Seperti yang korang semua sedia maklum, aku takkan beli phone baru lagi selagi Samsung Galaxy S yang aku terima daripada Maxis secara percuma melalui program Maxis 10 tu masih boleh hidup dan digunapakai. Tapi kalau dapat phone free, itu lain cerita ok? Kepada team Maxis, aku akan pulang tahun hadapan. Jadi kalau ada tawaran Maxis10, boleh sangatlah untuk aku mencuba lagi =)
Jangka hayat touch screen phone aku rasa lebih lama berbanding phone yang menggunakan keypad sebab masalah hardware rosak (keypad) takkan wujud. Nokia 3315 aku sebelum ni keypad rosak sampai dah beyond repair dan terpaksa digantikan dengan iPhone 3G. Jadi tengoklah berapa lama boleh tahan dengan Samsung Galaxy S ni.
Disebabkan dah nak habis belajar dan takut dengan keadaan realiti duit setiap bulan takkan masuk lagi tahun hadapan, polisi takkan beli phone baru ni berkuat kuasa serta merta.
Lagipun banyak perancangan besar untuk masa hadapan. Banyak pembelian besar yang lebih penting seperti rumah dan kereta, jadi tak bolehlah nak belanja duit ikut suka hati je.
iPhone 4S

Macam biasa, Apple dengan slightly upgraded model iPhone yang sebenarnya orang tak perlu sangat pun upgrade tu semua. Lagipun rupa tak berubah langsung, jadi no point kalau beli mahal-mahal, tapi rupa still sama macam previous model.
Itulah Apple. Bisnes mereka berkembang disebabkan penjualan gajet yang banyak. Dikatakan kalau seseorang dah pernah ada barangan Apple, memang nak tak nak kena upgrade sebab biasanya operating system iOS baru yang akan melembabkan phone.
Saham Apple jatuh selepas pengumuman iPhone 4S ni dan ini tidak pernah berlaku pada hari pelancaran iPhone sebelum ini. Tiada apa yang mereka ‘revolusikan sekali lagi’ kali ini. Same marketing plan, pelabur pun dah bosan.
Aku tak kisah sangat. Apa yang ada depan mata, aku gunakan. Kalau orang nak bagi iPhone, takkan nak tolak, betul tak?

Comments
20 responses to “iPhone Apa?”
mintak-mintak le harga iMac 27 inci tu akan jatuh mendadak supaya senang aku nak beli dan supaya setiap office kerajaan akan pakai iMac..hahaha…
p/s:adakah bakal menjadi mcam Yahoo?CEOnya dh dipecat akibat takde untung dah? oho…
hahah.. Apple jual produk, yahoo advertising. Business berbeza. So susah nak tau.
Asalkan produk Apple ok, rasanya takde masalah.
zaman kegemilangan apple sudah jatuh…. org kuat dah x de
ada yang nak bagi aku iphone pulak tak?hehe :D
jap lagi keluar la siri untuk android lak. software upgrade aje pun.
btw, aku suka ngan polisi ko la. hehe..
Weak market mungkin bagi sebab juga, sekarang stock market tak tentu hala, tambah lagi orang ramai expect dua iPhone, 4s dengan 5, tengok-tengok keluar 4s je.
Dari business wise, aku rasa Apple target user yang masih tak guna iPhone 4.. diorang bukan target pengguna iPhone 4 untuk beli 4s pulak.. diorang nak yang guna iPhone 3g/3gs upgrade ke 4s.
Ataupun nak cari new customer, terutama bila fact yang diorang keluarkan iPhone menjadi peranti utama yang upload gambar ke flickr, berbanding dslr, menunjukan ramai yang guna iPhone untuk kamera, jadi diorang fokus upgrade kamera, supaya dapat pikat pengguna baru untuk beli, 4s. Yang dah ada iPhone 4 tu aku rasa memang patut tunggu iPhone 5 je, tak pun guna sampai rosak kan?
Business wise juga, tak patutlah keluarkan 4s dengan 5 serentak.. nanti orang kurang ambil 4s, sebab nak 5, since kena ada ikat contract.. jadi baik dia release satu-satu.. more profitable. Apple ni nak untung.. jadi faham-fahamlah.
Aku yang guna n78 ni pun dah kat 2 tahun bertahan lagi..haha
dia upgrade sikit je lah. tapi nak dikatakan kalau harga tu berbaloi, kenapa tak perlu pulak..depend pada orang la kot noh..
buat apa nak beli baru kalau dalam tangan ada yg setanding. hehe. pengeluaran phone baru takkan berhenti, kalau kuar baru je mesti beli. mmg untunglahh.
aku tak minat langsung nak ambik tahu pasal iphone5/4s ni. maka yang aku dapat keluarkan adalah 2 sebab kenapa iphone4s dikeluarkan.
1. steve jobs
2. marketing stratergies yang aneh
diorang nak ulang balik success ngan 3GS dulu, ramai orang yang beli 3G akan upgrade. Biasanya pengguna iphone memang akan/terpaksa upgrade. Tapi this time, orang/investor dah fed up marketing plan sama nak jual produk.
kecewa. itu kata-kata yang boleh digambarkan untuk keseluruhan topik “iPhone 5”.
p/s: err, handphone free dah takde lagi ke? huhu
handphone free kena tunggu Maxis
haha, apple fan pon kecewa, andriod fan ketawa
Saham jatuh lepas umum Iphone4s maybe sebab orang expecting iphone5 tu.
wow factor oleh Steve Jobs dah xde. tu yg xbest tu. atau mungkin kes saman-menyaman dgn Samsung yg buat Apple xbley kluarkan iPhone5
yeah. Dulu Steve ada. Dia memang ada aura. Present la apa-apa pun, mesti orang suka.
Maxis10 dah tiada dah…
HTC yang bro terima dari dorang pun cam dah xtahan lama je
ooh.. dah takde eh?
dengar citer dah tukar agen, so dah takde program tu
aku pon tak berapa mengharap sangat apple kuarkan iphone yg baru…the next big upgrade most probably pd next iphone…ip4s fokus pd siri pd pendapat aku….ni adalah target apple utk next iphone…cth plg dekat adalah drpd 3g kpd 3gs kpd ip4….lg satu..org tak berkemampuan cam aku tak akan gila nak upgrade pg next gen iphone psl tak byk beza ngan ip4 skang wlpn sayangnya siri tak support ip4