IPO Gas Malaysia

Entri ini ditujukan khas kepada beginners yang kurang faham/tak tahu apa-apa tentang IPO. Harap entri ni dapat mendidik dan membantu anda memulakan pelaburan anda dalam Bursa Malaysia.

IPO (Initial Public Offering) ni kita anggap macam pre-order smartphone la. Siapa yang pre-order, mungkin dapat hadiah tambahan cuma dalam IPO, siapa dapat beli pada harga IPO, harga saham itu adalah yang paling rendah ketika itu.

Keuntungan daripada IPO boleh dibuat pada hari pertama saham disenaraikan di Bursa Malaysia. Contohnya, katakan saya dapat membeli saham X pada harga IPO iaitu RM2.00 sesaham. Pada hari pertama penyenaraian, harga saham melonjak sehingga RM3.00. Saya jual pada harga RM3.00 dengan keuntungan RM1.00 (50%) daripada modal RM2.00 saya tadi.

Gas Malaysia adalah sebuah syarikat yang membekalkan gas LPG (liquified petroleum gas) untuk kegunaan industri dan kilang serta gas memasak yang anda gunakan di rumah. Di Malaysia, Gas Malaysia sahaja yang melakukan aktiviti ini. Dalam erti kata lain, mereka ada kuasa monopoli dalam perniagaan ini.

Untuk tahun ini, Gas Malaysia akan memberikan 100% keuntungan mereka dalam bentuk dividen kepada pemegang saham dan tahun depan, mereka akan memperuntukkan tidak kurang daripada 75% keuntungan mereka dalam bentuk dividen. Memang lumayan.

Kepada yang tak dapat membeli pada harga IPO, takde masalah kerana anda boleh lagi membeli pada hari pertama penyenaraian iaitu pada 11 Jun 2012. Nak buat keuntungan pada hari tersebut pun boleh (beli dan jual saham pada hari yang sama), atau simpan terus dan tunggu dividen/tunggu harga naik lebih tinggi, ikut strategi dan objektif pelaburan masing-masing.


Posted

in

by

Comments

50 responses to “IPO Gas Malaysia”

  1. epoy Avatar

    ok jugak benda ni tp xtau la camne nak mula..untuk masuk setiap IPO ni mesti kena ada CDS ke?camne n kat mana nak apply? mohon bantuan pada yang sudi..

    1. Fared Avatar

      boleh call saya 0133655168…

  2. Azlan Avatar
    Azlan

    Jika kita gagal dalam proses cabutan bagi mendapatkan IPO, apa jadi dengan wang kita?..adakah akan dipulangkan atau habis begitu sahaja?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Wang akan dipulangkan. Tiada masalah

  3. shahril Avatar
    shahril

    update terbaru. Harga Indikatif bagi IHH Healthcare adalah RM2.85 sesaham.

    1. nik ahmad shah Avatar
      nik ahmad shah

      bila IHH akan keluar

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        boleh check kat page Miti. Rasanya ada details dia hari tu

  4. dinsblog Avatar

    Saham IPO ni kalau ada modal besar memang best…especially kalau company yg berpotensi mcm Gas Malaysia dan FGVH.

    Kenapa saham IPO? Bila beli saham time mula2 diperkenalkan biasanya harga dia lebih murah sebelum ia diperdagangkan di Bursa.Tapi perlu ingat bukan semua IPO akan naik bila diperdagangkan.Hanya IPO bagi company yg berpotensi sahaja yg akan mencanak naik.

    Camner nak cari IPO yg berpotensi? Cari review2 dari broker2 saham, kalau yg pandai baca prospektus boleh tengk dari prospektus, keadaan ekonomi, potensi industri tersebut. contoh kalau yg terlibat dengan Oil & Gas…dgn ekonomi yg ada sekarang company mcm ni memang mempunyai potensi yg besar untuk berkembang…bila ada potensi yg besar ada kemungkinan syarikat boleh menjana hasil yg tinggi…dan akan ditranslate kepada pemberian dividen yg tinggi kepada pelabur2.

    1. ira Avatar
      ira

      Baguslah blog ni. Saya berminat nak belajar ni. Cara nak beli dah saya baca, macam mana cara nak jual saham pula?

      1. Fared Avatar

        kalau nak jual saham….melalui remiser….berminat nak buat trader saham online….call me 0133655168…

  5. Malik Avatar
    Malik

    sy baru nk belajar main saham..terus try bid IPO Gas Malaysia..tp taktau la bole dapat ke tak..selalu bila kita akan tau ye?

  6. Fahmi Raazali Avatar

    Boleh terangkan kalau kita beli IPO untunk jangka panjang macam mana? Maksud saya terima dividen setiap bulan atau setiap tahun?

    Kes masyarakat Felda dengan FGVH tu kes yang samalah kan? Maknanya kalau mereka beli saham FGVH tapi tak jual mereka akan terima dividen kalau FGVH dapat untung.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Yang ni subjektif. Terpulang pada syarikat. Ada kadang-kadang bagi setahun sekali, dua kali atau tiga kali. Untuk FGVH saya tak kaji lagi prospektus jadi tak tahu.

      1. shahril Avatar

        Betul tu ariff. ada juga company yg langsung x bg div. tp untuk gas malaysia mmg dalam prospectus pon dia dh ckp akn bg div 100% drpd PAT sebagai div untuk tahun ini.

  7. Nidzam Hamzah Avatar
    Nidzam Hamzah

    salam bang ariff,saya berminat nak melabur saham ni,tapi kalau saya nak masuk modal paling minimun berpa kena ada ?…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Bergatung pada harga saham yang kita nak beli. Satu lot ada 100 saham. Jadi (harga saham) x 100 = 1 lot minimum untuk dibeli.

      ada 200-300 dah boleh start sebenarnya

  8. izwanyusof Avatar

    bagi yang baru2 mencari info pelaburan saham,adakah pembelian IPO boleh dilakukan dengan modal mampu milik? modal permulaan dan sebagainya camane? ada ke blog yang fokus kepada cara2 pelaburan saham sebegini?

  9. syafieq Avatar
    syafieq

    saya student lagi.
    agak2 kalau nak libatkan diri boleh tak?
    nak juga carik pendapatan sampingan. buat belanja.
    lagi elok daripada saya join MLMers di luar tu yang terang2 nya menipu.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Boleh je. Cuma modal kena ada. Saya start sejak belajar kat Moscow dulu

      1. syafieq Avatar
        syafieq

        modal selalunya berapa?
        atau bro ada suggestion modal yg sesuai untuk beginner macam saya?

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          Tengok harga saham yang nak dibeli. Kadang-kadang RM300 pun cukup dah kalau saham yang nak dibeli tak mahal

          Kena ingat formula ni:

          (Harga saham) x 100 = 1 Lot minimum pembelian

  10. mrazydy Avatar

    ariff, berminat jugak..macam mana nak mulakan..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Boleh contact saudara Shahril untuk buka account

    2. shahril Avatar

      Untuk memulakan pelaburan di Bursa, saudara mesti ada cds akaun. Nk buka cds akaun senang je, cuma bayar RM10 dan sesalinan IC dan bank statement.

      Tapi utk gas malaysia, permohonan IPO telah ditutup. Sekarang ramai client saya eye IHH Healthcare pula. Juga satu prospek pelaburan yg bagus.

    3. Razifredz Avatar

      Betul tu bRo Azidi … aku pun agak2 berminat ni

    4. Razifredz Avatar

      Best juga ni kalu blh join … ble belajar benda baru

  11. shahril Avatar

    kepada yg x berkesempatan mendapatkan saham IPO gas malaysia, bolehla try beli IPO IHH Healthcare Berhad (Hospital Pantai). Main b’ness mereka adalah menyediakan perkhidmatan private hospitaliti. salah satu saham yg berpotensi. tarikh tutup permohonan adalah 5 jun. harga tawaran akan diketahui pada 1 jun ini.. jika berminat boleh hubungi saya..

    1. Fared Avatar

      Klau tak sempat beli IPO….boleh beli saham melalui online trading guna duit EPF….Tambah duit EPF untuk kesenangan hari tua anda….call sekarang 0133655168

  12. noorsyamsul Avatar

    Gas malaysia memang boleh dikatakan monopoli dalam bisnes NG. memang untung jika dapat saham mereka…

  13. azriMy Avatar

    hanya satu je kat malaysia? memang lumayannn

  14. Master Zuheir Avatar

    xpe2..aku on the way nak buat acct trading n cds..huhu
    mau join juga broo!!

  15. Ikhtiar Shah Avatar

    untung la dapat join saham ni..huihuihui

  16. Ajumohit Avatar

    Ada buat servis upgrade blogspot ke WP x? Brp caj ye?

    1. Ikhtiar Shah Avatar

      aik,ade juga komen cmni.huhu

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      Tersesat ni. Sori. Takde.

  17. nabel Avatar

    macam mana kau boleh tau info tentang IPO gas malaysia ni.

    btw, thanks share pengetahuan. bagus pemahaman dia. mudah.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kalau orang yang ikut dunia saham, IPO yang keluar memang sering menjadi topik perbualan. IPO ni adalah peluang buat duit kepada yang menunggu

  18. gary Avatar

    menarik… satu pengetahuan baru buat aku.. huhu~..

  19. abangensem Avatar

    Berapa banyak agak2nya saham ni boleh naik nanti Bang?

    1. shahril Avatar

      seperti research yg dibuat oleh maybank investment bank, fair value bagi Gas Malaysia adalah RM2.70. tetapi ramai pelabur menantikan pulangan dividend yg dianggarkan rm0.18 sen seunit.

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        Kalau FV macam tu, anggaran boleh cecah sehingga RM3. Kena tengok emosi pelabur (based on KLCI tinggi/rendah) & sentimen pasaran dunia (US, DX). Big funds pun suka dividen banyak ni, especially untuk fundamentally strong company macam ni.

        1. shahril Avatar

          yup betul, ramai client saya beli untuk dapatkan dividend. and most of them buy for long period holding. lagipon gas malaysia telah mendapat kontrak baru bersama petronas selama 15 tahun.

        2. shahril Avatar

          yup betul tu saudara ariff. ramai client saya beli untuk mendapatkan dividend. lagipon syarikat ni telah mengikat kontrak bersama petronas selama 15 tahun yg berjumlah lebih RM100 billion. so mmg selamat untuk pegang saham ni dalam tempoh yang lama.

  20. Tho Ha Avatar

    Sy tidak berminat dgn saham2 ni walaupun masa belajar dulu pening kepala membelek enam bulan punya suratkhabar dan kena jelaskan satu persatu faktor turun naik saham. Nasib baik la xde presentation.

  21. info tenaga Avatar

    macam menarik je main saham ni, tapi tak reti pula camne nak mulakan.

    1. Fared Avatar

      kebanyakkan pelabur yg baru start nak belajar main saham….kami cadangkan pelabur start dengan duit EPF….sebab duit EPF boleh beli saham secara online….saya akan guide pelabur untuk membeli kaunter saham mana boleh dapat profit 20% pa….berminat boleh call 0133655168…

  22. Ekspresi Ruang Avatar

    mmg boleh ke beli saham pada harga IPO dan jual pada hari yg listed?
    ke ade minimum holding period?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Mana ada minimum holding period. Hari listing confirm tak dapat harga IPO tapi boleh je grab seawal mungkin.

      1. Ekspresi Ruang Avatar

        ic2. ok thanks for the jawapan :)