahaja dia dan dunia dia.

Benda ni tak spesifik kepada kes ni sahaja, tapi memang berlaku di mana-mana sahaja dalam dunia internet ni. Manusia tak boleh dikawal perbuatannya. Memang ada yang jahat. Mereka percaya apa yang mereka mahu percaya dan nampak apa yang mereka nak lihat. Itu lumrah, sesuatu yang semulajadi. Seeloknya cuba pandang sesuatu hal dari pelbagai sudut, fikir apa yang kita buat tu salah ke tak dari pelbagai sudut dan bukan dari tempat kita berdiri sahaja. Kadang-kadang melihat dan berdiam diri sahaja adalah yang terbaik yang boleh kita lakukan supaya dosa ni tak bertambah dan kesilapan tidak dibuat pada orang lain.

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me

19 Comments

  • sharifa

    11 February, 2011 at 1:14 am

    fida fida.. byk isu fida…… and hope.. and i hope… bro ariff betul2 kenal fida.. x perlu orang lain untuk kenal fida.. melalui gmbar,, just because bro ariff da kenal.. itu memadai..

    means, kita suma baca pasal fida trough ur blog je :D

    hopes everitings ok~

  • sha myheart

    11 November, 2010 at 12:44 am

    Aku setuju dengan entri kali ni, 100%.

    Kesian pada yang kena fitnah. Pasal gambar pun nak jadi isu. Cetak tol fikiran diorang tu.

    Aku pernah jadi mangsa fitnah dalam dunia ciber jugak. Macam Ariff cakap, “Manusia ni kejam. Ada yang langsung tak pedulikan hati dan perasaan orang lain. Paling teruk adalah yang tak boleh menerima kemaafan dan terus menerus untuk menuduh perkara yang bukan-bukan. ”

    Lepas aku dah minta maaf (aku turunkan ego walaupun aku tak bersalah!) si penfitnah buat tak tau jugak. Ah, lantak la kat dia. Cuma, jangan nak sibuk2 baca blog aku lagi la.

    Aku bukan diam macam tu. Aku balas balik dgn cara aku buat disclaimer kat atas entri. Pape hal, senang, aku dah disclaimer awal2.

  • cahaya

    4 November, 2010 at 8:20 pm

    dorg salah paham tu bila fida ngaku tu gambar dia..mcm ada satu pic kat tepi pantai yg dia tulis ‘ picture of me’..tu tak semestinya maksud ‘ ini adalah saya yg sebenar..’..salh paham ni yg buat dorg tak dpt terima..salah sendiri jugak sebab salah phm..urmm…

  • Hazzy

    27 October, 2010 at 5:47 pm

    terkejut jugak masa mula2 baca blog tu. walaupun banyak yang tersurat & tersirat dikepala tak payah lah canang sana sini. simpan saja untuk diri sendiri.
    harap semuanya okay lepas ni

    Jom singgah blog,
    HazzySuperb

  • el

    27 October, 2010 at 5:46 pm

    akhirnye kau bersuara. i think she will be really needing your support right now.anyway.all comments pun dah block dekat situ.
    i think this matter will be gone by time.

    OH!!! OH!! aku suke gambar jensen ackles tu.. wahahahha.. kalaulah dia aku yang punya..ki3x.

    anyway ariff, wish you all the best in life and may god bless you and all the people you care and love.

    p/s: facelift bile mau siap? sure mantap la pasni.

  • x-po

    27 October, 2010 at 5:45 pm

    bagi aku, kalau kita benci sgt kt org tu, pasti akan ada sikit benda yg berguna utk kita dari dia. contohnya, cam twitter..kalau aku meluat giler2 pun kat org tu, aku tak akan unfollow..sbb mesti akan ada sesuatu tweetnya yg berguna untuk aku :)

  • Jard

    27 October, 2010 at 5:39 pm

    i don’t think they hate her. It’s just that they fell so deeply in love with her (pictures and writings alike) and finding about the pictures just shaken them into delirium. Being fooled into falling for her (especially the guys) kinda bruises the ego. ehehe..

    my two cents. Hope she’s fine though. Mostly.. the gals still love her.

    =)