Macam Mana Agaknya Jadi Fulltime Blogger?

Reading Time: 2 minutes

Nak jadi fulltime blogger memang susah, lebih-lebih lagi kalau blogger tu start daripada platform blog personal. Bukan calang-calang orang kalau mereka ni start dari bawah guna personaliti dan blog sendiri untuk naik untuk berjaya.

Salah seorang blogger yang saya kenal sedang menuju ke arah itu ialah Broframestone.  Bro mula dari bawah di blognya broframestone.com. Sekarang, pendapatan bulanannya semuanya datang daripada blog melalui advertorial dan jemputan ke event.

Kenapa saya cakap susah kalau nak jadi fulltime blogger? Sebabnya mudah je. Kebanyakan blogger adalah pendiam, termasuk saya. Dalam blog memang boleh meriah dan kecoh, sampai ke dunia realiti dan bertentang mata, boleh diam seribu bahasa. Tak hairan pun tentang perkara ni sebab kebanyakan yang pendiam menulis untuk meluahkan kata-kata.

If you can see me.. Program bersama Tun hari tu. Jadi full time blogger boleh dikatakan setaraf dengan ahli media yang lain zaman sekarang

Dan sebab itu kadang-kadang entri yang mereka tulis boleh jadi panjaaannngggg….. Pergi blog Broframestone, tengok entri dia pendek-pendek je tapi in real life mamat ni memang meriah & peramah. Jadi itulah bezanya.

Apa-apa pun Bro ada buat Projek 100 blog. Projek ini bertujuan untuk mengumpulkan 100 orang blogger yang ingin menjada sedikit pendapatan tambahan melalui advertorial. Bro banyak jumpa orang, so dia ada banyak contact yang kadangkala memerlukan khidmat blogger untuk memasarkan produk mereka atau cover event. Syarat kelayakan blog adalah:

  • Minimum 500 uv
  • Minimum 5 komen di setiap entri
  • Blog personal, bukan copy paste/politik
  • Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan
  • Menetap di Malaysia
  • Komited

Saya lihat ini adalah usaha yang bagus untuk memberi lebih peluang kepada blogger. Entri ini adalah tanda sokongan saya kepada usaha Bro. Untuk info selanjutnya, lawati Projek 100 Blogger

P/s. Check out review Toshiba Protege Z830


Posted

in

by

Comments

31 responses to “Macam Mana Agaknya Jadi Fulltime Blogger?”

  1. lekatlekitgurl Avatar

    saya pun peramah cuma tak popular je blog saya.. kekekekeke

  2. Anarm Avatar

    aku pon blogger pendiam jugak.. hehe..

  3. Pesta Irama Jiwa Avatar

    Kebanyakkan blogger pendiam? Aku ingat aku je yg pendiam…silencer power sgt…teringin gak nak jadi fulltime blogger..buat masa ni uv pun lemau je..agaknya diorg pun blues gak kot..insyaallah andai tertulis perjalanan idup aku jadi fulltime blogger..maka akan jadi la ia…

  4. zuan Avatar

    owhhh ni projek bro framestone, ada nak join..tp trafik tak sampai target lagi..

  5. Rina As Avatar

    Menjadikan blog personal sebagai blog monetize bukan hal yang mudah, kalau kita sukses akan banyak rintangannya. Orang2 tertentu akan berusaha mencari tahu siapa kita dan bagaimana usaha monetizing kita kemudian imbasnya dapat mengarah pada usaha yang tidak menyenangkan untuk kita, saya pernah mengalami itu di tahun 2010 silam dan sekarang lebih suka menggunakan nama penulis tanpa perlu membuka identitas diri berikut pula dengan blog monetize saya.
    Kalau menurut saya kesuksesan seorang fulltime blogger di nilai dari kemampuannya mengelola sebuah blog menjadi ladang $$$$$.
    Info di atas sangat menarik, akan saya sempatkan berkunjung di broframestone.com. Trims Ariff shah..

  6. mujib Avatar

    yang penting kompiden heheh.. berusaha awal2 memang perlahan lama-lama insyaAllah akan dibukakan olehNya

  7. hisham Avatar

    so..kesimpulannya.. peramahlah diluar… entry kita jadi pendek jer… kalau diam, nanti panjang berjela entry pulak… hehe…

  8. iza Avatar

    Assalam..
    Kena kejar uv ni..

  9. azza azman Avatar

    wah,…. ini sudah bagus… tapi saya jauh panggang dari api. tak layak… 500 UV kot…

  10. arrizz Avatar

    you work hard and you earned it..best jugak jadi fulltime blogger nie kan..tang pendiam kat realworld and banyak cakap kat blog tue aku setuju..though i’m not one of it i guess (??)hehe

  11. brohai Avatar

    Bukan senang nak senang.kena usaha da tawakal.

  12. Aqif Azizan Avatar

    Menjadi full-time blogger memerlukan kita melupakan blogging sebagai hobi. Tukarkan mindset ia adalah satu kerjaya.

    Saya suka dengan pendedahan entri dan semangat beliau untuk membuka tawaran ini kepada ramai orang. Semoga ia dapat membantu kita semua menjana pendapatan lumayan dengan blog. :)

  13. Juan Avatar

    saya berminat juga ni, akan tetapi UV saya x melepasi sasaran, hehee

  14. titan Avatar

    aku dah rasa dulu. susah tu memang wajib. Senang tu..harus. kalau tak, puasa nasi. makan roti canai ajelah..haha..

  15. akubiomed Avatar

    Tertanya-tanya bagaimana ada blogger diluar sana menjadi blog sebagai sumber pendapatan tentu mereka ada formula yang hebat. Kalau ikut logik agak mustahil entri-entri pendek blog bro Broframestone memenuhi piawian tentu ada ilmu tinggi yang digunakan oleh beliau. :-)

  16. Bloggua Avatar

    Memang keinginan aku nak jadi blogger full-time ni.tapi, untuk blog personal, aku rasa mcm aku tak berapa sangat nak kongsi apa2.Al-maklumlah, hijau lagi.Tapi, kalau ada peluang, memang aku suka jadi full-time blogger.

  17. aslam Avatar

    memang cekal betul la.. Ariff pun boleh jadi fulltime blogger ni…

  18. KiD Avatar

    memang kena all out kalo full time..
    tapi bro ariff ni memang pendiam laaa.. huhu

  19. jugglingart.org Avatar

    Buatpara blogger yang dah fulltime, ini luar biasa. Kesabaran dan keyakinanmu sangat luar biasa

  20. KNizam Avatar

    menetap di msia eh. hehe :)

  21. hanani Avatar

    saya tabik pada yang jadi fulltime blogger. :) Bukan mudah nak jadi pada satu tahap yang membanggakan dan stabil dalam dunia blogging ni. :)

  22. W.HabibuRahman Avatar

    Selalunya mcm tulah,dunia real senyapp…je kerja.Tapi kalau melayan facebook ke blog ke mesti dia y juara..eceh..

  23. eyriqazz Avatar

    Kagum buat blogger yang mampu buat fulltime..bukannya mudah…

  24. Lawrence Vision Avatar

    Full time blogger kena ada coundown setiap update

  25. Bro Framestone Avatar

    Thank ariff…. prepare untuk event 18 haribulan nie.. detail nanti bro akan inform.. by esok bro akan dapat full detail…

    Bro akan invite mu ek.. pastikan time tue kosong ek..

    If ada rezeki.. ada post berbayar untuk mu…

    Thank untuk entry ini

  26. namee roslan Avatar

    tu lah, hebat lah bro.framestone sebab jadi fulltime blogger. kerja tetap . btw, blogger pendiam ? setuju. sama lah namee ni tak banyak cakap gak tapi bila tulis ramai kata namee outspoken.

  27. kak ina kl Avatar

    betul tu setuju..kat sini tgk cam kamu peramah..bila jumpa senyap sunyi

    1. abangensem Avatar

      Takpe Kak. Saya sedang berusaha untuk membawa Ariff ke jalan yang bengkang-bengkok. Akak bagi je saya 6 bulan, akan saya transform budak Ariff ni jadi Mat Romeo.. hehehe

      1. Fazreen Avatar

        Komen abang ensem terbaik. saya tunggu bulan 9 nanti tengok ariff jadi macam mana.

  28. Shahrul Avatar

    di mana ada kemahuan disitu ada jalan…projek yang bagus tu

  29. azri Avatar

    bro framestone memang baik hati dan peramah je :D walaupun belum pernah jumpa secara berdepan tapi rasa selesa berkomunikasi dengan beliau