Jakim Memang Business Minded

Reading Time: 2 minutes

kursus-selepas-kahwin-jakim

 

Artikel penuh: Jakim wants mandatory post-marriage course for Muslim couples

Dah baca ke pasal Jakim nak wajibkan pasangan yang dah berkahwin hadiri kursus selepas berkahwin selama tiga hari dua malam setiap lima tahun sekali?

Tak tahu idea siapa ni. Sedap-sedap je nak wajibkan. Valid ke tak hukum tu di sisi Allah nak main wajib-wajib ni? Jadi kalau pasangan tak hadir kursus ni, kena apa? Kena cerai? Perkahwinan tak sah di sisi Jakim?

Bisnes berkaitan perkahwinan ni memang menguntungkan. Yelah. Nak tak nak orang kena bayar dan orang memang ready nak bayar. Kalau pergi kursus kahwin kat bandar besar ni, kena book slot awal-awal sebab every week penuh. Bayangkan sekali kursus 2 hari dapat 40 pasangan dengan setiap pasangan bayar RM150 dan sebulan 4 round kursus. Sebulan roughly RM24,000 income company yang buat kursus kahwin ni woi!

Itu kalau satu tempat. Biasanya company sama takkan buat satu tempat punya, confirm dah kawtim beberapa tempat lain.

Kos penceramah tak mahal. Bayar penceramah sehari RM1k dan penceramah sama bagi ceramah empat kali sebulan, penceramah dapatlah extra income RM4k. Penceramah nak kahwin dua pun takde masalah. Yelah, supaya ada banyak lagi experience bab kahwin ni. Baru qualified kasi ceramah kahwin. hehe..

Modal tak banyak. Sewa bilik ceramah kat masjid berapa sangat kosnya..

Now, bayangkan untuk pasangan kahwin punya kursus. Of course kena bayar. Orang gila je fikir Jakim nak bagi free kursus macam ni. At least course fee mesti minimum RM300. Tu belum masuk penginapan. Kos makan. Semua tu boleh charge pada peserta kursus tak terpaksa pergi. Terpaksa.

.. yang ada anak kecil macam mana? Boleh bawa sekali? Atau kena tinggalkan kat orang lain suruh jaga? Siapa nak bayar kalau kena tinggalkan kat orang lain tu?

.. yang tak mampu macam mana? Kerja kerajaan gred rendah-rendah tu nak wajibkan pergi kursus berbayar macam ni?

Paling best, lima tahun lagi peserta terpaksa ulang benda sama dan of course fee jadi lagi mahal la. Inflation beb.

Siapa yang untung? Mereka yang dapat lesen/tender daripada Jakim untuk buat kursus ni. Inilah namanya meningkatkan ekonomi bumiputera. Benda yang takde, diadakan, lepas tu guna agama untuk wajibkan orang join ( ..dan bayar of course).

Tahniah Jakim!


Posted

in

by

Comments

22 responses to “Jakim Memang Business Minded”

  1. Njiheam Avatar

    Bagus buat kursus, tapi tak perlulah diwajibkan. Lebih baik buat kempen besar-besaran di media lagi berkesan. Kursus dua tiga hari, balik lepas tu nota campak merata…belum kira tertidur dalam kursus, ada hal dll. Bagi pasangan bermasalah, buat sesi kaunseling. Kadang-kadang pihak berwajib ni suka buat arahan sesuka hati tanpa mengira pandangan majoriti rakyat.

  2. siti hazreen Avatar

    Hurmmmm, ada baik dan buruknyer

  3. Iskandar Avatar

    Yup. Saya setuju dgn Ariff.

    JAKIM tahu yg kursus sebelum perkahwinan itu kursus yg gagal capai matlamat.

    Malah buat tambah dosa sbb ramai yg datang sekali naik kereta, motor dan buat ‘praktikal’ awal di hotel lepas balik kursus.

    Sekarang nak tambah satu lagi kursus yg gagal.

    Selain dari faktor wang, saya sebenarnya tak tahu mengapa nak dibuat.

  4. Ezlaila Avatar

    Kita hargai niat dan tujuan murni pihak Jakim dalam menangani peningkatan kes penceraian, tapi adalah lebih baik mendapatkan reaksi dan maklum balas dari orang ramai terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dicapai.

  5. Linda Avatar

    Saya tak bersetuju dengan cara macam ini, akan menyusahkan masyarakat di masa akan datang

  6. brohantu Avatar

    JAKIM PUN PANDAI BERNIAGA

  7. Noraizan Avatar

    Betul ke ni? Nape lak ye

  8. Denaihati Avatar

    Wajib mungkin sebab kadar perceraian yang sangat membimbangkan dan majoriti perecraian sebab kurang ilmu selok belok perkawinan.

  9. subang car rental Avatar

    Kos perkahwinan semakin meningkat….. ditambah pula dengan adat2 rekaan manusia, ini ditambah pula dengan karenah JAKIM. sudah2lah…..permudahkanlah urusan perkahwinan.

  10. myvitrd Avatar

    Patutnya bagi free je bro.. kalau nak bantu golongan berkahwin ni mantapkan lagi rumahtangga mereka..

  11. fazrol Avatar

    Tak payah wajibkan…
    Dan free aku setuju…

  12. yusri Avatar

    Kalau macam ni aku pun tak setuju. Asyik nak kena bayar je hidup kat Malaysia ni.

  13. Yuzz Avatar

    Saya tak setuju, kecuali kalau percuma.. Dah boleh agak siapa yang akan dapat tender tu nanti..

  14. Kereta Sewa Selangor & KL Avatar

    Aduiyai apo la nk jadi tak semua orang mampu nk pergi nk kluar duit kan.

  15. ohcikgu Avatar

    Tahap wajib tu..aku rasa tak sesuai. Tapi serius..memang kene pegi. Sebab da ramai aku jumpa pasangan..yang alfatihah pun gagap..baca quran pun jarang.. doa qunut tak tau..

    Dan memacam lagi. So..orang pempuan..masa inilah nak tahu serba sedikit pasal bakal laki nanti..

    Sebab.even da pegi kursus pun..ada lagi yang tak tau step by step nk urus hal nikahh..

    So..overall..lebih baik ikut dari tak ikut. Aku rasa banyak benfitnya. Bab buat duit tu..normal la tu. Siapala nak kerja tanpa duit..even ustaz tu tak nak..tapi dia tetap ada bini dan anak yg kena suap..

    1. Naziman Azlye Avatar

      Bermasalah dalam fardhu ain tidak mewajibkan pasangan pergi kursus munakahat. Orang tidak pandai baca al-Fatihah perlu datang kursus membaca al-Quran atau kursus kaunseling malas belajar bukan perlu datang kursus kahwin.

  16. myrujukan Avatar

    x setuju la kalau semua buat sekali, susah nak handle nanti, yang buat biasa skrg pun banyak karenah birokrasi, buat kepada pasangan yang bermasalah ja

  17. Naziman Azlye Avatar

    Saya kurang bersetuju dengan projek ni. Daripada satu sudut, kita tidak menafikan institusi kekeluargaan sekarang begitu bobrok dan merunsingkan tetapi untuk menyapu rata semua pasangan wajib menyertai kursus, itu satu tindakan kurang bijak. Setiap pasangan mempunyai masalah yang amat berlainan, kadang-kadang permasalahannya bukan lagi pada disiplin ilmu agama tetapi sains sosial.

    Salah satu langkah awal, perbaiki dulu perkhidmatan sedia ada. Contohnya, kursus kahwin. Dengan kursus kahwin yang tidak bermutu dan banyak kelucahan, adakah itu ingin dihidangkan pada pasangan yang ingin nikah?

  18. Rizuan Avatar

    Cari income lebih. Rakyat dah kaya.

  19. mtbink.com Avatar

    ada GST tak?

  20. azman Avatar

    Tak setuju…tujuan untuk apa?..kalau yg bermasalah tu elok panggil utk counseling jer.

  21. Katak Comel Avatar

    cara paling senang nak cekau dwet rakyat…
    puihhh