
Perbandingan pelan dan pakej iPhone 5S daripada Maxis, Celcom dan DiGi. Telco mana sediakan pelan iPhone 5S paling murah?
Pemilihan adalah berdasarkan kriteria plan paling murah (bill postpaid saya sekarang tak pernah mencecah RM80 sebulan), harga iPhone 5S 16GB paling murah dengan kontrak paling pendek. iPhone dengan kapasiti 16GB dipilih kerana saya tak perlu phone dengan kapasiti yang besar. Ada 8GB pun ok dah.
[table id=12 /]
Kesimpulan:
- DiGi paling murah tapi kontrak lama iaitu 24 bulan. Komitmen RM88 sebulan tu agak mahal memandangkan data package dapat 1GB je
- Maxis paling mahal tapi komitmen bulanan paling rendah. Long term pengguna untung sebab bayaran bulanan sikit dan boleh kurangkan penggunaan untuk adjust pada pelan. Kalau tak cukup, anytime boleh top up data.
- Pelan bulanan Celcom paling mahal. 4GB data sebulan untuk Whatapps, Facebook, Twitter, Instagram dan web surfing adalah agak melampau. 2GB sebulan yang sekarang ni pun tak habis.
Personally, pilihan saya adalah Maxis. Tak suka ikat kontrak dengan telco lama-lama dengan komitmen yang mahal. Actually kalau beli direct dengan Apple store pun ok sebab harga lebih kurang je. Even better, langsung takde kontrak dah. Jadi saya bebas nak pilih pelan bulanan yang lebih rendah daripada apa yang digunakan sekarang (SurfMore Rm50).
Upgrade ni berdasarkan kepada keperluan penggunaan sebagai blogger, bukan untuk suka-suka nak bermewah dengan gadget mahal yang baru.
Soalan seterusnya, ada sesiapa nak beli iPhone 4S yang saya guna sekarang ni? Nak let go murah je..
Still guna sampai sekarang. Problem cuma WiFi je kong terus. So kalau nak surf, kena bergantung pada data plan sahaja. Age of item almost 2 years, so bercalar/wear n tear is visible. Skrin cantek 99% tak bercalar sebab guna screen protector. Open price RM600.

Comments
18 responses to “iPhone 5S Siapa Paling Murah?”
hai bro ariff, nak tanya ni. kalau beli guna plan telco ni, kena bayar harga iphone + upfornt payment ke camne ? atau kena bayar upfront payment saja?
Bayar harga phone + upfront payment.
aikk? baik beli cash kat apple, sama je harga cuma takde contract. ke saya salah?
Yup. Itu yang terbaik sebenarnya. Tapi kalau usage telco >100, boleh consider plan iPhone.
Cuma dari segi warranty, beli dengan telco lagi untung sebab kalau rosak, boleh bawa ke telco je. Beli from Apple store, kena bawa kat service centre dia
Salam bro. Nak tanya. Kalau beli dengan maxis macam yg bro pilih ni, upfront payment berapa eh?
dah let go ke 4s tu ?
Not yet. Still waiting for 5S. Will let go bila dapat 5S
kalau buat pembelian di app store, guna deb card ada cas x untuk kgunaan? tq
Tiada.
Sebenarnya tak boleh ada cas tambahan pun kalau guna kad kredit kat kedai.
bagus jugak kalau ada comparison macam ni… pengguna boleh menilai sebelum membeli..
nk jual berape iphone 4s ?
Pelan Maxis rasanya paling ok. Komitmen bulanan yang rendah dan tempoh kontrak yang pendek agak berbaloi di situ.
hu3..tapi rasa macam rugi je beli macam ni…sebab kita masih terikat dgn kontrak..bleh tahan lama tu tuk Hp
Apa kaitan iPhone 5S tu ngan blog bro? Ce cite..
p/s: ingatkan bro guna iPhone 5
Urusan harian berkaitan blog dimudahkan dengan penggunaan iPhone. Kalau pegi event, phone dah cukup untuk tangkap gambar, edit dan pos ke Insta/FB/Twitter
Saya pilih untuk beli tanpa pelan sebab pelan sediaada (TalkMore) dah serasi dengan saya.
Dan, tak perlu terikat dengan penyedia.
P/s: Nak jual? Habaq berapa harga. Emel pun boleh, ready buyer.
Apa kelebihan beli dgn cara contract dibandingkan beli terus di kedai apple. Aku masih blur dgn sistem contract ni.
Kontrak lebih murah. Apple online store RM2399 untuk 16GB.
Amik kontrak ni berbaloi bila penggunaan kita memang banyak (> RM100 sebulan). Kalau kurang daripada tu, eloklah ambil plan paling murah or even better, beli direct dengan Apple Store.