Jalan-Jalan Eropah (Siri 1)

Jalan-jalan ni tak dirancang langsung. Yeah, memang kerja gila. Sebenarnya dah lama nak pergi satu tempat ni, 5 tahun aku tunggu. Tiba-tiba tahun ni dapat peluang nak pergi, timing pun cantik. Jadi malam kelmarin bincang dengan kawan yang tinggal di Jerman, dia confirm semalam dan aku terus beli tiket untuk hari ni. Gila tak?

Duit Euro ni besar gedabak

Beli tiket sehala je dari Moscow, jadi tak tau bila kembali ke Moscow semula. Aku dapat rasakan perjalanan kali ni agak jauh. Harap takde apa-apa masalah. Sekarang berada di lapangan terbang antarabangsa Sheremetevo. Masa tiba di sini awal-awal dulu, mendarat di lapangan terbang ini. Banyak yang dah berubah, terminal baru telah dibina. Sangat aman damai berbanding lapangan terbang Domodedovo di mana berlaku tragedi pengeboman dulu.

 

Selama aku menggunakan lapangan terbang di Moscow ni, bahagian imigresen sentiasa penuh sesak.  Pegawai pun semuanya muka bengis je. Kat sini lain, siap boleh borak tanya pasal studies aku kat sini. Ohh.. aku suka airport baru.

 

Aku masih tak nak bagitau destinasi aku. Boleh lihat entri Wordless Wednesday #3 untuk hints. Ada yang boleh dipakai tu. Boleh juga tengok live blog aku sebab aku update selagi phone ni boleh hidup. Bateri tu tolonglah jangan mati. Susah aku kat Jerman nanti.

Oklah kasi can, aku tunjuk boarding pas aku. Nasib baik aku baik. Sekarang dah tau kan mana destinasi aku.

Perrghhh.. mengantuk ni. Tidur pukul 1 pagi, pukul 3.30 terbangun sekali, pukul 4.40 terbangun lagi. Last-last pukul 5.00 pagi baru betul-betul sedar. Lepas call orang jauh, mandi dan bersiap, pukul 6.30 keluar hostel. Naik bas je sebab airport tu dekat. Nasib baik takde traffic jam. Nantikan update seterusnya.

25 Comments