iPhone 4 – Merevolusikan Cara Anda Pegang Smartfon

Dalam kehebatan teknologi dan keseksian reka bentuk iPhone 4, akhirnya design lawa macam tu makan diri gak. Dah banyak laporan berkenaan kegagalan iPhone tersebut menerima signal apabila tapak tangan pengguna menyentuh antenna band di bahagian tepi smartfon tersebut.

Apple punya respon pada masalah tersebut, beli bumper atau pelindung getah keluaran Apple sendiri yang berharga 29USD. Itu je. Kalau tak nak beli, boleh letakkan selotep lutsinar kat besi tu. ekeke.. Kelakar la pulak. Smartfon harga 2 ribu lebih terpaksa diselotepkan supaya dapat berfungsi dengan baik. Memang fail la siapa yang beli iPhone 4 ni.

brought to you by

Jadi aku tarik balik saranan aku kepada semua supaya membeli smartfon ni sebab kegagalan teknologi mereka. Teknologi sepatutnya memudahkan orang melakukan sesuatu, bukan menyusahkan mereka. Kalau beli iPhone 4 lepas tu terpaksa beli aksesori lain supaya benda tu boleh digunakan dengan betul, itu dinamakan bodoh. Tapi kalau kaya sangat duit melimpah-limpah, suka hati korang lah ye..

Kena tunggu iPhone baru la nampaknya. Tahun depan atau enam bulan lagi confirm keluar updated version. Macam biasa. Lepas tu sekali lagi orang yang dah beli iPhone 4 rasa macam menyesal sebab beli.

13 Comments