Malam Merdeka, malam 31 Ogos tiap-tiap tahun ni biasanya jadi malam para remaja muda mudi dapat kebebasan lebih sikit berbanding malam-malam lain. Kalau malam hujung minggu yang biasa budak-budak ni balik pukul 3-4 pagi, malam merdeka pulak mereka balik pukul 6 pagi, lagi best tak balik langsung malam tu. Jadi kutu rayau melilau entah ke mana. Aku tak terkecuali dalam hal ni.
Tapi aku takdelah liar mana pun, setakat melepak bersama kawan, keluar makan sambil ronda-ronda sana sini je. Takdelah nak buat kerja tak senonoh macam hisap dadah, buat aktiviti seks bebas, pergi pub & disco tu semua. Ibu bapa, sila pastikan anak-anak anda tak terlibat dalam aktiviti yang tak senonoh macam ni, yelah ada ibu bapa yang open. Kasi kebebasan mutlak pada anak-anak. Silap haribulan, dah dapat cucu.
Malam tadi sebenarnya macam-macam plan timbul. Dah plan awal-awal nak buat something malam merdeka, tapi sampai malam tadi masih lagi buntu nak buat apa. Dari planning nak pergi Melaka sampailah planning nak naik Pulau Pinang. Last-last pergi lepak kat Putrajaya je. At least something la kan.. Daripada duduk kat mamak mengisi perut tu je..
Malam dimulakan dengan upacara penyerahan iPhone 3G yang dilakukan dengan penuh adat istiadat kepada pemilik baru, Een. Semoga iPhone tu akan dapat berjasa pada pemilik barunya seperti ia telah banyak berjasa kepada aku.
Di sebalik kamera besar, ada orang besar. Macam biasa, Syah jadi driver dan photographer. Thanks a lot bro! Cuba teka rambut macam hantu yang interframe tu rambut siapa? :D
Lepak IT @ Putrajaya. haha.. Nasib baik aku bawak MacBook Pro malam tadi. Adelah jugak benda nak main. Ada ke diorang suruh aku cerita pasal SEO, PageRank ngan Alexa kat tengah-tengah padang depan Istana Kehakiman Putrajaya =________=’ Tak kena pada tempat betullah diorang ni.
Sebenarnya masa kat Putrajaya tu, lepak kejap kat jambatan. Tapi disebabkan ada polis terlebih rajin menghalau orang melepak, maka berhimpunlah kami di dataran depan Istana Kehakiman ni. Takde guna pun sebenarnya, lepas polis berambus, orang berduyun-duyun melepak balik kat jambatan tu. Buat penat je.
Lepas tu naik melepak kat mamak di Taman Melawati. Sahurrr.. Tunggu Blowie tukar kereta dan mulalah kanvoi naik ke Genting Highlands. Pertama kali rasanya aku naik ke Genting Highlands dengan kereta. Sebelum ni pergi naik cable car je kot. Tu pun masa kecil dulu.
Menyambut pagi ulangtahun kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-53 di Genting Highlands. Udara segar, pemandangan cantik, sinar mentari menerangi segenap alam yang indah ini.. Yeah. Aku berjaya memerdekan minda aku dari segala kecelaruan dunia pada pagi tadi buat sementara waktu. Kiranya berbaloilah jugak aku keluar menyambut malam Merdeka ke-53 ni kan. Jangan tanya posing gila tu idea siapa, tak lain dan tak bukan idea si Eny la. Motif? Aku tak tau!
Sampai kat Genting, lagi sekali buntu tak tau nak buat apa-apa. Yelah, masa banyak lagi. Kalau nak turun balik macam rugi. Bukan selalu datang situ kan.. Last-last bersetuju nak naik cable car pergi balik sebab tak jadi masuk park naik roller coaster. Oklah tu. Cable car pun seronok apa, dah la panjang. Naik ramai-ramai dengan orang separa gila yang tak cukup tido ni memang mengujakan. Sepanjang-panjang 40 minit turun naik tu, gondola kitorang memang riuh-rendah.
Memang best la naik cable car nih. Kenapa takde cable car sepanjang banjaran Titiwangsa eh? Tak pun dari Genting tu turun KL ke.. hoho.. agak-agak berapa jam la perjalanan atas gondola tu kalau diorang buat cable car dari Genting sampai KL. Gila!
Ini gondola bendera Malaysia. haha.. tak la.. ini gondola untuk technician kot.. Tapi aku nak naik yang nih.. baru mencabar! Kenapa Fear Factor tak kasi challenge naik gondola ni sampai atas? Baru betul-betul menguji keberanian peserta.
Thanks to Syah, Een, Paeh, Ayong, Man, Eny dan Blowie sebab bersengkang mata melepak sampai hari ni. Aku pun tak cukup tidur lagi nih. Baru dapat ganti tidur kurang daripada 3 jam. Adeh.
2010/2011 Premium Sponsor

Comments
65 responses to “Jalan Jalan Malam Merdeka @ Genting Highlands”
[…] @sickchild72 @pge46 @incfez @malinsayang dan @aman8893 telah buat kerja gila sekali lagi selepas keja gila di genting highlands hari […]
Best lah merdeka kat atas gunung tu hehehehe.. knp siang jer bunga api tak ada ker..
bestnya sambut merdeka..hehe..anyway, genting mmg best!hehe
Best la merdeka layan cable car..
aaw best nye aaww!
ohey cable car kat langkawi lebih buat aku gayat. hohoho!
Langkawi punya kejap je..
[…] Bro xjeles pun korang & korang gi Genting beramai-ramai di malam Merdeka. Cuma jeles, Iphone Ariff bertukar tangan […]
Perghh…. sementara masih muda… jalan jerla kemana-mana..
sok dh berdua… duk umah yek..hik3….
Kalu naik gondola yg lopong tu… sumpah pas tu tak naik lagi genting….takut la..
dah la lopong…huhuhuhu
wow, pi genting tak ajak! haha…merdeka at genting..what a creative way to celebrate……with friends some more..really cooL..cian driver..ariff duk blakang layan mac mmg laa kurang penat..haha…
cheers bro..
arip g x ajak owhhh
huhu
erk. xcakap awal2 nak ikut
gondola sepanjang titiwangsa?!! Sumpah aku orang first yang naik..menikmati alam sekitar~ haih~ aku jugak yang tak lepas-lepas naik genting setelah 10tahun lebih tak pegi.. (agak-agak berubah tak cuaca kalau nak banding dulu dgn sekarang ea)
nikmatilah kesegaran bumi Malaysia before depart to neraka sejuk(ko yg cakap) tu ea.. =D
Selamat Menyambut Kemerdekaan Ariff.
Rasanya xlewat lagi… ekekek
ler…. sampai genting budak2 nie. aku best ja layan lepak umah.. rally Kamen Rider Black episode 1-20.. x habis lg. bila nak sambung sampai 52 tatau la.
jgn kata aku xdak semangat kemerdekaan. tp aku sebenarnya xdak duit nak kuar melepak. aku lepak kat umah sajala.
Salam Anwar Osman,
siapa kata kena melepak di luar baru ada semangat kemerdekaan dalam diri? Bersyukur dengan nikmat kuniaan Ilahi, menghargai pengorbanan pejuang2 kemerdekaan, membantu mengekalkan keamanan dan keharmonian yang ada di Malaysia nih baru betul.
Takyah keluar tengok bunga api kat KLCC pun untuk hayati kemerdekaan ;)
You summed it all up in a great way. Thumbs UP.
Selamba ek gi genting pergi balik.. tak sanggup le aku nak bawa kenderaan naik bukit tu..
Sekali sekala punya event, takde hal sangat kot
mase nampak gondola-bendera-malaysia tu dulu,siap bet dengan member kalo dia naik gondola tu saya nak bagi duit bonus kat dia..seb baik dia tak berani..huhuhu
besh nyer..
jd mcm owl plk nih…mlm brjga, siang tdo
adalah 30 jam berjaga. baru dapat tido
wah,meriah..dah lama tak pi Genting Highlands…tak sangka bro dah nak berangkat pulang ke Moscow tak lama lagi..tentu ramai awek2 bloggers yang merinduimu
ada ke yang merindu? macam tak je..
rambut tu milik kepada org di gambar yg bawah berikutnya, hehe
salam merdeka bro
Salam merdeka to you too bro Tarmizi
kantoi pakai baju same dr malam sampai pagi..hehe (bucuk)
besh nye jalan2..kat sini, sol tido je sepanjang ari sbb cuti..qada’ tido melampau..hehe
like..
Bro, malam merdeka boleh balik sampai 6 pagi ke?? Oh tidak untuk anakku nanti!
haha.. kalau tau mana dan dengan siapa rasanya takde hal kot..
bro teka.. tue rambut eny kan he….23x
oh tidak.. iphone tue sudah bertukar owner…. TIDAKKKKKK….!!!!!!
Bulan2 puasa pun ade hantu ea…
pergh, penuh aktiviti ye korang ni. maklumlah, hidup di ibu kota. aku ni duk ceruk mana tah, takleh jadi ni. aku kena duk sana gak. waaaa
hehehe~
bahagianya malam merdeka kau~
aku kena beratur berbaris~
wooo~
^__^
alang2..baik naik roller coaster terus..hehe
tanak komen apa2 berkaitan entry. errr. selamat pulang ke Moscow ya Ariff.
haha. awal gila wish. :p
ehehhe.. lyan korang mang syok.. smpai awek aku kol pon aku xsedar time tido0.. bersepah miskol.. ngee..
thanks to u all coz bwak aman g jln2 mlm merdeka.. ehehhe.. later kite plan chantek ckit.. leh g lpak lame2.. ngee.. korang kan buas bab2 jalan nie.. ehehhe.. terutame dak sakit tuh.. xpadan ngan kcik + sakit.. advance gilew bab jalan.. ahahhaa.. eh eny.. sehaaaaaat ea.. ahakz..
to ariff.. smoge blek mlaysie.. dak2 nie kang da kurang sorang players a.k.a mastermind nk g meroyan.. uhuhuhu.. blek moscow time bepday gua.. ahahhaha..
luv u guys.. <3^infinity aahhahha
befday ko ke aman? pergh takleh nak baling tepung ar sbb raya.. cis… maybe tu last percutian ngan ariff kot.. dah byk susahkan ko n ariff.. malu gak aku :”>
ariff kata nak gi bukit ampang seh.. nanti la this week b4 aku terbang ke sarawak :)
nak gi jangan lupe roger i. hahah.
seronok-seronok!
aku dapat tengok bunga api je..
cadang nak turun penang, tapi hari ni ada test pulak..
hahahahaha
terbaik lah..
kenangan pada hari kemerdekaan yang ke-53..=)
main games apa sampai bukak MacBook Pro? ;)
sampai ke penang pnya plan? dr korg pegi penang baik culik aku kat UTP.
ahhahahaa
BFF la korang kan?
*tacing*
penang agi best cik eyra oiii.. hehehehe
penang mmg la best. tp baik gi pulau tgk keindahan alam *curik ayat khai*
wuit sis, kite bukan BFF gak ke wooi?
huhu. lain kali meh dok KL ngn ktorang meyh. sangup pusing KL fetch sorang tau. :)
hahahahha memeikirkan masa depan. kalau duk KL ni konpem ta blaja da. men2 je wakakak
terbaek ah
wah best…bila la aku nak rasa alam remaja ni…adess
wah..
seronok korang eh..
merdeka aqu duk lam bilik jek..
sadis..
hahaha~
sempat lagi tuh..ok la, takde la ko lepak umah jek bile balik mlysia nie~
ade gak peneman bawak sana snie kn?
seyes,aku tengok gondolan tech tuh mmg seram~
cmner agknye dia buat keja ek?
tu smua keje org2 civil engineer la.. hehehhe… sape lagi nak teman ariff kalo tak aku kan ariff kan :”>
best3
pegi melepak dgn kawan juge semalam
hehehe
waahh.. ariff.. seronoknye..
g sampai genting.. skrg da smpi umah ye?
best giler kumpul ramai2.. then lepak dgn member2.
lain kali sy nak itot la.. hahaha..
nak jd geng blogger.. best la aktiviti korang..
neway.. enjoy ur sleep..
take care ariff.. (;
p/s : nice entry.. ^_^
cis ko update dulu kan.. hoho lawan tokey ni.. gyahahahhaah~ japgi aku update pasal ni gak.. lalalalalalala… sian eny tak sabar nak picture.. nanti aku upload eh… ape2 pon thanx korang2 smua kerana menceriakan hari aku… love u guys a lot :) BFF
BFF! nanti dah kurang geng sorang. kena tggu ariff balik sni dulu. :)
mmg da kurang sorang pn. sobb sobbb *tacing larik hujung penjuru bilik*
dun be so tacing2 la. len kali stdy sini. hehe. btw, aritu turun KL tak jenguk ktorang pon. sobss!
gyahhahahahha aritu ade misi menyelamat yang penting. malas jmpa sbb kang terlepak lama lallalaa
kalo duit dia cukup, dia balik ar tahun depan.. kita wat tabung sumbangan supaya ariff balik ar.. gyahahahhahah~ mesti aku kene tikam ngan ariff ni.. hahahaa..
Aigoooo! Besh besh!! Pagi2 dah gerak genting memang segar ah udara sana kan? :) Teringat lak masa dulu pergi pun pagi2 hari.. Btw, Eny! Apa motif kau suruh peace dan pandang belakang~
terbaik!
thanx a lot friend!
nanti u dah balik moscow, kurang sorang team mate buat kerja gile! :D
hahaha…thanks for everything sahabat…lain kali kita g melancong luar negara pulak..cuti-cuti malaysia..haha
damn… ariff support kita ke russia la.. leh la rasa ais sebenar.. gyahahaha…
sambung tido2
hehe
hari ni internet penuh dengan budaya tak elok
rugi2