Kali kedua menjejakkan kaki ke Alor Setar atas tujuan kerja. Memang best kadang-kadang dapat keluar dari KL, lagi best kalau tak perlu keluar duit sendiri. hehe..
Jadi entri ni nak cerita pasal makan jelah. On the way ke Alor Setar, stop di Puncak Mutiara Cafe, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Not bad tempat ni and very unique. Walaupun terletak dalam kawasan kampung, tempat ni memang akan sesak dengan pengunjung on weekends dan cuti sekolah. Specialty diorang adalah kambing dan kambing semua mereka ternak sendiri. Tempat ni asalnya adalah pusat ternakan kambing dan mereka branch out buka bisnes restaurant.

The unique thing about this place is customer makan di gazebo masing-masing. Really private and relaxed.

Nasi Beriani Peha Kambing. Ok la.. Harga dalam RM25 camtu.

Kambinggggg..

Sebahagian daripada kambing yang dibela. Besar lagi kandang ni sebenarnya.
Nothing much kat Alor Setar walaupun tajuk entri ni jalan-jalan cari makan Alor Setar. Kerja macam biasa. Alignment and symmetrical check pada kapal Pilatus.

Teropong guna benda alah theodolite ni memang boleh mengundang makian.
Macam biasa kalau ada job kat Alor Setar ni kami akan menginap di Holiday Villa, Alor Setar. Rasanya Holiday Villa paling mahal kat situ, tapi kualiti dan servis hotel ni memang makin teruk. Bilik takde air panas dan masa sampai haritu house keeping lupa nak letak tuala. Breakfast pun ala kadar je buat; meehoon kosong, nasi goreng terlebih masin. Kalau ada hotel lain yang better, memang dah pergi.
Habis kerja, jalan-jalan cari makan malam. Dimulakan dengan mee ketam. First time makan mee ketam ni. Tapi mee ketam ni bukanlah di Alor Setar sebaliknya di Kampung Bagan Nyiur, Simpang Ampat, Pulau Pinang. Hampir sejam drive malam tu semata-mata nak cari mee ketam ni.

Mee dan satu ekor setengah ketam di dalamnya
Kebetulan 50 meter dari kedai mee ketam ni ada masjid dan ada ceramah sedang berlangsung. Kereta beratur park tepi jalan. Pergilah singgah kejap. Rupa-rupanya Ustaz Kazim Elias tengah bagi ceramah. Selalu tengok dia dalam tv je kat Astro Oasis / Al-Hijrah sebab dua channel tu je buka kat rumah. Kagum sekejap dapat jumpa hadiri ceramah ustaz selebriti ni secara live.

Satu kampung turun..

Tak dapat stay lama sebab nak kena balik Alor Setar. Jadi bertolaklah kami pulang. Tapi sebelum balik, singgah ke Sungai Dua untuk char kuay tiow kat situ. Tempat ni memang popular dan char kuay tiow dia memang power!

Memang tak jumpa la char kuay tiow yang power macam ni kat KL
Kalau outstation macam ni memang rosak diet. Susah.. susah. Dua bulan lagi nak naik pelamin ni. Kena strict sikit lepas ni.

Comments
36 responses to “Jalan-Jalan Cari Makan Alor Setar”
Menariknya bila pegi outstation nie memang rezeki makan-makan ni murah ….dah kalau area utara ni boleh dikategorikan berbaloi untuk wang la kan…
Next time try la hotel park avenue dkat sungai ptani. Sp ke alor star x jauh mn pn.
Ok thanks! Nanti saya check
Puncak mutiara memang best! Selalu usrah buat di puncak mutiara sbb ustaz sy minat tempat yg santai hihi. Ada bau kambing kalau ambil tempat betul2 line pintu masuk. Itu yg uniknye.hihi. Char keow teow sg dua memang sedap, selain tu ada lagi yg sedap di Alma. Rasa pernah masuk tv. Tepi jalan je. Sentiasa penuh.
Pergh kambing… boleh tahan.
Alor Setar nih, bukan popular dengan ‘Mee Abu’ ker?
tapi tengok gambar Nasi baryani dgn peha kambing tu pun, fuh, terliur dibuatnya…
Ok. Mee Abu pun first time dengar. Next time saya cari
Suka dengan susunan blog ini! nampak kemas dan menarik! terbaik bro…
Banner atas tu je tak buat2 lagi..
Puncak Mutiara tu dekat kampung saya ler. Tak cuba minum susu badam kat situ? memang best!
Susu badam? First time dengar.
Ok. Nanti pergi try susu badam pulak.
p la makan koiteow kerang iman kat alor setaq tu..sedap apa..lagi satu roti canai beratur kat derga..boleh la lepak2 malam
Kuey tiow kerang dah masa trip pertama. Best!
Roti canai beratur yang mana eh? Roti doll tau la. Tapi pergi hari tu tutup pulak :(
dah mai aloqstaq dekat dgn kola perrrghlih…mai makan ikan bakaq dgn laksa kola.tentu best.
eh?nxt time dtg kedah try ddk kt hotel star city..i think the hotel is better
Will try. Thanks for the recommendation
woah sedapnyaa… rasa lapar pulak bila baca entri pasal makanan ni. haha
Rugilah tak masuk pekan baru sekali masuk msti nk pi lg
Char keow tiew sg dua mmg terbaekk
Sedap tu bro.
Nasi tu nampak sedap ..Fuhh!
ni betul2 cerita makan semata-mata..memang best lah..haha
haha.. memang tak buat benda lain. Makan je kejenya
Makanannnn
Bila nak belanja aku makann??
Ramai awek tak?
Insaflah..
“Selalu tengok dia dalam tv je kat Astro Oasis / Al-Hijrah sebab dua channel tu je buka kat rumah.”
tolonglah. please.
Nanti u tengok sendiri la. Tak percaya pulak
Kau pergi Pekan Rabu beli pekasam tak?
Lalu je Pekan Rabu tu. Tak reti masuk2 pasar ni
Hoho. Takpe. Next time datang singgah sana.
Mee Ketam dengan Char Kuay Teow tu nampak sedap dan terliur dah ni. ;)
Memang sedap!
sekali sekali kerja outstation ada masa boleh ronda mmg best
mati kutu kalau outstation tp xda pluang nak meronda.. huhuh
Time outstation la boleh relax sikit
Kalau ada masa naik menara Alor Setar.
Nampak bosan jer.. haha