Isteri Beranak, Suami Dapat Duit

Reading Time: 2 minutes

Rosetta Resources

Benefit kat company anda power tak? Ni antara benefit yang saya rasakan hebat yang diberikan oleh sebuah syarikat di Switzerland untuk pekerjanya. Nama company tak penting.

Kelahiran Anak

Suami akan dapat 300 CHF ~ RM1,000 bagi setiap anak. Kemudian dapat cuti 5 hari untuk kelahiran anak, yang mana cuti ni tak perlu diambil selama 5 hari berturut-turut dan boleh dihabiskan dalam masa setahun daripada tarikh kelahiran anak.

Ibu yang melahirkan anak akan dapat empat bulan cuti bergaji, uninterrupted. Maksudnya, 4 bulan gaji penuh duduk rumah jaga anak di samping 300 CHF tadi. So much win.

Education Anak

Untuk anak yang berumur kurang daripada 13 tahun, boleh dapat education fund sebanyak 200 CHF. Yang ni saya tak pasti setahun atau one off. Untuk anak berumur 13 tahun – 16 tahun, dapat 250 CHF. Boleh claim untuk anak yang berumur sehingga 20 tahun, kalau anak tu masih belajar.

Annual Leave

Annual leave untuk pekerja yang berumur 40 tahun ke bawah adalah 20 hari. Kemudian, setiap tahun annual leave akan naik sehari sampai umur 44.

Cuti Pindah Rumah

Kalau nak pindah rumah yang jaraknya lebih daripada 100km, dapat cuti 2 hari. Jadi tak kacau annual leave. Kalau jarak rumah baru kurang daripada 100km, dapat cuti free sehari.

Cuti Kahwin

Cuti kahwin dapat 3 hari. Lagi best, kalau direct family kahwin (adik beradik), pun boleh claim cuti kahwin ni. Power2.

Elaun Kahwin

Kalau berkahwin, dapat lagi 300 CHF daripada company.  Tak pasti pulak kalau kahwin empat boleh claim 4 kali ke tak. haha.

Bil Perubatan

Kalau setakat kad perubatan tu semua tak payah ceritalah kan, memang ada dah. Tapi still takde lagi company yang bagi medical sampai pencen. Still perlu kad perubatan sendiri atau kalau gov bagus, healthcare percuma.

Kat Malaysia tak free ya. Healthcare mungkin murah/free untuk outpatient treatment, tapi cuba kalau kena pembedahan, anda akan tahu. Tu sebab kita suruh ambil kad perubatan sendiri.

***

Jadi itulah antara benefit bekerja di negara maju. Kat Malaysia ni dengarnya benefit daripada company yang besar-besar pun makin lama makin sikit. Kalau betullah nak kejar status negara maju dan berpendapatan tinggi, benda macam ni pun kenalah ada sekali.

Tax dah macam-macam dia kenakan. Subsidi dah macam-macam dikurangkan.


Posted

in

by

Comments

17 responses to “Isteri Beranak, Suami Dapat Duit”

  1. FLAVA PICTURES Avatar

    negara lain lagi banyak cuti daripada Malaysia rupanya.

    tapi bukan cuti umum. benefit2 begini penting untuk staff sebagai motivasi dan menaikkan mood kerja. staff bagus insyaAllah perniagaan maju.

  2. iman Avatar
    iman

    Boleh cerita lanjut pasal Pengajian penerbangan dia Moscow? Anak saya berminat dlm dunia penerbangan .

  3. ohcikgu Avatar

    kat selangor..dapat gak duit bila kahwin. hehe..

  4. Amir Avatar

    diorang pandang tinggi kepentingan hubungan keluarga :)

  5. Ani Haryani Avatar

    Wah! sangatlah best jika dapat company begini! :D

  6. Qider Avatar

    Amboi benefit, kalau macam tu saya nak update CVlah, mana tau boleh kerja kat luar..negara maju, kalau bab-bab benefit ni memang tip top.

  7. myrujukan Avatar

    seronok kalau dapat benefit mcm ni, sebanarnya company boleh bagi kalau mereka uruskan duit dengan betul, ni x, bila time profit sharing, yang gaji besar besar boleh plak bagi sampai 3.0 dari gaji bulanan, mampu, tp yang gaji kecik nak bagi 0.7 dari gaji bulan pun ada ura ura mcm x leh nak bagi, nampak sangat permainan ni

    1. Raihanah Ahmad Avatar

      betul tu, sebenarnya company mampu, tapi masalahnya priority tu lebih kepada beri kemewahan kepada management dia.

  8. aqmalfaiz Avatar

    Kita agak terbalik la…instead of benefit banyak, benefit makin lama makin sikit.

    Yang makin banyak tax jek haha

  9. Linda Avatar

    Untung nya suami dapat duit

  10. emalinmohd Avatar

    Banyak juga faedah tu. Cukai agak-agak tinggi tak?

  11. AZENI AHMAD Avatar

    Banyak betul benefit..
    Biasanya company oversea bab welfare mmg sangat teliti..
    Mungkin mana2 badan yang berkenaan fight utk ini..

  12. Suriya Avatar

    Malaysia memang masih jauh dalam hal ni. Sebab masih status developing country. Tapi tulah, susah nak berharap pada sesuatu atau seseorang. Jadi lagi baik kalau kita yang sedikan sendiri.

  13. Mazni Azmi Avatar

    Bila buat perbandingan memang banyak nampak perbezaan.

    Sumber yang sedikit jika diuruskan dengan telus pasti cukup.

    Barulah berkat

  14. razis Avatar

    Kesedaran kat Malaysia nie tak sampai tahap tu lagi. Jauh lg nk ke arah itu.

    Kebanyakan syarikat fikirkan profit jer. Tak terlalu fikir kebajikan pekerjanya.

    Sediakan benefit pun sekadar cukup makan jer.

  15. akubiomed Avatar

    Macam-macam diberikan. Beruntung sangat.

    Kalau anak Selangor dapat bantuan RM1000 untuk bayi yang dilahirkan di Selangor. Apabila cukup umur 18 tahun boleh ditunaikan.

    1. z Avatar
      z

      So far,malaysia is not developing country,Malaysia is negara maju nowadays.
      When talking about benefits,just take the advantages.
      Dfinitely,malaysia is not really good for benefits from workplace.
      but sumting in malaysia,others are dying to have.
      as example,electric in aus is so expnsive.need to use gas for saving.nursery mahal.rumah sewa mahal.walaupn benefits byk,taraf hidup pn tinggi.
      in the end,its up to us to utilize what we have.
      just sumting to think.