Sebenarnya saya dah ada tiket booking 17 Februari (sampai KL 18 Februari) tapi disebabkan pengundian untuk Social Media Award yang masuk bertalu-talu sehingga membuatkan saya leading semula dalam kategori saya (juga top 5 paling banyak undi) terpaksalah beli tiket baru terus. Terima kasih kepada semua yang mengundi dan sentiasa menyokong saya selama ini.
Juga tahniah kepada DH kerana berjaya menempatkan diri di tempat pertama. Jumpa di sana =)

Hari ni pergi ke pejabat kedutaan besar Malaysia untuk berjumpa dengan Pengarah MARA Russia. Kena dapatkan tandatangan tuan pengarah supaya balik Malaysia nanti bolehlah dituntut apa yang boleh dituntut. Sempat jumpa beberapa kenalan lain tadi dan singgah ke rumah en. Salman.
En. Salman ni sedang bercuti dan dalam proses menulis buku/travelognya yang bertajuk 100 Hari di Russia. Mungkin lepas saya takde bolehlah en. Salman meneruskan kisah di Moscow melalui blognya.
Masih sejuk hari ni tapi nasib baik ada matahari. Jadi dapatlah tangkap gambar sikit-sikit. Nak jalan jauh lagi macam tak sanggup/larat. Pakai dah sehabis tebal. Baju 4 lapis termasuk jaket dan seluar 2 lapis masih tak memadai.



Saya akan tiba di KLIA pada 15 Februari. Naik Emirates. Hopefully dapat A380 lah. Nampak macam tak confirm sebab masa book tulis A380, bila upgrade tiket ke Business class, jadi Boeing 777 pulak. grr.. Mungkin system error. Apa-apa pun, still Business class.

Ehem.. yang upgrade tu adalah hasil kumpul frequent flyer points selama ni. Bukan MARA tanggung ok!
Tak sabar nak balik. Hari tu bro ni cakap ada ‘beemer’ yang akan pick up saya di KLIA nanti. heheh..

Comments
25 responses to “Jangan Diucap Selamat Tinggal”
welcome back Ariff. Looking forward to meet you someday.
A380 dari/ke Malaysia hold until 24th Feb.
ala……
Aloooo bro! Adoi…rugi la aku bagi skywards miles aku kat ko (poyo nak ungkit..haha) kalo naik 777…baru je nak expect entri ko pasal “Business Class A380”. Mungkin ada kaitan dgn inspection for wing cracks yg involved semua fleet A380 http://www.bbc.co.uk/news/business-16942361 kot… Anyway bebila free nnt leh jmpe. Have a nice trip!
itulah dia. aku pun kecewa giler ni. just hope diorang tukar balik jadi a380 je la
selamat kembali bro!
memang boleh bayangkan sejuknya macam mana lebih-lebih lagi bila angin tiup.
balik Malaysia dah jadi superstar dunia maya dh. xdpt kerja engineer pon komfem bley sara hidup lg dr berblogging. silap2 lg byk rezeki lps ni sbb sng nk kontek sbb dh ada kt Malaysia
Lu jangan percaya dengan BRO TUHH bro..yoyolah dia tuhh..hehe.. Anyway Selamat Datang Ke Malaysia..hahahaha
selamatlah naik flight arep..
15hb tak habis cuti lagi.kalau tak boleh la p terjah KLIA.haha
welcome back! ;)
Selamat kembali. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanafaatkan untuk diri dan Negara.
syok woooo.. sejuk2 kat sana..
sungai tu beku… sejuknyaaaa kan?
welcome home bro… :)
Oh ada “Beemer” menanti rupanya. :-)
Tahniah sbb habiskan pengajian. Proud of u walaupun kita x kenal each other. Selamat kembali ke dunia blogging Malaysia !!!!
:)
selamat pulang..hati2 dalam perjalanan hehe :P
wow business class.. apapun semoga selamat kembali
akhirnya kembali ke malaysia..mesti sedih nak tinggalkan tempat yang dah lama tinggal dan mungkin takkan kembali lagi ke situ untuk selamanya
Pulang sebagai wira dari Moscow!…sempat la ambik award nanti :)
akhirnya, masa untuk pulang ke tanah air. selamat kembali ke tanah air. semoga segala perjalanan lancar dan baik-baik sahaja.
Roger aku kalau dah sampai. kita pekena roti canai kari kambing dulu
welcome back to malaysia !!! :))
Februari Februari Februari Februari Februari Februari
alaaaa.. 15hb hari kerja. touchdown kul brape? suh abangensem dengan aweks2nya tu jemput. hehehee