It's That Time Again

Lama tak update blog. Hujung semester, macam biasalah kehidupan sebagai student. Nasib baik semester ni tak teruk sangat, sekarang pun aku dah nampak masa depan, berbanding semester dulu yang memang gelap je di awal sesi ‘hujung semester’. Kat sini waktu exam dipanggil ‘sessiya’ atau session dalam bahasa Inggeris. Kena siapkan assignment, submit dan dapatkan approval daripada lecturer sebelum boleh ambil ujian. Lepas ambil ujian, baru ada exam.

 

Rindu nak menulis blog dan rindu nak bersukan. Aku kena bebaskan diri daripada segala exam ni dulu kalau nak buat semua benda tu. Aku masih juga update blog, tapi bukan di sini. Boleh pergi ke live blog aku sebab aku update blog tu kalau keluar pergi mana-mana. Lebih kurang macam jurnal bergambar. Tak dapat tulis kongsi gambar pun jadilah kan. Satu lagi blog adalah rahsia. Anda hebat kalau anda dapat cari.

 

Walaupun lama tak update blog, trafik yang masuk masih lagi pada kadar average. Maksudnya penurunan tu tak ketara. Not bad.. Kebanyakannya SEO la. Pergi baca page SEO aku, lengkap selengkap-lengkapnya. Blog lain pun tak boleh lawan info yang aku share kat situ, siap ada yang nak plagiat lagi.

 

Aku juga aktif di Twitter. Apa aku buat kat Twitter? Aku tweet tentang WordPress, entri berkaitan social media, quotes, cakap mengarut dan apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran aku. Boleh follow kalau berminat, boleh unfollow kalau menyampah. Tapi janganlah baru follow terus suruh follow balik, itu tak beradab. Lainlah kalau dah lama kenal.

 

Cuaca dah mula panas di Moscow ni. Aku berharap sangat tak sepanas 40 darjah Celcius macam tahun lepas, matilah kalau macam tu. Dah la tahun ni tak balik.

 

Keputusan giveaway akan diumumkan di page Facebook blog.ariff dalam minggu ni. Watch that space. Pemenang akan dikehendaki menghubungi aku dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman dibuat. Kalau tak pemenang lain akan dipilih. Jadi kalau sesiapa yang tak Like page tu, maka tak tahulah mereka menang ke tak. Betul?

 

Lagi satu sebelum terlupa, ada tab Rewards kat belah kanan blog ni. Hadiah daripada aku takde lagi, tapi developer plugin tu ada sediakan hadiah ($5 Itunes gift card boleh dijual kepada sesiapa yang menggunakannya). Masih lagi dalam tempoh percubaan, mungkin blogger lain boleh cuba plugin tersebut. Aku suka cuba benda baru dan tahun ni aku berjaya bawa 3 benda baru ke arena blog Malaysia; Triberr, Empire Avenue dan Buffer. Aku tahu aku yang bawa masuk semua tu sebab aku contact developer Triberr dan Buffer tu sendiri di awal pelancaran mereka. Talking about international connection..

 

Apa-apa pun, mengambil  kata-kata Terminator (Arnold Schwarzenegger) kepada perempuan simpanan dan anaknya yang kini berumur 10+ tahun, “I’ll be back”.


Posted

in

by

Comments

27 responses to “It's That Time Again”

  1. Faridzuan Avatar

    Kena tabahlah kalau belajar kat negeri orang, tapi hujan emas di negara oran, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Eh peribahasa pla hehe.

  2. Lord Zara Avatar

    Bab kau bawa masuk Tribber & Empire Avenue tu aku setuju. Sebab dengan baca blog kau aku kenal benda alah tu.

    Dan ya, bak kata ieyra, memang mesra pemilik Tribber tu. Ada masalah, email mereka, memang mereka akan balas. :)

    Dan ya Ariff, UDACHI! :)

  3. Adilla Harun Avatar

    Semoga lebih cekal mengharungi hidup seharian. Harap juga cemerlang dalam ‘sessiya’ anda. Memang lain sistem pendidikan di sana.

    Cuaca panas tu hati-hati! Jangan biar cuaca luar pengaruhi cuaca dalam diri. Maklumlah bila hari panas, manusia juga mudah naik rimas(tak terkecuali saya). Good luck!

  4. neyra Avatar

    talk with triberr ‘s owner best. sporting gilakkkk dia layan

  5. AWAN FANTASIA Avatar
    AWAN FANTASIA

    goodluck for ariff..super blogger ^_^

  6. matjoe Avatar

    ‘Satu lagi blog adalah rahsia. Anda hebat kalau anda dapat cari.’ – aku rasa aididmuaddib.blogspot la kot

    1. namaakulynn Avatar

      bigLOL la.haha.
      anwyay,goodluck! ;)

  7. naimulfirdaus Avatar

    sini(mesir) pun dah nk masuk musim panas..
    exam pun dah dekat..

  8. andyhowtt Avatar

    xdpt bayangkan kalau berpuasa disana haha..

  9. Izwan Avatar

    aku tahu blog rahsia ko tu apa. Tumblr. kan?
    dah baca dan tengok2 blog tu..kat mana aku jumpa tak ingat la.. tapi tak follow lagi blog rahsia ko tuh..nanti2 la.. disebabkan rahsia, tak kasi la url kat sni.. hehe

  10. aira Avatar
    aira

    eh, kanapa ada blog rahsia pulak?? hish!!! saya memang bukan orang hebat yang dapat cari.tak pelah…
    anyway, gud luck exam dan yang paling penting, very very very best of luck hadapi summer yang panas + puasa yang panjang kat moscow.semua orang nak balik.hehe~~~

  11. KNizam Avatar

    kat ISB dah mencecah 43’c. last year max 48’c. kat power plant aku last year max 59’c. telur pun boleh masak letak atas bumbung! hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      perrgghh.. seram dengar panas sangat camtu. Macam manalah bro boleh survive..

  12. syahril hafiz Avatar

    dan betul ke ko tulis ni bro
    lain macam je aku tengok..
    demam exam , tak pe aku paham..:D

  13. mohd firdausi M.T Avatar
    mohd firdausi M.T

    ingat aku lg bro?good luck

    1. ariff Avatar
      ariff

      kenal2. Ingat lagi nama tu, tapi muka mesti dah berubah. hehe..

      1. mohd firdausi M.T Avatar
        mohd firdausi M.T

        muka sama jer..still selenge mcm dulu.haha..

  14. mohd firdausi M.T Avatar
    mohd firdausi M.T

    ingat aku lagi bro??good luck my old friend.

  15. Syazwan Sarawak Avatar
    Syazwan Sarawak

    bila pikir balik, memang ko banyak influence aku dalam blogging, tu sebabnya aku buat entri khas untuk ko (padahal nak hadiah je )
    EmpireAvenue,Triberr,Buffer tau dari ko gak.. hahaa.

    g’luck in ur test and exam and do ur best, like u did in ur blog.. ~peace

  16. Ladfe Amir Avatar
    Ladfe Amir

    Good luck bro. Kadang kala walaupun ada perkara yang jauh lebih penting untuk dibuat, yang menjadi keutamaan tetap perkara yang sudah biasa dilakukan seperti blog dan tweet.

  17. ekspresiruang Avatar

    kiranya puasa time summer la nanti ni? memang dugaan besar gak tu…apa2 pon good luck for test and exam.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Memang besar dugaan. Thanks. Hopefully semua settle secepat mungkin.

  18. dari kelate ke copenhagen Avatar

    Bagus betul, sibuk2 ber’sessiya’ pun sempat lagi manage time untuk update blog dan twitter semua tu..huhu..any way good luck in ujian and exam

    1. ariff Avatar
      ariff

      twitter tu sambil naik tram boleh update. hehe..

  19. iqbalhakimi Avatar

    fuuh…tak update pun still dapat backup traffic..penangan seo…best2..

    kat twitter mmg selalu sgt tgk ko tweet..macam2 ..tak sempat nak baca..haha

    1. ariff Avatar
      ariff

      selalu ke? aku rasa kadang-kadang je. Ada yang lebih hardcore.

      1. naimulfirdaus Avatar

        saya pun jarang jumpa.
        hehe(padahal saya jarang tweet)