Jadual Update Blog

Rasanya sekarang perlu ada jadual untuk mengemaskini blog-blog yang saya handle. Biasanya setiap tahun memang saya membeli domain dengan harapan dapatlah membuat niche blog untuk domain tersebut namun yang selalu terjadi adalah projek dan idea untuk membuat niche blog tadi terbengkalai. Orang cakap hangat-hangat tahi ayam je..

Tak pasti samada mudah ke tak buat niche blog. Kata orang, mudah je. Saya tak rasa mudah sebab semua entri tu kena tulis sendiri tapi saya pernah terdengar mereka yang aktif dalam bidang ni hanya menggunakan software autoblog untuk mendapatkan entri baru setiap hari. Tak taulah sejauh mana kebenaran perkara tersebut. Kalau ada yang berpengalaman, harap boleh berkongsi.

Pada pendapat saya, niche blog ini boleh berjaya sekiranya kita memilih niche yang kita minat. Disebabkan itu, takdelah terasa bebanan nak update blog tersebut kerana bidang tersebut memang menjadi kegemaran kita untuk baca dan olah semula dalam bentuk blogpost. Niche blog paling untung adalah dalam bahasa Inggeris kerana market yang lebih besar. Itu sudah pasti.

Selain daripada niche blog, saya juga menjadi penulis jemputan tetap di blog Denaihati untuk segmen tutorial dan segala yang teknikal tentang blog. Jadi kalau ada request untuk tutorial, bolehlah hantar kepada saya di ariffshah[at]facebook.com. Semua tutorial dan penulisan teknikal tentang blog akan dilakukan di sana supaya blog.ariff ni kembali menjadi blog personal.

Jadi sekarang saya perlu membahagikan masa antara ketiga-tiga buah blog ini. Niche blog saya boleh dikemaskini setiap hari kerana ia berkait rapat dengan keadaan semasa sekarang. Perlu ada jadual supaya takde satu pun blog terabai. Tak dapat bayangkan bagaimana pula mereka yang mempunyai banyak niche blog. Ramai sebenarnya yang menjana pendapatan senyap-senyap melalui blog-blog ini.

Harap kali ni apa yang diusahakan menjadilah. Niche blog ini juga sebagai medan latihan untuk mempraktikkan pengalaman blog dan pengetahuan SEO.

Kepada yang baik hati, harap boleh menekan butang Google +1 di sidebar blog ini. Penat saya buat semalam, dua jam jugaklah cuba meniru design yang digunakan di sebuah laman web yang besar ni. Saya ubah sikit untuk meletakkan subscribe box tu. Cantik kan?


Posted

in

by

Comments

50 responses to “Jadual Update Blog”

  1. Pacifista Avatar

    macam mana ko buat tu bro?alahai…bab edit code orang ni yang aku fail
    :p

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Belajar lagi. 6 months ago, aku pun macam ko. Now, nak cilok coding orang pun takde masalah dah.

  2. Que Avatar

    aku pun setuju untuk blog niche perlulah dekat dekat minat dan kepakaran kita. contohnya aku minat giler EPL & Man Utd. Everthing pasal bola EPL dalam kepala je. So nak tulis panjang-panjang memeng tak de hal. Tapi aku malas nak tulis dalam English sebab grammar kurang baik. hehe

  3. sha myheart Avatar

    Kenapa perlu tukar niche?
    Tutorial Ariff kat Denai Hati pun, saya masih pening-pening. But, good job.
    Tutorial tu untuk mereka di tahap tinggi, dah faham semua sistem dan keywords. Orang yang tak tau apa-apa memang tak faham. Haha~

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      bukan tukar, cuma kecilkan. Blog ni lebih kepada entri personal sebab memang dari asal blog personal.

      Bab tutorial tu… memang susah sikit kalau nak buat sesuai untuk semua level tapi saya cuba jugaklah buat supaya ramai orang faham. Takpe, belajar slow2.

  4. reezluv Avatar
    reezluv

    aku dah slowkan pembinaan niche blog ni..dulu memang tiap2 bulan beli domain..

    aku penah buat autoblogging pakai WP-Robot.Tapi baru-baru ini aku dapat notis dari satu site tentang infringement ni..so aku akan rebuild balik le post-post aku tu..cum yang masih steady lagi sampai skarang cuma niche travel ngan business aku je masih on lagi.itu pun jarang update..

    kalau dapat tulis sendiri tu lagi bagus,sebab lagi unique la dan advertiser amat suka ngan unique content..rujukan aku biasanya Copyscape je..tapi limited le plak nak check sebulan..

    lau susah sangat dan sibuk sangat,hire je la writer..skang ni aku cuba fokuskan niche tertentu je sudah..tak terhandle..autoblog dah tak bape relevan skang ni aku rasa ko dengan adanya Panda….demm

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Hire writer nampaknya memang tak dapatlah sebab takde bajet. Anyway, thanks a lot atas perkongsian ni. Amat membantu. At least tau dah sikit-sikit apa yang boleh dibuat dan apa yang tak.

  5. SS Avatar
    SS

    cilok jap
    *bukak page source, copy and paste, edit*

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Karang kasi linkback. haha!

  6. donha Avatar

    cantik la bro. nam buat jg la~~~
    aku pun baru je membeli domain & hosting baru. harap ini tak jadi projek hangat2 tahi ayam la. Mesti kena ada semangat. =)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Semoga projek berjaya bro. All the best!

      1. donha Avatar

        dah berjaya pacak domain baru tu. amin. harap2 doa bro termakbul. =)

        pfft. tgh mencari jalan nak setup fb like/twitter/g+ plak. mane nak susun macam kt blog ariff ni yea? >.<

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          benda tu xyah peningkan sangat awal2 ni. Seminggu pertama, pastikan content ada tiap2 hari.

  7. Noriz Avatar

    pening gak nak pahamkan ni….huhu

  8. Tuan Tanah Avatar

    betul laa..kena ada jadual utk semua ni…..blog saya pun tak terusik bila kekangan kerja melanda..

  9. Hisyam Avatar

    Bro, widget yang tunjukkan jumlah fanpage fb, follower twitter, google+ dengan subscribe tu buat camne? Boleh bagi panduan?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      oh. tu semua buat sendiri guna CSS. Kalau ada basic CSS, memang boleh buat sendiri dah.

      Basically aku pecahkan setiap bahagian kepada beberapa div dengan class tersendiri dan stylize setiap class.

  10. nizam ijam Avatar

    hehee personal blog jer r :D

  11. paeh Avatar

    cakap titan tu betul. kau boleh tanya dia ariff.

    mengenai autoblogging sistem. lepas kau guna. kau perlu rewrite balik content yang dia keluarkan.

    kalau main niche blog ni orang selalu tarik ads link. macam titan, hanep. adsense susah sikit. tapi ada je terer macam zizan, kak yan.

    hehehe.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Itulah. Zizan hidup relax je aku tengok. Mesti masyuk dia punya income. Takpe2. Balik nanti aku nak pakse dia ajar.

  12. titan Avatar

    kena kuat usaha. niche blog tak perlu banyak sangat trafik. yang penting content, blog cantik..dan tahu cari advertiser. Insya-Allah..ada habuannya. Tapi kalau nak trafik..main dari SEO. Mesti boleh dapat. Tapi tak sekencang trafik macam dari blog personal la..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Wah. Kata-kata daripada orang yang berpengalaman. Terima kasih atas nasihat.

  13. Sya Isya Avatar

    macam best je ada niche blog ni, tapi rasa agak payah juga nak siapkan. kadang2 rasa blog rojak lagi senang.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Best ke? Kalau successful jadi best la. Kalau tak, agak penat.

  14. yangbaik Avatar

    sesekali tersesat pula kat sini, lapang pula mata memandang… blog aye tak de niche yang tertentu ikut suka mood nak la…ekk

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      tersesat eh? nasib baik layout bersih je. kalau tak lagi pening. Asalkan puas dengan content blog sendiri ok dah.. Kalau nak buat duit, usaha lebih sikit.

  15. Mohd Isa Avatar

    cerita bab niche blog, domain aku pun belambak. still terbengkalai. kekangan masa dan talian internet. blog aku sendiri pun dah lama tak update. tak tahu bilalah nak update. bro nak tak menjadi penulis jemputan kat blog aku? hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Hehe.. rasanya dah penuh slot nak jadi penulis jemputan kat blog lain. Final year projek pun dah makin dekat due datenya..

  16. Fakarepain Avatar

    Perlu perancangan yang rapi dan teliti kalau minat nak buat niche blog ni..

    saya minat niche sukan.. tapi dah berlambak blog sukan kat luar tu.. huhu

  17. NIK Avatar
    NIK

    masih belajar dan akan terus belajar.sopan gile ayat kali ni,saya.haha.semoga idea blog tidak lagi terbengkalai.

  18. eyriqazz Avatar

    chaiyook..niche apakah yang bakal dipilih oleh bro agaknya ya?

  19. Azuan Avatar

    Niche blog mmg untung bro jika niche yg kita bawakan itu ada permintaan. Byk yg blh di manipulasi.. Ada yg guna autublog, tp skrg sejak google panda update, autoblog ni mudah nak kene banned di google. Sbb panda skrg ni mementingkan kualiti entry. Dan autoblog tu adalah entry yg dicopy dari blog lain.. tp masih ada lg cara dia nak elakkan jd duplicate content.

    Bercadang2 gak ni nak buat social connet kat sidebar style mashable tu. :)

  20. rohaya Avatar

    baru belajar mengenali wordpress, datang sini untuk mendalami ilmu wordpress.

    memang perlu untuk mengatur jadual untuk update blog sekalipun hanya ada 1 blog agar tidak terbiar usang tanpa entry.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau ada apa-apa yang nak tahu, boleh tanya. Mungkin saya boleh bantu.

  21. Lord Zara Avatar

    Gigih kamu.
    Aku sekarang di #DSZ, update sehari sekali. Kadangkala 2-3 hari sekali baru update sebab sibuk kerja. Dan menulis di Terfaktab pun perlu juga memandangkan kami dah terbitkan buku dan perlu kumpul material baru. :)

    Dan penulis jemputan di 2 blog lain pun kena uruskan.
    Kadangkala terlepas pandang juga. Kena belajar dengan kamu ni.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Hebat dah sekarang siap ada buku.. Tahniah!

  22. afiqaiman Avatar

    aku sekarang tgh usahakan blog niche penulisan blog tapi agak dukacita jugak dari segi trafik. hoho. baru aku tau payah jugak nak urus blog niche ni. kena banyak sabar. kalau x mmg berhenti sekerat jalan la

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Hehe.. trafik tu memang penat sikit nak kejar. Kena ada kecekalan kalau nak bangunkan blog dari 0

  23. syahrilhafiz Avatar

    sejak bila pakai saya. nampak sopan pulak kali ni..hehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Hehe.. saje nak try walaupun sebenarnya sama je dengan ‘aku’

  24. Ekspresi Ruang Avatar

    niche blog ni mmg kena btol2 berminat.
    mcm blog aku skg ni pon walaupon tau xramai org Malaysia yg minat iD ni tp utk long term insyaAllah bley dpt tmpt dlm carian kalau ramai org Msia nk mencari sesuatu yg lebih kreatif dan segar dlm rekaan dalaman dan plg penting bahasa Melayu.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Aku rasa blog ko ada strength tersendiri. Just keep on updating dan mungkin kena ada marketing sikit-sikit supaya word goes out.

  25. fasha sandha insaf Avatar

    lama jugak tu kalau 2 jam..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Baru belajar. Benda senang pun makan masa lama.

  26. Fazreen Avatar

    button dan field subscribe tak selari, ke memang macam tu?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Itu yang makan masa paling banyak semalam. Ko tolong tengok2 kan CSS dia mana tau boleh buat.

      1. Shahrul Avatar

        apa kata tambah

        .sidesub form {
        width: 250px;
        }

        kalau salah jgn marah :)

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          tak jadi la camtu. tapi aku rasa dah ok sekarang. Baru jumpa solution.

  27. Shahrul Avatar

    hehehe…ada pengaruh mashable sikit kat sidebar….sama la kita

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hehe.. agak dah. Mesti ada orang dah buat dulu.