Jadual Peribadi Kehidupan Harian Steve Jobs

Jadual ini ditemui dalam iPad kepunyaan Steve Jobs. Menunjukkan perincian tentang aktiviti hariannya setelah meletakkan jawatan sebagai CEO Apple.

 

haha. tak la. Jadual ini dibuat oleh beberapa individu untuk melawak. Tapi apa yang digambarkan Steve Jobs sebagai seorang yang memang control freak adalah benar. Pernah dalam satu kes Steve Jobs menghubungi pekerja di Google tentang warna yang tidak betul pada huruf ‘O’ dalam logo Google semata-mata untuk memberitahu dan meminta mereka untuk memperbetulkannya secepat mungkin. [berita penuh]

Panggilan itu dibuat pada hari Ahad, Januari 2008. Aku yakin tak ramai CEO dalam dunia ni yang sanggup untuk meluangkan hari Ahad mereka dengan meneliti sesuatu berkaitan kerja. Dan untuk menyedari gradient warna yang tak betul pada huruf dalam logo Google tersebut memerlukan tahap kepekaan atau attention to detali yang sangat tinggi.

Mungkin pada sesetengah orang, ini adalah perkara kecil tapi apa yang dibuktikan di sini adalah Steve Jobs merupakan seorang yang perfectionist. Aku yakin dia mengambil tahu tentang segala-galanya berkaitan Apple, bermula daripada pembangunan produk sehinggalah kepada rekabentuk Apple Store. Sifat seperti inilah perlu ada pada CEO GLC kita.

Aku bangga dengan Steve Jobs kerana aku juga seorang perfectionist. Therefore, I am destined for greatness!

Apa-apa pun jadual atas ni memang kelakar. iPhone 8.. iPad 6.. hologaphic Facetime.. Apple television.. Apple mothership.. haha! Aku rasa Steve Jobs pun confirm gelak terbahak-bahak kat rumah bila baca jadual ni.

 


Posted

in

by

Comments

39 responses to “Jadual Peribadi Kehidupan Harian Steve Jobs”

  1. alia Avatar
    alia

    haha so freaky perfectionist..

  2. hanisaleeya Avatar

    Kekurangan bila jadi perfectionist: orang sentiasa anggap kita perfect dan tak benarkan kita buat kesilapan walau satu huruf pun. Yes, I’ve met some people yang tak benarkan nis buat silap satu titik pun. tak boleh terima sesuatu yang tak perfect daripada orang yang selalu perfect.

  3. akuzle ayu Avatar

    hahahahah… confirm hillarious!

  4. jyundoo Avatar

    Perfectionist diperlukan di peringkat tertinggi organisasi. contoh terbaik Steve Job, Apple. Kagum aku dgn mamat ni.

  5. fadhilah Avatar
    fadhilah

    pening aku bace jadual ni hiyunggg…

  6. akubiomed Avatar

    Ingatkan ada orang hack iPhone Steve Job memang masak Tim Cook :-)

  7. Amirez Avatar

    kesian betul kat Tim haha

  8. Omar Avatar

    Memang dia control habis Tims Cooks tu..haha

  9. Izwan Avatar

    perfectionist ni kadang2 sakit pale bro.. benda tak perfect confirm nak ngamuk.. sbb aku pn sama.. haha

  10. Sya Isya Avatar

    bukan semua orang boleh jadi CEO.

  11. encik titan Avatar

    emm..dah macam stalker dah aku rasa ni. haha..

  12. Pacifista Avatar

    haha…kalau betul la,memang kesian la Tim tu.hehe…

  13. haiqal Avatar

    Tiba-tiba aku rasa dia gay dengan Tim Cook!Bhahah!

  14. hazman aka species1980 Avatar

    Tapi kehidupan orang macam dia mesti bz dari pagi sampai malam….

  15. Mr.Kerro Avatar
    Mr.Kerro

    ciri-ciri perfectionist tu la yg mmbawa mamat tu hinggak ke tahap sekarng ni..fuh!

  16. ohcikgu Avatar

    sian tim cook tu. haha..

  17. Fakarepain Avatar

    semuanya nk kna ade tim cook..huhu

  18. shaharil Avatar

    Walaupun sudah bersara daripada menjadi CEO Apple, tetapi masih lagi mengambil berat tentang perkembangan terkini.

    Dalam masa yang sama juga, hubungan kekeluargaan tidak dilupakan. Ini yang patut dicontohi.

  19. muazfaris Avatar

    steve jobs mmg terbaik.. ariff boleh jadi camtu satu hari..biar ade pengganti CEO kita tu ye

  20. namee Avatar

    tak best jadi orang kaya sangat. hidup perfect sangat. kalau jadi bini pun, tak boleh nak rasa “susah sama dipikul, ringan sama dijinjing”. hohoh

  21. Zala Wajik Avatar

    dia ni takde gelfren ke ?

    1. ariff Avatar

      ada la. ada bini hot lagi. Orang siap bandingkan bini dia lebih hot berbanding bini Bill Gates. lol. Kan ada 3pm tu, ‘spend some quality time with Laurene’

  22. amoi Avatar

    no love life?

    LOL

  23. Anarm Avatar

    giler.. dah bersara pon keje lagi.. hahahaha..

  24. Adam Roslan Avatar

    Memang tersusun orangnya. Ciri-ciri orang berjaya.

  25. hiro Avatar
    hiro

    sgguh padat.

  26. hiro Avatar
    hiro

    jadual ni x shebat steve jobs pnya.

  27. Hanif Avatar

    Penat juga nak jadi CEO..bukan penat kerja…penat FOLLOW UP…

  28. fezal Avatar

    letihhh kalo gitu haha

  29. tarmizishukri Avatar

    rasa2nya jadual waktu sebenar steve job lagi dasyat dari ni..hehe..

  30. Syazwan Sarawak Avatar
    Syazwan Sarawak

    untunglah perfectionist

  31. fiffy syafiqa hazirah Avatar

    haha baik dia ikat badan dia sebelah tim je. lol

  32. Adib Avatar

    memang padat jadula steve jobs..dia seorang CEO yang hebat..memang patut pun CEO di GLC tiru dia..ni tak bab gaji je nak tiru dia..hehe

  33. Sepukul Avatar

    Mmg nak kena pukul Steve Jobs nih..xreti2 rehat kat umah ke..hehehe..dia nih workaholic or ape?

  34. BloggerHowtt Avatar

    I’m perfectionist too ;p

  35. ekspresiruang Avatar

    Satu lagi artikel pasal Steve Jobs yang menambahkan kekaguman aku pada beliau. Bro dah baca buku Inside Steve’s Brain? Try cari kat bookstore tgk kalau nak mendalami lebih pasal perangai Steve Jobs.

  36. muhammad fakhruddin Avatar

    Baca jadual tu buat orang ingat Steve Job king control!

    Tak tahulah dalam kepalanya ada idea/projek besar yang baru pula lepas bersara dari Apple ;)

  37. aried Avatar

    huhuhu…perfectionist!

  38. naimulfirdaus Avatar

    patutlah 24 jam dengan tim je..
    apapun pengurusan waktu memang sangat penting. tak layak seseorang nak mengaku sebagai seorang yang berjaya kalau dia tak mampu urus waktu dengan baik..