Aku tak pernah suka pakai jam tangan. Sebab utama adalah badan aku yang cepat berpeluh. Bila dah berpeluh dan melekit, pakai jam mahal macam mana pun mesti rasa tak best.ย Satu lagi sebab rimas. Kalau boleh aku nak tangan aku bebas tanpa elemen lain. Tak pernah suka pakai apa-apa kat tangan ni.
Selama 24 tahun hidup tak pakai jam, senang je sebenarnya kalau nak tau waktu pukul berapa. Samada tengok kat phone, ataupun tengok jam orang. Tengok jam orang adalah lebih mencabar, memerlukan skil untuk menoleh dan melihat tanpa menimbulkan syak wasangka target tersebut.
Boleh juga dijadikan alasan untuk usya awek dalam metro. -__-‘
Disebabkan tak lama lagi aku akan bergelar ‘pekerja’ (harap bukan ‘penganggur’), imej tu kena ubah. Pemakaian jam bagi aku adalah satu perubahan. Jenis jam yang dipakai juga akan mencerminkan personaliti aku nanti.
- MG 29er – dah terkeluar daripada bajet tapi lebih kurang macam ni yang sedang dicari
Untuk mengatasi masalah peluh dan ketidakselesaan semasa memakai jam, aku akan menggunakan tali jam yang diperbuat daripada nylon. Dalam bahasa pasaran, tali jenis ini dikenali sebagai NATO strap. Mula popular digunakan apabila jam yang menggunakan tali jenis ini menjadi perkakas rasmi tentera di UK.
Aku lebih suka jam automatik/mekanikal berbanding yang jam quartz yang menggunakan kuasa bateri. Jam automatik adalah lebih original dan orang yang kenal aku tahu aku suka buat sesuatu ikut cara aku. Jam automatik mempunyai mekanisma tersendiri untuk ‘mengecas’ dan membolehkan jam tersebut berfungsi.
Biasanya jam automatik lebih mahal..
- CWC military grade standard issue untuk tentera British. Pilihan bagus tapi jam design jam ni terlalu skema. Mungkin disebabkan untuk kegunaan kerajaan ia direka sebegitu.
Bila dah memilih jam automatik, kategori jam digital sekaligus terkeluar daripada pilihan jam yang akan aku beli. Juga fungsi chronograph adalah sesuatu yang membazir duit buat masa ini sebab fungsi tersebut tidak akan aku gunakan. Sekarang aku hanya perlukan jam dengan fungsi tarikh.
Akhir sekali adalah kalis air. Terdapat beberapa standard kalis air pada jam (30, 50, 100 dan 150m). 100 meter adalah standard yang sesuai digunakan jika jam tersebut digunakan bersama ketika berenang. Ia juga melambangkan tekanan atmosfera yang mampu diterima oleh jam tersebut. 100 meter adalah pilihan mereka yang lasak supaya jam tersebut tahan lebih lama, lebih-lebih lagi dalam keadaan suhu melampau sejuk di Moscow ni.
Masih lagi mencari. Percaya atau tak, sehari suntuk aku cari jam pilihan di internet.
Update – Bacaan sesuai untuk peminat jam tangan.
- A Blog to Read – Independent blog tentang jam. Antara blog yang paling popular dalam niche jam tangan.
- Watch Snob – Editorial di Askmen.com. Can’t go wrong about it.

Comments
46 responses to “Jam Tangan Pilihan”
jam aku hnpon ku…xprlu jam,hnset da ckup..
hahaha.. sama la.. semalam mak tegur, pakai jam pun masih tengok handphone.. nak buat macam mana kan? dua-dua ada kat tangan masa tu tapi prefer jam digital sebab lagi cepat nak baca. Tapi nis pakai jam digital sistem 24-jam supaya tak manjakan diri dengan jam handphone. Masih prefer jam tangan analog daripada jam handphone. kalau pasang jam kat sitebar windows vista pun prefer jam analog.
Aku minat kumpul jam setakat ni yg ada dalam tangan 7 dan banyak yang dah di hadiahkan pada kekawan. Kat Russia ada jam pusingan Tawaf ke?? (Pusing lawan jam) aku suka tu.
kenapa kalau gambar jam mesti tunjuk 10:10?ada sesiapa ada idea?hehe…
eh. ye ke? Tak pernah perasan pun. Rasanya ada je tunjuk waktu lain
ye la… mmg pun dari aku kecik aku dah perasan
memang ada bro tapi jarang sangat la.mungkin 10:10 tu nampak lebih komersial kot?hehe…
dalam satu artikel nis pernah terbaca, katanya sebagai penghargaan kepada orang yang cipta jam tu kalau tak salah. Satu lagi teori kata sebab nampak macam muka senyum.
gua suka yang biasa sahaja , selesa .
tak suka jam digital. tapi banyak pula kelebihan jam digital ni..
Tempat kerja aku tak benarkan pakai jam.. takut calar kat produk.
Lepas tu dah tak reti pakai jam..hehehehehe.
Aku dah pakai jam tangan Kinetik selama lebih 5 tahun. Sayang sgt sbb ada sentimental value, pendek kata ada kisah di sebaliknya. Dan yang paling penting x payah nak fikir ganti bateri. Selagi dipakai, selagi itu ia berdetik :)
skill tgok jam orang memang sangt mencabar.aku selalu praktik skil2 nk tgok jam orng ni.usha jam orang sampai senak mata..=p
beli je kat ebay.hehehe
jam tangan aksesori yang paling aku suka..
apa kata kau cuba tengok brand Tissot, Chopard, Fossil atau pun Hublot..
banyak yang jenis automatik macma kau nak..
Sya sebelum ni tak reti kalau x pakai jam. Tapi sekarang ni, tak reti pakai jam. Dah keje, dah benti keje dan sekarang dah sambung belajar semula, tak pakai jam juga. Huhu…ada orang kata kalau tak pakai jam maksudnya orang tu tak tahu hargai masa. Ye ke?
bro pakai je Urwerk latest model ni je. komfem majikan tgk pon tercabar. huhu
http://www.thecoolist.com/urwerk-ur-1001-zeit-device-watch/
salam ziarah..lamanya x ziarah kt sini…tup tup dh nk hbs study pun..
Salam Aidilfitri..
Maaf kalo ade slh n silap..
biasanya,kalau nak tau waktu, tgok kat hp je…sonang..hehe
cakap pasal jam,bapak aku memang gila hantu pontianak segala jam.Buku-buku jam dia,ohmai….gila tebal banyak dan mahal kot.Memang gila habis lah.
SO far,dia ada juga beberapa koleksi yang best.Yang paling mahal aku tahu,rolex.RMXXk.Kalaulah aku dapat,perghhh,simpan sampai mati.hahaa
btw,lagi rare jam tu,lagi mahal.so better pilih yang terbaik.Kalau Handbag pelengkap perempuan,jam pulak pelengkap lelaki.Tak gitu?
tak payah jam tangan. jam henfon kan ada.
hehe
aku selalu cakap macam tu dulu. Bila dah nak masuk alam dewasa ni, pandangan dah lain.
Perghhhhhhhh.. Terbaiklahhhh. Aku masih belom mampu nak beli mahal2 mcm nie.~
jam automatik tu yang kena shake dulu baru gerak kan..kalau statik jam tu mati..member sorang ada pakai,anak orang kaya lah.. laki takde jam tak lengkap weh rasa..hehe
takdelah kena shake pun. Pergerakan tangan biasa je dah boleh ‘hidupkan’ mekanisma dalam jam tu. Point dia kalau dah ada jam macam tu, memang kena pakai hari2.
beli patek phillipe…! hahaha.. boleh beli rumah sebijik…!
try la tag houer nampak lebih bergaya…
tag pun kebanyakan dah terkeluar dari bajet. tunggu dah kerja 5-6 tahun baru pakai tag kot..
Jam swatch ok tak? Design simple jer..
swatch ok tapi nak cari sesuatu yang berstatus sikit.
kalau beli yang mahal, kena jaga betul2 lah. hilang nangis. wuuu, tapi kalau kaya takpe lah. dulu hilang jam kat site, terus tak beli lagi. kecewa dengan takdir. haha
mana ada kaya. duit simpan sendiri sikit2. lebih suka beli something yang boleh pakai sampai bila2, so kalau nak beli tu tak kisah kot keluar lebih sikit.
Branded watch lagi berbaloi + tahan lama.
Ariff, bantuan hang amat-amat diperlukan. Sila terjah blog aku dengan kadar segera.
bro, mmg berbaloi kalau kita beli jm ada brand ni.. dari beli cap ayam, better beli yg ada brand wlpun sikit punye mahal…
aried dalam 5 tahun lepas ada beli emilio valentino.. sungguh lawa dah bagi aried.. dan alhamdulillah boleh pakai smpai skrg.. mmg berbaloi la beli jam mahal2 kalau tahan lama dan yang pntng bagi keyakinan pada diri bile kita pkai.. btol tak?
jam tangan ni aksesori yang aku jarang tak pakai. hehe
jam cam zizan selalu pakai pun awesome gak.. :)
sebagai lelaki, mmg perlu pun 1 jam branded…
Aku beli jam Oris Williams F1 Limited Edition. memang puas hati pakai. mahal sket pon xkesah sbb jam tu aku pilih untuk hadiah hantaran perkahwinan aku. beli pon pakai duit simpanan lebih2 time study kt oversea dulu. huhu
beli jam mahal ni memang berbaloi..tahan lama..kalo rosak, tauke kedai tak komplen banyak..kalau beli jam pasar malam, bateri lagi mahal dari harga jam
saya suka pakai jam sejak sekolah rendah lagi..
hehe
dulu akak suka beli jam pasar malam.. suka pakai jam yang pelbagai fesyen.. tu pasal cari yang biasa2 jer..
bila dah lama kerja teringin nak cari jam yang ada jenama. Cari punya cari jumpa satu yang berkenan.
Yang pasti memang terasa berbaloi walau harganya agak mahal bagi akak. Bertahun2 guna masih tak jemu dan dihargai sebab ianya hasil titik peluh yang dikumpul. Kira kenangan yang terindah lah tu..
Sekarang.. akak tengah kumpul duit berblog buat beli jam. Apa kata ariff pun guna duit hasil dari berblogging. Nampak juga kenangannya kan?
yeah. memang nak guna duit blog pun. Masih lagi mencari jam pilihan yang dalam bajet. Nak pakai kurang2 5-10 tahun, jadi kenalah pilih betul2.
dah try cari di ebay malaysia? how about seiko?
nope. No japanese. hehe..