Jalan-Jalan Eropah (Siri 3) – Dari Munich ke Ulm

Dari Munich Hauptbahnhof (stesen tren utama Munich) nak ke Ulm Hauptbahnhof macam senang je. Cakap dah.. aku tak sesat punya. Malang sekali tak cukup masa sangat untuk berjalan-jalan sekeliling Munich. Kawan aku cakap ada museum BMW kat situ. Nantilah..

 

Naik tren memang rasa macam naik komuter. Cuma lebih selesa dan bersih. Ada tren 2 tingkat tapi tren aku bukan jenis 2 tingkat punya. Datang negara orang, tapi bahasa haram sepatah pun tak faham memang susah. Ada sekali tu tren berhenti kat stesen dan semua orang turun. Tapi aku tak tau apa-apa sebab dalam tiket tak tulis kena tukar tren. Rupa-rupanya gerabak yang aku naik tu (belakang sekali) akan dipisahkan dan dipindahkan ke haluan lain. Jadi kena naik gerabak depan untuk teruskan perjalanan. Nasib baik sempat.

 

Orang Jerman ni guna tren habis-habisan. Naik basikal dari rumah, park kat stesen keretapi dan naik tren ke bandar tempat mereka bekerja. Kat Malaysia bilalah nak sampai tahap macam tu..


Posted

in

by

Comments

19 responses to “Jalan-Jalan Eropah (Siri 3) – Dari Munich ke Ulm”

  1. pilotHans Avatar

    tren pecah jd dua xleh tahan..hahaah….tuelaa kadang2 kena alert n buat2 friendly with the lcoals…huhu…tanya2 laa awek german.. ^_^ kot ade yg leh jd tourist guide (on top of ur friend laa..haha)

  2. wawa Avatar

    stylo habis mat rempit kat sana.. haha
    eh, jangan lupe pegi autostadt. amek gambar banyak2 taw if g autostadt..

  3. Afiq Ikhwan Avatar
    Afiq Ikhwan

    stylo dorang punya motor..hehe

  4. haiqal Avatar

    Best.Ariff,kalau aku ada rezeki,nak guna entry kau as panduan.Buat macam redmummy sikit,penuh info.:)

    1. ariff Avatar

      Penuh info tu makan masa. Pada aku info tak penting, yang penting sharing experience melalui gambar, biar lagi kerap dan up-to-date. Orang bukan nak pun baca panjang2.

      Barulah boleh panggil travelog.

      1. queen Avatar

        betul… betul.. betul.. aku sokong… kalo semua nak diselitkan bosan plak org nk membaca…

  5. ohcikgu Avatar

    hoho..terbaiklah..tak pernah gi munich..

  6. ekspresiruang Avatar

    train di Deutschland adalah nadi kpd negara. syarikat Die Bahn (DB) yang uruskan train2 kat sana sama taraf konglomeratnya dengan Petronas di Malaysia. Stkt KTMB tu jauh beza pengurusan dan teknologinya. Gi Ulm dari Muenchen naik ICE x, bro? hehe

    1. ariff Avatar

      ICE mahal la. Saving2.

      1. ekspresiruang Avatar

        tapi alang2 dah tour german tu, try la naik sekali. hehe

  7. Sabahan Bloggers Club Avatar

    Kalau kat sini, stesen train jauh2 dari rumah. lepas tu takde kemudahan tempat letak basikal (ada yang dah ada). Train plak ada kemungkinan besar rosak dan perlukan perjalanan yang lama (port klang ke KL sejam lebih, naik kereta baru 30 minit).

    1. ariff Avatar

      Banyak nak kena improve. Jerman ni dah berpuluh tahun guna train.

  8. nasslimdiet2 Avatar

    kat sana panas ke tak ye? kalau kat sini pi keje naik basikal mau berpeluh. hehehe

    1. ariff Avatar

      Sini sejuk. Aku pun terkejut sebenarnya sebab kat Moscow panas dah..

  9. KNizam Avatar

    suka dengan siri travelogue mcm ni hehe :)

    1. ariff Avatar

      siri seterusnya dah siap. malam nanti saya post.

  10. izwan Avatar

    wah menarik tu muzium BMW.nanti updatelah kalau pergi.hehe.
    mat rempit dia ada kelas :P

  11. irma Avatar

    ya. saya ada sorang kawan, pernah belajar di german. mereka satu family naik basikal. kagum jugak tgok anak kecik2 bawak basikal nak pergi mana2.

    kita di msia naik basikal masa zaman sekolah ja. lepas tu simpan.:)

    1. izwan Avatar

      mereka diajar utk jaga alam sekitar daripada kecil.dah jadi gaya hidup sebab tu mana-mana pergi naik basikal