Jalan-Jalan Eropah (Siri 2) – Munich Airport

Flight tiga jam lebih je. Nak tido pun tak sempat. Macam biasa aku duduk seat belakang, sebelah takde orang (memang bagus sangat tu), kerusi hujung sekali ada sorang lelaki. Tak pasti orang Jerman atau orang Russia. Katanya pergi Munich sebab nak balik kampung, kerja kat Russia. Kerja apa? Entah la, aku pun tak faham apa dia cakap tadi. Baik je, siap boleh tersengih tersenyum.

Sekitar airport

Sekitar airport.. depan terminal 2

Sampai Munich Airport, macam rusa masuk kampung. Dah lama sebenarnya nak tengok airport ni sebab dulu, pernah terdengar lapangan terbang ni antara yang terbaik/tercantik di dunia pada masa tu. Betullah kot, memang cantik.

 

Nak cop passport kena interview kejap dengan pegawai imigresen tu. Ada yang sangkut lama masa interview, kalau dah siap-siap beli pakej pelancongan, dia kasi lepas senang je. Dia tanya berapa lama nak tinggal kat Jerman. Tak tau nak jawab apa, aku cakap la aku lepak dengan kawan aku. Lepas tu bagitau dia weekend ni nak pergi ***** (luar Jerman). Dia kasi lepas.

 

Nak keluar lepas amik luggage tu kena tahan dengan kastam. Bengong. Ni kali kedua kot aku kena tahan kastam, sekali masa sampai Moscow tahun lepas, tapi bila cakap aku student, dia kasi lepas tak banyak soal. Time ni memang habis-habisan dia check. Tak tau kenapa. Mungkin sebab aku datang dari Moscow, mungkin sebab muka aku nampak lost, mungkin sebab terlebih hensem atau mungkin juga sebab aku bawa ‘beg askar’.

Beg askar

Dia suruh buka luggage bag. Then pakai glove sebelum punggah segala jadah dalam beg aku. Lepas tu check beg askar tadi, buka wallet, siap kira tengok sehelai-sehelai duit Rubel dalam wallet tu. Dah kira, dia suruh lagi sorang convert dalam Euro, nak check terlebih ke tak. Dah puas hati, dia blah. Tapi muka friendly la, takdelah dia buat muka bajet ganas macam polis minta rasuah.

 

Dari Munich aku kena naik tren ke Ulm. Kawan aku tak tunggu pun kat sini sebab dia busy. Kalau tak busy pun, aku tak suruh dia amik aku. Saje nak jadi independant sikit. Kalau sesat pun dalam Jerman je kan.. haha.

"Ko godek-godek mesin tu, kasi faham dulu. Baru beli tiket," kata kawan aku.

Pasal tren tu semua aku dah tengok sikit-sikit malam tadi. Dapatlah gambaran. Problem aku sekarang, kat Ulm ada 4 stesen. Stesen mana satu aku nak turun nih? Jadi melilaulah aku mencari wifi free kat airport ni. Agak susah nak cari, kebanyakannya berbayar. Nasib baik ada Starbucks. Kat Starbucks confirm ada wifi free.

 

Ada internet confirm boleh hidup, tak sesat. Jadi sekarang kena guna Google Maps jelah tengok stesen Ulm yang mana satu.

33 Comments