Dah lama tak keluar jalan-jalan macam ni. Kebetulan hari ni mama nak hantar opah ke Kuantan untuk medical check up kat sana, jadi follow jelah.
Last lalu highway Karak ni adalah masa event Asia Harley Days dulu. Teringat lagi pagi-pagi mendaki bukit naik Harley. Memang best sebab udara fresh.
Perjalanan ke Kuantan ni takdelah lama sangat apatah lagi drivernya bawa average 120 km/jam. Berdesup.
Sampai dan lunch di rumah Mak Teh. Nasi dagang, nasi kerabu, gulai lemak ikan patin, kari ikan tenggiri adalah damage kepada diet saya kali ini. Memang puas hati makan. Boleh rasa beza kualiti ikan kat sini yang lebih fresh berbanding yang dimakan di KL. Lepas lunch, rehat kejap sementara tunggu petang untuk melawat Pantai Sepat.
Ada gaya model tak?
Pantai ni tak ramai pengunjung walaupun hari hujung minggu macam ni. Orang datang setakat ambil angin je. Tak tau kenapa.
Pengantin baru kat gerai mee kari tepi Pantai Sepat. Mee kari sebagai pembuka selera untuk acara makan petang ni
Gerai keropok lekor sata Mokna yang memang kami target dari awal lagi. Sata dia memang best. Lima biji RM2 tapi kecil-kecil. Saya makan tadi at least 8 biji baru puas hati.
Ramai orang kat kedai ni dan seperti biasa masalah yang dihadapi di kedai-kedai Melayu yang berpotensi, kedai not seriously managed. Nak ambil makanan bergoreng pun sampai tak cukup dan kena tunggu. Lepas tu terpaksa berebut dengan customer lain sebab layan diri.
Our first trip as husband and wife. More to come :)
Dah makan balik rumah Mak Teh kejap, solat dan bertolak pulang. Short trip but oklah. It’s always nice to get out of KL once in a while.
Comments
7 responses to “Jalan-Jalan Kuantan”
Lepas mesti banyak skit gambar selfie sepanjang aktiviti luar bersama famili dan wifey
Gitulah situasi kedai melayu yg laku… tp tetap ramai yg dtg makan
La, pengantin baru datang Kuantan ke? Kenapalah tak inform, especially bila Kak Ida ada sekali. Pantai Sepat is basically our playground. Mok Na kat situ memang kena rebut2. In fact most of the warungs kat Tg Lumpur untuk minum petang memang tradisinya untuk rebut2. It’s a war zone. Mok Na is about 2 minutes away from our house. Pantin di Kuantan memang best kan… I put up a few patin entries as well in my blog.
Oh, Ariff dan Eka sangatttttt cantik masa reception tu. Segan nak pi jumpa you all…. Akak jumpa Kak Ida jer. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.
Psst : Akak pinjam gambar Bro Framestone for my blog entry. Halal yer…
Lama tak gi jalan2 ke pantai timur..
saya suka mee kari dan nasi dagang, hehehe
Tengok gambar bro dan isteri, teringat zaman baru kahwin dulu. Dah ada anak² nih mencabar betul nak potong berdua.
Cadangan bawa isteri naik motor lain kali. Biarlah yang lain memandu kereta. :-)