iPad 3 & iPad 4 Keluar Tahun ni?

Mengikut sumber berita daripada The Next Web, iPad 3 akan dilancarkan pada bulan Mac manakala iPad 4 pada bulan Oktober tahun ini. Berita yang memang ditunggu-tunggu oleh peminat gadjet. Walaupun hanya ura-ura, tapi iPad memang akan dikemaskini.

ipad 3 ipad 4

Juga berita baik kepada saya yang sedang menunggu je nak beli tablet. Of course bila keluar iPad baru, iPad 2 akan turun harga dan seterusnya boleh dijadikan pilihan yang lebih murah.

Pada saya, tablet bukanlah keperluan tetapi ia adalah lebih kepada kemewahan. Jadi tak perlu sebenarnya tablet yang lebih berkuasa daripada apa yang ada sekarang (kecuali battery capacity yang lebih tahan lama) sebab penggunaannya hanyalah terhad untuk:

  • Main game
  • Baca ebook (konon-kononnya..)
  • Dengar lagu??
  • Tonton music video
  • Bersosial (Facebook/Twitter)

Smartphone adalah keperluan untuk generasi sekarang. Itu tak boleh disangkal lagi. Tablet pula most of the time hanyalah luxury item/toy kepada mereka yang mampu. Kalau boleh, beli yang terbaik dan boleh tahan lama dengan tempoh penggunaan 5-6 tahun.

ipad 3 mock up

Alternatif kepada tablet (iPad, Galaxy tab & sebagainya) adalah smartphone generasi baru yang lebih besar seperti Galaxy Note. Walau bagaimanapun, Galaxy Note dilihat lebih sesuai kepada pengguna wanita berbanding lelaki sebab saiznya yang agak besar – memang agak besar kalau nak letak dalam poket seluar.

Apa-apa pun, sebelum membeli gadjet-gadjet seperti ini, pastikan anda telah melakukan analisis samada betul-betul memerlukannya atau tidak. Lainlah kalau dapat secara percuma betul tak?


Posted

in

by

Comments

19 responses to “iPad 3 & iPad 4 Keluar Tahun ni?”

  1. online shopping malaysia Avatar

    ipad3 ipad4 saya tak tau, tapi ada orang cakap iphone5 akan keluar !

  2. Fitrihadi Avatar

    Cepatnya perkembangan teknologi iPad ni. Tapi salah satu kebaikan bila teknologi cepat berkembang, gajet lama akan cepat turun harga dan lebih ramai orang boleh memiliki gajet yang lama pada harga yang murah. Mungkin…

  3. Lia Nadia Qistina Avatar

    ..saya juga tengah tunggu iPad 3 ni keluar dengan rasmi..mungkin ada yang terbaru, khususnya cip jenis dual core dan interface lebih pantas dari iPad 2.

  4. Izwan Avatar

    tablet ni rasanya alternatif kepada laptop je supaya lebih ringan dan mudah bawa.. aku lebih prefer smartphone.. leh access internet dan buat call/msg utk hal2 penting..

  5. dzuandiey Avatar

    nak beli..tp bajet tak cukup lg..hehe..tggu 2 thn lagi ler gini.. :-)

  6. Tuan Tanah Avatar

    menarik…mmg target thn 2012 nk bertablet

  7. titan Avatar

    ipad 5 ke 6 ke..aku lom ada hati lagi nak beli..

  8. cikpuanhady Avatar

    hehe..beli ipad pon sebab berminat dengan appsnya, banyak yang boleh guna utk homeschool anak2..

  9. are_rull Avatar

    jgn terikut sgt arus teknologi lau x mmpu..tu je..sudhnye nti..sndri tercekik..mmg btul ckp bro tu..jgn turutkn kemahuan..tp keperluan..tu lg afdal..dan lbih rasa berbaloi bli ssuatu gadget tu..

    wallahualam~

  10. Tuah Avatar

    +1 for Nokia N900 & HTC HD2

  11. shraqs Avatar

    Bagi aku semua tu depends pada individu, smartphone bg aku hanya utk function basic saja, selebihnya utk urusan kerja memang guna tablet

  12. tarmizishukri Avatar

    biasa aku guna tablet ni untuk buat sketches, portfolio gambar wedding & manage aktiviti harian, iphone macam kecik sangat untuk task2 di atas.

  13. akubiomed Avatar

    Saya menjangka evolusi tablet lebih cepat berkembang kerana sudah ada teknologi untuk menjadikannya lebih nipis dan berprestasi tinggi. Kehadiran Cloud berkemungkinan besar tidak memerlukan kapasiti storan yang besar kerana applikasi semuanya perlu akses Cloud sahaja. Yang penting infrakstruktur penyokong untuk memastikan talian internet sentiasa ada dimana ceruk sekali pun.

    Google sendiri sudah mula perkenalkan Chrome OS.

  14. kimmie Avatar

    laju sgt …mmg tak dpt nak follow perkembangan gadjet2 ni

  15. Ekspresi Ruang Avatar

    still rs smartphone blom cukup praktikal utk condition kerja aku skg ni.
    yg pasrahnya br je angkut macbook air, skali Amanz kata ada less sampai RM300 lebey skg ni.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Yeah. Today sahaja sempena Chinese New Year

  16. arrizz Avatar

    smartphone is more reliable than tablet..

  17. sukacuka Avatar

    betul tu..bukan keperluan tapi kemewahan.. tak banyak kerja yang boleh dibuat dengan tablet ni..buatlah pilihan yang tepat.

  18. Sya Isya Avatar

    wah! laju betul pengeluaran iPad ni. Tapi tak tahu kenapa, Sya lebih berminat dengan Galaxy. Tak tahu nak ambil Note atau Tab. Huhu…masih dalam pertimbangan. Kadang-kadang rasa sayang juga duit nak beli tu..huhu