Jalan Jalan Beijing (Part 2)

Reading Time: 2 minutes

Fuh memang letih flight ke Beijing, nasib baik lah ade in-flight-entertainment. Memang tak bosan lah, tapi flight lame sangat 7jam 40minit, banding dengan mereka-mereka yang pergi London ade lah dalam 3jam lebih flight..

Gereja Kristian Orthodox di Beijing

Tapi sesudah aje landing kat Beijing, Fuh! Puas.. Memang puas, sebabnya cuaca sejuk je, nyaman, tak macam cuaca kat Moscow yang sejuk beku, keringkan kulit, sakit betul cuaca musim sejuk die..

Sekarang masalah utama, macamane nak ke hotel? Alamat dah ade, tunjuk kat polis die kate A, tunjuk kat cashier die kat B, tunjuk kat awek Beijing faham bahasa Inggeris die kate C. Memang masaklah kat situ. Dah timbul masalah pertama. Mesti terfikirkan, takkanlah tak naik tren, memang ade, tapi masalahnye, Yan Xiang Hotel yang kita orang nak duduk bukan dekat dengan stesen tren. Jadi ambik teksi lah, mahal pun mahal lah asalkan sampai.

Kedai kedai tepi jalan.. Sekali tengok macam kat Jepun pulak

Pemandu teksi memang tak tahu ape bahasa Inggeris, nasib baik phone dah roaming, call lah hotel, akhirnya die bawak jugak kita orang.. Yang lawaknye ade ke nak masuk teksi ikut sebelah kiri kereta (konon nak duk depan lah), sedangkan nih bukan Eropah (bawak sebelah kanan) tapi Asia lah! Tergelak aku sendirian..

Wangfujing Street, lebih kurang macam Petaling Street, tempat membeli-belah buat pelancong

Teksi ke Hotel dah agak dah dalam RM 50 (RM1 = ¥2, Sebutan Yuan), tapi alahai, orang teksi pun bawak salah tempat, dapat masuk hotel mewah.. Nasib baik receptionist baik, tolong carikan teksi satu lagi, terangkan arah ke hotel kami tujui. Akhirnya kami sampai setelah 2 jam keluar dari airport, memang penat tapi masih banyak perlu diterokai..

P/s: Nantikan pengalaman cari tempat makan, naik metro (subway di Beijing), serta masalah yang dihadapi masa nak balik ke hotel naik teksi/bus. Kepada yang belum baca, boleh check out Jalan Jalan Beijing Part 1


Posted

in

by

Comments

21 responses to “Jalan Jalan Beijing (Part 2)”

  1. Sewa Mobil Avatar

    Duh, kapan ya saya bisa kesana ini, nabung duluah, biar saya bisa jalan2 juga, seneng liat yang seger2 soalnya

  2. warna Avatar

    pasni pi mana pulak?
    pi lah taiwan.. such a convenient country.
    penduduk pun friendly.

  3. aizuddin Avatar

    haha..memang betul..ramai orang kat cina tak reti speaking b.i..taxi driver pun sama..aku pernah kena..huhu
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. Nuffnang Atau Advertlets? =-.

  4. aboi Avatar

    bab naik teksi tu – duduk depan – kiri kanan = aku konpius !
    pening2..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau kat Eropah ngan Amerika, pemandu duduk sebelah kiri.
      Kalau kat Asia ngan UK, pemandu duduk sebelah kanan.

  5. Jihan Avatar

    cam best je dpt g beijing…bila la nak sampai ni…

  6. iyllienaz Avatar
    iyllienaz

    huhu..smpai2 je dah sesat..pengalaman terbaik..
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. upgrade celcom 3G =-.

  7. Lord Zara Avatar

    walao!!
    sangat syok!!
    gambar yang di ambil juga best~
    zara, kawal diri.
    duit gaji nak g benda lain, jgn beli tiket ke beijing~
    Huwaa~
    sepupu aku belajar kat beijing~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Bulan Merah Memang Panas! Cikgu, Saya Mahu Suntikan Dari Cikgu Sebab Cikgu Nampak Menggoda. Hari Ini Saya Sakit Sini (Sambil Tunjuk Jantung) =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Oo. Kalau ada sepupu sana lagi senang. Lepas tu pergi naik AirAsia. Murah je kot.

      Pergilah.. pergi jalan-jalan :D

  8. F I T Avatar

    kalau tak salah beijing ni tempat cina islam tinggal kan?owh tak sabar nak baca camna nak cari makan kat sana? makanan diorang camna?lagi sedap dari kita ke?
    .-= Cerita terbaru F I T.. Rumah Paris Hilton Dirompak! Korang? Ikut Tips Balik Kampung Ni! =-.

  9. alan Avatar
    alan

    ko ade call aku ke smlm?nape?ym la aku if ade pape

    1. ariff Avatar
      ariff

      ok2

  10. Azharramli Avatar

    Been there twice musim panas dgn musim sejuk…silk road ada lagi ke bro???Kat situ murah-murah wehh..alang-alang naik train pegi shang hai bro..14hours jorney keteapi best macam dalam flight wooo…
    .-= Cerita terbaru Azharramli.. EDISI SERGAH – ARC@ASFAN =-.

    1. syahmiafnan889 Avatar

      Boleh je try g Shanghai, tapi lepas nih nak buat kerja giler ambik tren dari Moscow ke Beijing pulak… or Fly ke Hong Kong pulak lepas nih…
      .-= Cerita terbaru syahmiafnan889.. How to Shoot Around Bright Light Indoors and During Nighttime =-.

  11. wawaa Avatar

    lain kali ko usung Alan skali..sure x sesat..tu la ko..xnak g skola cine dlu..=P
    .-= Cerita terbaru wawaa.. FIFA World Cup 2010! You could be there. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      bukan aku yang pergi da..

      1. wawaa Avatar

        peringatan! =P
        + suggestion

  12. Jalan Jalan Beijing (Part 2) | blog.ariff…

    Tapi sesudah aje landing kat Beijing, Fuh! Puas.. Memang puas, sebabnya cuaca sejuk je, nyaman, tak macam cuaca kat Moscow yang sejuk beku, keringkan kulit, sakit betul cuaca musim sejuk die…..

  13. diden Avatar

    wah menarik!
    suasana kt cina ak rasa
    lg nyaman. g sana kna speaking hbis ke?
    msti kna thu jgk bhsa cina hehe
    .-= Cerita terbaru diden.. PENCURI YANG BINATANG =-.

    1. syahmiafnan889 Avatar

      Tak speaking lah kat sane, cume kalau die tak faham bahasa Inggeris, tunjuk lah map ke, ape2 lah buat die faham.. Tak daham jugak pakai lah bahasa isyarat… Tapi ade tour guide so not bad lah, few days je puna de tour guide
      .-= Cerita terbaru syahmiafnan889.. How to Shoot Around Bright Light Indoors and During Nighttime =-.

      1. Sewa Mobil Avatar

        Wah, tapi kapan ya ini saya bisa kesana, he..he, kayanya menyenangkan